“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”
Tadi pagi,disebabkan kelas yang diawal pagi itu cancel,aku isikan masa senggang itu dengan mencari 'sesuatu'. Iya,aku suka 'sesuatu' itu. Mungkin agak er..poyo?hmm..apa-apa jelah. Yang penting,aku suka belajar,mengetahui sesuatu yang baru melalui cara aku itu. Membaca. Sila cakap saya sangat BAIK. =)
Membaca merupakan salah satu cara untuk kita gain something new yer..
Jadi,main point nya ialah,melalui apa yang aku baca pagi tadi,banyak pandangan,idea yang muncul. Ditambah pula dengan ingatan aku pada seseorang yang boleh ku kira hampir 'bertekak' dengan aku sebab dia cuba untuk terangkan dari pandangan lelaki tentang topik ini. Sedangkan aku,memang tak bagi peluang langsung untuk dia berkata-kata..ehehe..ada bakat jadi lawyer burok ni.
Kesimpulan yang aku buat,ramai wanita yang tidak dapat menerima POLIGAMI. Begitu juga aku ;) Diskusi bersama teman-teman baru-baru ini menjadikan topik ini hangat dibahaskan.
WANITA: Poligami itu tidak adil buat kami. Wanita selalu ditindas. Setabah mana pun wanita itu,tentunya ada rasa camburu dihati. Lelaki tentu saja gembira dengan keadaan ini. Jika dimadukan,lebih baik berpisah kerana tidak mahu menambah dosa oleh kerana timbulnya perasaan tidak enak terhadap suami. Hidup bermadu susah untuk aman!
--- jadi,kau mempersoalkan mengapa wujudnya POLIGAMI?Kau tak yakin dengan kuasa ALLAH?Kau persoalkan mengapa ALLAH membolehkan poligami?Begitu?Adakah kau lebih mengetahui baik buruk sesuatu perkara itu lebih dari ALLAH?----
Aku terkesima. jap...jap..takdelah sampai macam tu. Temanku yang seorang lagi juga terdiam. That guy senyum dan menambah 'setiap apa yang kita ungkapkan itu,perlu difikir dulu rasionalnya..jangan sehingga ianya seakan mencabar kekuasaan ALLAH.' Kami tunduk. Iya,itu benar. Aku malu sendiri. Tapi dalam hati masih lagi ada rasa tidak dapat menerima.
Firman Allah SWT : “Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir.” (Al-Mukmin : 4)Poligami ialah sebuah hukum syarak yang tidak boleh dipertikaikan.
Allah swt menyebut dengan jelas amalan poligami sebagai sesuatu yang diizinkan di dalam ayat 3 Surah An-Nisa yang bermaksud : “Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.” (An-Nisa : 3)
'POLIGAMI itu bukannya 'BUROK',tetapi orang yang menjalankannya itu yang 'MEMBURUKKAN' POLIGAMI itu sendiri.Kalau nak ikutkan nafsu,memanglah tak terkejar. Tapi kita kena fikir mengapa ALLAH membenarkan POLIGAMI. Tentu ada kebaikan atau kepentingannya.' Kemudian,dia memberi beberapa contoh untuk membuatkan kami 'menerima' POLIGAMI.
1.Kisah yang aku baca pagi tadi sangat menyentuh jiwa. Selalunya begini lah. Seorang isteri yang cukup perfect sebagai isteri solehah,tetapi si suami masih lagi mahu memadukannya. Iya,alasannya tidak mahu berlaku fitnah antara dia dan gadis itu. “Lagipun….abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu.”
Tidak mengertikah lelaki bahawasanya ayat itu seakan mencincang lumat hati seorang isteri?tambahan isterinya itu sudah mencuba sehabis daya untuk kekal unggul dimata suaminya. Adakah itu yang diharap sebagai balasan?memang kenyataan itu benar.Tetapi..masih juga punya tetapinya.
Aku akui,alasannya relevan. Tapi hati wanita itu??adakah si suami memahami betapa hancurnya hati isterinya. Dan mungkin juga lelaki akan katakan..tak bolehkan isteri memahami hati lelaki?mengapa mereka perlu mempersoalkan keinginan aku itu?. Kedua-dua pihak mungkin saling soal menyoal.
Aku takmo komen lebih sebab aku masih muda dalam melayari hidup ini. Aku masih teraba-raba untuk terus berdiri dalam kehidupan ini. So,aku tak cukup layak untuk komen lebih,yelah..bukan kita yang kena,memang tak tahu macam mana rasanya.Tak berani nak cakap la.
Kalau ada yang berminat untuk membaca kisah diatas,boleh klik sini. Agak panjang,tapi pengisiannya amat bermakna.Sila baca tanpa langkau ye =)
2. Bayangkan jika POLIGAMI itu tidak wujud atau HARAM. Seorang isteri yang sangat baik,perfect dan solehah sentiasa menjaga keperluan suaminya dan rumah tangganya dengan cemerlang,tiba-tiba jatuh sakit dan lumpuh serta tidak berdaya dalam segala hal.Hanya terbaring diatas katil. Kita tidak boleh menafikan keperluan si suami.Dia juga punya fitrah.
Dia juga perlukan seseorang untuk menjaganya.Perlukah dia menceraikan isterinya yang tidak berdaya itu semata-mata ingin memenuhi fitrah hidupnya sebagai lelaki?Memang tidak dapat dinafikan tentang fitrah itu. Rasa sayang masih ada pada si isteri. Tapi,keputusan perlu dibuat.
Ha..disinilah kita boleh lihat,POLIGAMI membolehkan lelaki itu memenuhi fitrah hidupnya dan pada masa yang sama,masih mampu menjaga isterinya yang sakit itu. Bagus tak POLIGAMI??
3. Mungkin sekarang kau menolak bulat-bulat POLIGAMI itu.Sebab..Kau masih muda,masih hot,masih mahal,masih ada orang yang nak. Bayangkan jika kau suatu hari nanti,masih lagi tidak punya teman. Pada ketika itu,umur kau sudah mencecah 39 tahun.
Tiba-tiba muncul seorang pakcik berumur 50 tahun yang sudah punya isteri dan masih hidup.Datang meminang kau. Mana kau pilih,dari terus dikata orang 'andartu' atau 'tak laku' semata-mata kerana tidak dapat menerima POLIGAMI atau pun kau menerima sahaja pinangan itu dan masih berpeluang menikmati kehidupan berumah tangga.
Ketika itu,tentu saja kau akan katakan..'mujur POLIGAMI wujud'..kan? (dengan muka yakinnya That Guy berhujah)
Betul ke? Anda yang sudi membaca?apa pandangan anda pula? Dua contoh terakhir itu buat aku sedar..yer,memang betul (grrr) Disitu dapat dilihat POLIGAMI itu bukan sekadar memenuhi nafsu dan kehendak. Tetapi ianya juga sebagai penyelamat.
Jadi,adakah minda KITA wahai wanita-wanita sekalian sudah terbuka?hehehe..jawablah hati. Lelaki pula bagaimana?
Kalau yang berminat untuk tahu lagi tentang 'perbahasan' topik ini,boleh melawat ke blog 'Pandangan Seorang Ustaz' by Ustaz Emran Ahmad. Selain topik ini,banyak lagi topik berkisarkan isu-isu yang berkaitan dengan hiudp kita.Nak beli buku yang beliau tulis pun boley =)
18 comments:
perbincangan yg serius
nice, byk input
apepun, masing2 fikirkan apa yg terbaik utk diri kita
moga saling memahami dan toleransi itu lebih penting daripada menjatuhkan hukum
pernah gak buat entri pasal POLIGAMI, tapi main2 je
1)perli org yg tak layak nk poligami tp nak berpoligami
2) syarat2 lelaki perlu ada utk minta kebenaran isteri utk poligami
http://penaberkala.blogspot.com/2010/08/poligami.html
@penaberkala : oyeh..nanti saya baca =)betul tu..msg2 punya pandangan masing2..saya sendiri masih kuat dgn pandangan saya..ahak ;)
fuh...
ada benarnya..
tapi wanita manusia biasa,sanggup ka kita membiarkan org lain berduka? (wanita)..kalau iman wanita kuat..mungkin madu itu benar madu..tapi kalau sebaliknya benarlah ia akan jadi racun..
saya setuju... sekarang ni anis bekerja di satu lawyer firm syarie... pelbagai kes perceraian, pergaduhan dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan pernikahan berlaku setiap hari termasuk juga poligami...
kadang2 sampai tak terkata dan tidak mampu berkata apa...
jika benar niat poligami dan betul jln yg dilaluinya InsyaAllah 2-2 akan mendapat kebaikan...
hukum Allah itu adalah yang terbaik.. Dia maha mengetahui segala isi hati hambanya... kita hanya merancang hanya Allah yg menentukan segalanya...
(^___^).. betol saya jika saya silap...
@maisyah: betul tu kak,tp..kuatkah kita?huhuhuu..sedih pulak..sedihnyaa. siyes kak,kalo baca cerita y saya link tu(untuk kes 1 tu)...sedih sangt..xleh terima pun ada alasannya tu..huk ;)
@nadzirah aqilah : ye..kalo 2-2 benar niat dan seiklas hati..insyaALLAH mendapat kebaikan.
Allah maha mengetahui segalanya.
=)saya pun tak tahu sgt,saling betul membetul =)
wohohoooooo..poligami citenyeeee....
Zaman sekrg ni.. banyk prkara berkaitn perkahwinan yg hnya dgelr "perkahwinan".. konsepnya meluas sbnrnya.. dan.. kita kena lah fahami konsep prkhwinan sebaiknya.. bukn hnya smata-mata mghalalkan yg bukn halal sblum ini.. smala konsep poligami.. kna fahami konsepnya btul2.. insyaAllah.. jika lelaki tu kahwin 4 skalipun.. kalau konsep dia fahami dgn baik.. Tuhan pasti akan beri yg terbaik lg buat yg bergelar suami.. apatah lg istri.. prempuan pun kna fham konsep ini sebaiknya.. hehe..
pergh.. mcm wat entri la pula.. ahakz..
@aretikz : takpe..namapun pandangan. mmg dialukan y panjg2.
hmmm..btul,kalau masing2 faham.tp,kebarangkalian untuk wujudnya salah faham tu tetap adakan..cemburu tu semua..mmglah asam garam hidup berumah tangga..tp..knp org lain xyah share,dia kena share?
hahaha..cakap macam org dah kawen la pulak.stop2 =)
betolkan niat jika nak berpoligami... isteri itu amanah Allah... jika menurut hawa nafsu... kucar kacir jadinya...
thanks for this info..
macam malas nak komen byk2 pasal isu ini .komen skit jer la.haha. sudah nyata lagi terang , apa yg ditentukan oleh Allah itu ada sebabnya dan ada baiknya..xperlu lah dipersoalkan.
tp rasanya xsalah kalo ada pihak yg ingin membincangkan di mana baiknya poligami ini.. dan membincangkan lelaki jenis macam mana yg tidak layak utk berpoligami .
sebab nak berpoligami itu sendiri ada syaratnya , ada tanggungjawabnya kan. kalo yg satu pun dah terkial2 , inikan plak 2 , 3 dan 4 . hehe
secebis idea.
salam..
as a woman n a MUSLIM..yup sy xpnh menolak poligami krn nabi kt sendiri melakukannye rite..tp obviously kt tau sebab2 nye..dan kt terima krn itu adlh ajaran ISLAM..
mslh skrg..org guna alasan poligami utk tujuan lain..huh..
malas nk cter pjg..sume pon phm..
heehhehe..
btw, NICE ENTRY here.. ^^
@encik mamaT: betul..setuju tu =)
@paan: walau secebis,tetap bermakna =)yup..ada syarat,ada tanggungjawab.tapi,kalo y main hentam je tu..itu y bawak masalah dan memahitkan..kan..hehe
@sizZLing suzai: yup..selalunya macam tu lah,selalunye mesti cakap'ikut sunah' siape cakap poligami tu ikut sunah?malas nak ckp ;)bila part tu..tau lah sunnah2 nye..part lain,langsung tak pndg..kan =)
miralove: jgn gitu..yg pntg kene amek hati suami..pndi jge hati dye..(org yg xdk pngalaman)
@kelaot: err...saya bulom kawenn,lambat lagi..hehehe. ok2,pape pun..nasihat itu saya terima. =)
dah xjadi malu lagi kalo syarat2 berpoligami tidak diikuti , dan tanggungjawab x di penuhi . jadi racun jer.
@paan: hehehe..agak la..haha. tp itu la y selalu kita dgr kat malaysia ni. bkn takde y manisnye..tp mcm ramai y dapat pahit je =)
Post a Comment