Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Wednesday, November 10, 2010

Sani Express,Saya mau pulang!

Salam~

Sungguh,tak sabar nya nak balik! Aku dah sangat-sangat tak lalu dah makan makanan kat sini. Aku bukanlah cerewet. Tapi entah,bila lapar,turun cafe..tengok makanan terus takde rasa nak makan dah.

FOODSICK! FOODSICK! FOODSICK!

Yang aku asyik makan sejak lebih kurang dua minggu ni hanyalah wafer. Huhuhu. Nasi cuma makan untuk cukup syarat. Kalau jumaat till ahad aritu(cuti deepavali) tak payah cerita lah. Cafe memang seketul dua je yang bukak.

Merana kot. Ada motor kak aen pun tatau mau bertapak kemana (saya tak biasa lah;) Tengah hari makanlah apa yang ada kat cafe yang seketul dua tu. Pejam je lah mata. Telan je. Malam pulak..alahai,biskut-biskut yang ada dalam stok lah jadi mangsa.Sedih kan.Huwaaa..tak sabar nak makan Laksa Peneng yang mama masak..huhu.

Siyez,saya bertambah cun kurus,makan tak lalu tambah-tambah lagi sejak balik kem aritu (masa kat kem kan jogging sakan..ahak..dapat tak tangkap maksud yang ingin disampaikan) ;)

Ok dah. Saje je intro tu. Tapi yang bestnye..esok mau balik dah!yeah..!! Rain and cik syida,sila jelos sebab saya balik awal. Entry hari ni sebenarnya nak cerita pasal..

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Kelebihan BAS SANI EXPRESS

  • SELESA
  • SaniExpressDD_Interior1

Tempat duduk yang luas dan lebar. Sangat selesa berbanding bas-bas dua tingkat yang lain. Sani express ni,semua bas dia dua tingkat. dan seat dia 3 je.

  • ADA WIFI
  • Label wifi

Jangan tak tahu, Bas Sani Express sekarang pasang WIFI tau. So,dalam bas pun boleh online. Tapi sekarang hanya ada 4 buah bas(Kota Baharu,kuala terengganu,Kuantan dan Alor star) je yang pasang sebab mereka dalam proses percubaan dan penyesuaian.

Bas yang ada WIFI ni,takde pun beza dengan bas lain. Cumanya,dekat pintu penumpang ada pelekat ‘WIFI’ dan kat tepi tangga untuk ke dek atas ada wireless router. So,lepas ni kalau nak beli tiket tu boleh la try-try tanye bas yang anda bakal naik tu ada WIFI ke tak. (boleh tengok no plat bas tu)

  • CIRI-CIRI KESELAMATAN YANG TINGGI
    08102010191

08102010184

Bas Sani Express merupakan bas yang menggunakan teknologi canggih. Antaranya:

· Penukaran gear automatik dan menggunakan sistem brake‘anti-lock braking system’ atau ABS.

· Dilengkapi dengan ‘Electronic brake system’ atau EBS, iaitu satu sistem yang merangkumi semua sistem brek yang dipasang pada bas tersebut yang akan bertindak antara satu sama lain untuk memastikan bas berhenti dengan selamat jika ada kecemasan.

· Sistem `retarder’ adalah sistem brek yang dipasang dalam kotak gear. Ia akan memperlahankan bas secara lima peringkat dan melambatkan enjin dan ia akan bertindak selari dengan tindakan pemandu yang menekan pedal brek. Ia juga dapat membantu melancarkan sistem brek semasa kecemasan dan semasa menuruni kawasan yang berbukit.

· ‘Traction Control’ atau sistem mengawal cengkaman tayar dan ‘anti-roll Bars’ yang berfungsi untuk menstabilkan kenderaan supaya tidak terhoyong-hayang dan senget apabila melalui selekoh dan melalui jalan basah sewaktu hujan.

Semua bas diselenggarakan oleh Scania (Malaysia) Sdn Bhd dan bas-bas dilengkapi dengan beberapa alatan tambahan untuk keselamatan kenderaan dan juga penumpang itu sendiri.

Peralatan yang dimaksudkan ialah seperti ‘speed limiter’ yang bertujuan untuk memastikan bas-bas dipandu pada kelajuan yang dibenarkan dan tidak boleh melebihi kelajuan yang telah ditetapkan. Ini termasuk juga sistem DAX

  • CAFETERIA SENDIRI

Cafeteria sendiri ni maksudnya,Bas sani ni tak payah berhenti kat hentian rehat lain. Sebab,diorang dah ada tempat rehat sendiri. So,takdelah berebut dengan penumpang bas lain. Contohnya untuk laluan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur,hentian rehatnya di merapoh.

pssst..pemandu bas sani express memang wajib berhenti kat hentian tu,kalau tak berhenti kat situ..nanti kena tindakan disiplin. (xde gambar lah..hilang,dah penat cari dalam folder)

  • URUSAN PEMBELIAN TIKET YANG MUDAH
    08102010180
    08102010187

DSCI1460

Kalau melalui apa yang saya tengok ketika menjalankan srvey di Hentian Putra beberapa minggu lepas (last minit punya ‘visit’). Kaunter tiket sani express ni lain dari kaunter tiket bas lain. Sebab sani express akan paparkan skrin tu biar pembeli tengok. Maksudnya,kita boleh pilih tempat berhenti dan seat sendiri melalui skrin tu.

08102010210

Lepas interbiu kat kaunter sani,boley pulak masuk dalam PWTC. Posing situ jap!

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Hurmmmm…itu je nak share. Melalui apa yang aku dapat dari kajian yang aku buat. Kajianlah sangatkan. Nasiblah siap jugak portfolio aku pasal sani express ni..heheeh. Yes!Pembentangan itu cukup memberansangkan tau =)

(sangat best part kumpulan Lady gagah ini dengan gagahnya ‘main’ sama itu PA,sebab no sound. Preparation dah gempak,sekali sound KO. apalagi,tunjuk skill lah kan..hahha,tertonggeng-tonggeng menggeledah PA system tu. Tah pape,padahal sebelum ni tak pernah sentuh. Ala,bukannya kat fak kita,kasi tunjuk la sikit kegagahan tu ;) Nak mintak tolong sama lelaki2 dibelakang..hmmm..karang diorang kate pulak ‘kata budak ******,takkan tak reti kot..citttt,banyak lah! tapi,berjaya gak akhirnya =)


pssst..tapi esok (eh arinilah) aku tak naik bas. Aku naik train..hehe. First time ni. Tapi,bukanlah first time sangat sebab sebelum ni 2 tahun aku dengan setianya menggunakan perkidmatan train nak balik rumah (dulu) tapi train express punya. kejap je. 2jam dah sampai rumah.

Tapi sekarang..hukhuk..semalaman lorh duk dalam train tu. takpe2 sabarkan hati yer. Tapi seronok jugak,sebab dengan buat macam ni,aku boleh try macam-macam benda baru.

Naik bas pernah tertinggal bas pernah.

Naik train shuttle pernah. tertinggal train shuttle pernah.

Naik kapal terbang pernah. tertinggal je blom,hampir tertinggal ada.(femos jap kat airport tu)

and now,naik keretapi tanah melayu pulak (comey la pulak bunyinya)

Sudah2 lah cik myra oiiii..panjang bebenor dah entry ni. Ok,stop now =)

10 comments:

syida_wani said...

wooo..semangat sani nmpk..
bpe sani bg elaun kt ko? hahaha

ak xjeles la weyh..
i kn bru blik...hehe

Cik ean said...

naik ETS lg best (@_@)
di mana pun perjalanan anda..doa agar selamat.
apepun..cute tu pn pntg

MyraLove =) said...

dah sampai..hehehe
budak cute dah sampai dengan selamat =)

misyamissyou said...

perghh..best gile ade wifi..ni jeles ni..xde la bas sani ke selatan..sedeyh jap..semua ke utara je..

diriku said...

he2,,jd duta sani express ek..btw,mmg cnggih lah..siap letak wifi lg tu..

maisyah said...

bestnya bas camtu..klu ada cni pasti bas2 lain pn berlumba2 memperbaiki mutu perkhidmatan masing2..

MyraLove =) said...

@misya:hehehe..nasib lah (aiceh)hehehe..nanti sani nak tambah ke selatan pulak..jgn risau.camne saya tau?saya kan wat kajian pasal sani ni =)hahaha

MyraLove =) said...

@diriku: agak la..hehehe =)

MyraLove =) said...

@kakmaisyah: hehehe..sane tatau la pulak

Irnie said...

wah promo ye..?

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails