Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Friday, December 31, 2010

Santapan ketibaan tahun baru =)


Walaupun batuk plus selesema tahap hampir kritikal. Aku dengan yakin dan gigihnya sama-sama menyesakkan diri kat mid tadi. Sampai je KL pagi tadi. tidur jap,bangun tatau mau buat apa. Apa lagi,gi jalan2 kat mid jelah. sabun basuh,shwer gel,stok makanan semua takde. masa untuk membeli belah la jawab nya.

Sekarang pun tatau mau buat apa. Orang berpusu-pusu nak sambut new year kat luar. tengok bunga api lah. AKU?terperak dalam bilik. bukan main lagi tadi beli makanan 'basah' untuk dibuat pesta malam ni..hahaa

Walaupun berdua je dalam bilik yang luasnya cumalah setengah kangkang kera je,tapi..makan-makan tetap dijalankan.hahaha.




Makanan orang bujang.macam ni jelah gayanya. Ada macam-macam lagi makanan merepek yang aku beli. Tapi malas nak snap banyak2. kang jadi entry bergambar pulak. (walaupun memang dah jadi entry bergambar pun..ehek)

Tapi,apa yang penting untuk aku sekarang?TIDUR.sebab dah pekena ubat batuk. ~huk~

Sori.enty nih sebenarnya sungguh takde motif. Nex time lah aku letak entry bermotif.hahaha =)


pertanyaan:

kalo 1 sudu ubat batuk tidur lbh kurang 4jam. kalau 1botol?berape jam eh?ada sesape pnh buat?aku na try ni.huh! -_-

Sunday, December 26, 2010

Bagi Idea sikit untuk aku isi masa LAPANG ni =(

  Salam to all~

Jam dah nak dekat pukul 2 pagi. Mata aku nih,memberatnya dari tadi lagi. Tapi bila masuk je bilik..haiiyyak 1,2 jam mengelamun pun tak tidur-tidur lagi.

05122010574_021

apa yang aku rasa?BOSAN!BOSAN!dan terus BOSAN!

Aku malu nak mengaku..tapi mengaku jugaklah..aku dah tak sabar nih nak start sem baru. Aku dah tatau nak buat apa kat rumah. ‘driver’ yang ditunggu pulang,tak jugak pulang-pulang. Kalau tak,boleh jugak pergi jalan-jalan =(

 

Tolonglah sesape boleh bagi idea sikit,apa aku boleh buat time cuti nih. 2 minggu ni aku rasa macam dah dekat 2bulan. Hak! aku bukan jenis orang yang boleh duk diam

 

Yes,aku ada kerja sambilan as a writer (poyo tak?hakhak) tapi..bosan!!aku nak buat benda lain jugak..hukhuk. Writer tu cuma mampu isi masa perlu aku je. Masa lapang aku?nak buat apa ni.

‘big bos’ ada bagi task. Tapi,arghhh..otak aku sangat malas nak complete task tu. Tak terjangkau dek akalku. Bila entah nak siapnya..huhhh.

 

Haha..agak kebudak-budakan ke kalau aku cakap yang tetiba aku main makeup-makeup sorang-sorang?hahaha.

Tak payah lah korang nak kutuk-kutuk. Aku dah puas kena kutuk ngan brotherS aku. Dah tu,angin takde,ribut takde tetiba aku pakai lawa-lawa,makeup ala-ala orang nak pergi dinner kat hotel 6 bintang je.

 

Kalau aku ni ada adik beradik pompuan,mesti tak jadi gila meroyan macam ni. dah tu,sepupu sepapat pompuan semuanya jauh-jauh (ada duduk dekat,tapi jauh :D  ) Nak harapkan kawan pompuan..lagilah. Jiran tetangga pun tak sedar kot kewujudan aku kat kawasan ni. Sedih. Inilah masalahnya kalau dah besar panjang pun kena berpindah randah =(

Apa yang aku boleh buat?termenung! itu yang 2minggu rasa macam 2bulan tu. Menung.tatap kertas task tu. menung lagi. tidur sat.bangun,kerja. menung. Kerja aku tu pun perlukan ke-termenug-an..so,memang kerja duk termenung jelah.

udah ghuper orghang putuih cinta je gayer nye  (ada betui ka ini ejaan=)

Sunday, December 19, 2010

50 Bloggers Diperlukan II




Tengok gambaq pun dah boleh agak kan. Orang dah lama kecoh pasal 'benda' ni,aku je baru berpeluang nak men-join-kan diri. sebelum-sebelum ni asyik tak nyempat je. sekarang kan musim BOHSAN,apa lagi,kita sempatkanlah mana yang tak menyempat dulu tu..ahak ><


Kenapakah dikau mahu menjoinkan diri dalam blogroll 100penulis.com ni wahai cik myralove? (tanya admin 100penulis.com tu kat aku.) hahaha..nak kenyit mata je boleh?hahahahhahaha.


Meh saya conteng sikit kat sini. Kenapa nak join?admin kata.. 'BE WHERE OTHERS ARE' ha,kan..main copycat je =) So. inilah peluang ke-gold-an untuk orang yang macam aku ni. Orang macam mana? yelah,aku sebenarnye suka main taip-taip ni. tengoklah,hobi aku pun kalau tak baca buku,mesti buat buku terkoyak .


So,kalau dah macam tu,mesti lah aku nak orang baca apa aku tuliskan?kalau taknak bagi orang baca,jangan letak dalam blog. Letak je dalam diari bergari. Takde orang pun boleh baca. Kalau aku join blogroll 100penulis.com ni,peluang untuk orang datang membaca entry-entry merepek aku ni pun tinggilah.


Pasal sinaran UV tu,nak kata kisah,taklah sangat nak kata tak kisah pun tipulah jugakkan. Yang tu sampingan je. Yang penting orang tau kewujudan blog aku yang cun nih. plus orang sedar kewujudan insan bernama MYRALOVE yang kiut ini. ahak! *marilah senyum ramai-ramai*


Sori pada sapa yang kena tag. Eh,anda patut cakap terima kasih kan. Thanks to admin 100penulis.com sebab meletakkan syarat mege-tag 2 orang yang sangat-sangat bertuah untuk men-join-kan diri mereka kedalam agenda ini.


Antara insan bertuah ialah: cik lin dan hyun miera


Ok,itu saja dari saya. rasanya macam dah cukup dah sebab musababnya. hope diterima oleh admin 100penulis.com.


ok,salam untuk semua~

Thursday, December 16, 2010

Bosan!

Salam to All.

Lama menyepikan. walaupun exam dah habis. Walaupun sekarang dalam mode CUTI. Malas nak update. Just membalas jejak je. Bukannya apa, kuasa halaju pecutan (apa lagi?) BB menyakitkan hati je. duk refresh-refresh,peginya tak jugak.

Hari ke-5 dirumah. masih dirumah. BOSAN. Nak gi jalan-jalan,tapi ‘driver’ tak balik lagi =( Nak drive sendiri?sesat kang tak jumpe jalan pulang. Haru lah pulak. heheh

fb

Saja godek2 FB. nampak lah pulak wall post kat atas ni. Terkenang-kenang daku siituasi perjalanan balik 5hari lepas.Grrrrr.

Semuanya berlaku sebab tak makan. terlupa nak makan .Satu hari just ambik lunch. Maklumlah,dah kena tinggal sorang-sorang. Lunch tu pun sebab rasa cam memaksa diri je turun. 12tengahhari lunch. lain2 terlupa. Biasalah,aku kalau sorang-sorang ni,memang tak lalu nak makan.hehehe.

Naik bas 9.30pm. konon-konon beli sandwch plus twister oren. minum bukan main lagi. tak ingat dah perut kosong. lepas makan sekeping. Apa nak kata. agenda bermula. Haiiiyyyak!

Sepanjang malam. aku rasa nak nangis je. dalam keadaan sejuk.lapar.pening.basah!grrr. Tapi,kalau nangis pun,apa yang aku boleh dapat..hahaha

Ni taun depan nak balik,tatau lagi mau balik naik apa. Partner ku balik awallah pulak,orang nak gi HONG KONG. jelez!jelez! tak pe-tak pe. Jangan lupa bawak balik buah hati tangan ye bakal rummate ku..hahaha =)

 

~heh,sebelum habis exam,macam-macam dalam otak nak buat. Bila dah habis,ya allah tatau na buat apa.huhu~

Saturday, December 11, 2010

After.. =)







Malas mau taip panjang-panjang.heee. Rasanya dari gambar pun dah boleh tangkap maksudnya.haha.OK.jom mengemas bilik.Sudah mau pulang~ mudah-mudahan perjalanan ku malam ini dengan bas sani berjalan dengan lancar.~AMIN~

Wednesday, December 8, 2010

DOWN.kecewa.SEDIH

STRESS over strain! Rasa macam sia-sia je semuanya. Akhirnya ini yang berlaku. Kenapalah sem ni macam-macam yang jadi.

Mula-mula kecoh pasal paper steel dijawab tanpa diberi BS CODE. Nak design apa kalau takde code book?semua nak main assume?alamatnya semua bangunan runtuh! Nasiblah course aku diasingkan hari exam. Walaupun subject sama.Kesian diorang.Evn kalo ada BS CODE pun blom tentu boleh jawab.Apatah lagi takde.haihh~

Lepas tu paper applied hydraulic,benda tak patut masuk,dimasuknya.Hancur paper tu,kesian orang yang ambik.

Hari ni. jawab Engineering Math tanpa seketul rumus. Rasa macam nak koyak je paper tu time dalam dewan. Pastyear ques punya lah banyak rumus. Kenapa taun ni takde langsung.STRESSSS.

Dah lah belajar PDE kurang dari 4 jam je. Orang lain ambik 1sem belajar. kitorang cuma diajar selama 4jam.WAJARKAH itu?

Penat!penat!kecewa!hantar paper dengan pandangan kosong.kecewa.DOWN.dah la esok last paper.STEEL. hope lah diorang bagi BS CODE.

Walaupun ayat yang pihak department keluarkan…”it will be there, IF it should be have” kalau orang yang tau memang akan memahamilah perasaannya buat kerja tanpa code book nih.Macam buat math tanpa calculator lah.(bukan math senang-senang yer).

Otak sakit.Kepala sakit.Jiwa kecewa.Rasa macam nak test je dinding mana yang tahan hentakan.huuu~

Hope kembali bersemangat. buat masa sekarang ni,mau tidur-lepas buat marathon tengok 3idiot (pemberi mood study ni ).Mau qodo’ tidur semalam. 2jam je semalam.huuuuuuu~

 

heisenberg

 

 

STRESS over STRAIN = Young’s modulus (E)  <------benarkah equation ini?

E=MC^2

BlogLarian

Jom kita berlari!Yeah.Saya mau lari dari semua stress.Mau lari dari paper yang ‘killerr’

Hehehehe.Mungkin saya antara orang terlewat yang tau pasal blog ni. maklumlah. bizi. TAPI, now,saya tetap mau take part =)

lets do the task (banyak ke?otak dah jemmm sangat dah time nih)

 

1)ada banner bloglarian.

bl ok!

2)jadi follower

follow ok!

3) Lengkapkan slogan.."Saya suka berblogwalking kerana....saya boleh gain macam-macam pengetahuan.boleh shopping.boleh dapat kawan baru.boleh promote blog sendiri =)"                (tidak lebih 30 patah perkataan) ok!

4)tag 3 manusia bertuah

ZEE

AZRENA

HANIS

5)inform diorang. ok!

 

 

DONE!

 

~THE END~

Friday, December 3, 2010

Soalanmu menjerut ku…grrrr

 

SaLam semua~

Lamanya tak berupdate. Maklumlah,yang penting didahulukan. Ini pun update sikit-sikit je,tak tau actly nak buat entry apa.

Disebabkan tak tau mau buat entry apa. Saya letak je lah benda nih. Soalan-soalan yang menjerut otak (boleh ke?). Semalam paper ni. Harini environmental chemist..aigoooo,360 darjah kepala otak kena pusing.

Mujurlah kesihatan tidak terganggu. Sebab sem ni saya sangat baik. Siang setadi. Malam setadoq. Hehehe.

IMG_0001 

When (effort before exam) > (performance during exam), the heart is not in equilibrium

IMG_0002

Lawakan contengan-contengan berbentuk abstrac tu..haiyyyakk. Yang penting,semua orang keluar dengan stresss. Aku?tak yah citer lah. Konon lepas habis paper ni nak pergi libry study kimia pulak.

Alih-alih,pergi. Tapi aku cop 1 sofa untuk tidur.Heheheh. Otak tersangat letih.xoxoxox

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails