Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Tetapkan Hatimu ~

Hati terasa lega. Usaha yang sekian lama sudah berada dipenghujungnya. Bahagia mendapat ulasan positif dari lecturer. Bahagia juga melihat tumpuan audience ketika kami bemberi ‘penyampaian’ itu. Percayalah,semua audience mendegar dengan asyikkk sekali setiap patah yang keluar dari mulut kami especially ayat-ayat dari mulut aku yang sangat menyentuh sukma..aha!



Pi blah dengan perasan itu. Ok stop,saya mau ceria-ceria ini hari. Hmmm.. Anda pernah rasa marah?marah yang tidak terhingga? Kalau aku,jarang dapat marah tidak terhingga ni. Maksud tidak terhingga ni,kalau aku lah...rasa sangat marah,sampai rasa panas badan,menggeletar dan akhirnya air mata dengan sendirinya tumpah.Sumpah,bukan aku saja-saja nak buat drama air mata.

Mesti orang akan salah faham. ‘kau sedih ke?’ padahal,rialitinya kita tengah marah berapi. Cuma bezanya,saya talak tau mau marah macam mana. Kena marah air mata keluar sebab sedih. Marah orang pun air mata TERkeluar jugak,adeyhhh..dimana hilangnya kekerasan itu?

Owh wanita,jangan terlalu lemah.Grrrr

Tapi,better macam tu kot. Dari marah berapi sampai bagi efek pada orang lain. Baiklah marah berapi itu hanya aku yang tanggung. Walaupun sepatutnya aku marah balik orang tu kan. Sebab memanglah salah orang tu. Tapi,aku ni berhati lembutttt..hahaha,marah orang,sendiri yang terima. Faham? =)

Sama je efeknye. Kalau hambur balik orang tu dengan kemarahan kita,confirm letih kan?yelah..duk cakap-cakap,takkan nak naik kaki tangan kot..padalah,aku nih pompuan. Bettter lah macam cara aku tu kan. Tapi,cara ini tidak digalakkan..hanya orang-orang yang sabar je boleh aplikasikan benda ni yer =)

Mau istirehat seketika. Kepedihan malam tadi masih terasa. Hati terasa tawar untuk meneruskannya sehingga tamat. Tapi,tanggungjawab masih diatas bahu ini. Marah macam mana sekali pun,aku tetap perlu teruskan memikulnya. Biarlah,aku yakin aku kuat,aku sangat-sangat perlukan sokongan kawan-kawan. Disaat aku sudah tawar hati,mereka pula yang berubah fikiran untuk kembali menyokong. Ini yang membuatkan aku mendapat kembali rasa itu.



Lambatnya dirasakan hari jumaat itu.huh..


Jadi,tolonglah ceria wahai cik Myralove (takde orang nak cakapkan..cakap sendirilah kan..haha)


Monday, October 11, 2010

LOVE or NOT?





Salam to All~


Semalam aku dah menjalani satu sesi luahan perasan dengan seorang teman. Bukan nak ceritakan tentang isi kandungan sesi itu secara mendalam.
Cumanya hanya ingin berkongsi sedikit pendapat yang aku dapat dari temanku itu.


Sebelum itu juga aku pernah terbaca di satu blog bertajuk 'menjadi manusia single'. Banyak komen yang aku baca kat situ. Semuanya ada pandangan masing-masing.

Single is simple
Single lagi best
couple lagi best
couple itu mengasyikkan
couple itu membuang masa




Dan macam-macam lagilah. Yang menarik bagi aku semasa sesi hati ke hati semalam, ayat ni..



'Bodohnya diri jika hanya kerana seorang kekasih meninggalkan kita,kita menangis semahunya,tidak makan dan tidak menjalani hidup seperti biasa atau mugkin lebih teruk,cubaan membunuh diri. Cuba fikir,KEKASIH itu kah yang menyara hidupmu dari kecil?KEKASIH itukah yang membesarkanmu? KEKASIH itukah yang menyusukanmu?Atau tanpa dia,benarkah kamu sudah tidak ada tempat bergantung?'





Tiba-tiba aku terfikir,betul jugak tu. Kekadang,tengok orang lain menangis bagai nak rak sebab frust,aku just think positive,mungkin itu salah satu cara dia hilangkan rasa sedih dan frust dia. So,biarkan.


Memang benar,kita amat sensitif jika berkaitan hati ni. Tapi,sensitiviti itu kenalah bertempat..mungkin kita harus start berfikir begitu (pesanan untuk diri ini juga)


Tapi,rasanya pandangan aku itu tidak salah,bukannya semua orang menangis dan frust menonggeng masa putus cinta. Ada je teman-teman yang aku kenal,rilex je. Baik lelaki mahupun perempuan. Yang lelakinya,bila si teman wanitanya mintak putus,terus cakap 'OK' .then terus blah. COOL JE =)





Ada juga pernah terdengar dari kawan-kawan, 'aku putus dengan dia sebab aku orang ke-8 sedangkan dia orang pertama bagi aku' Aku senyum je. Biasalah lumrah hidup.



Aku buat assumption 'mungkin dia tengah cari the right one..' kawan aku geleng kepala. 'kalau ke 2 or ke3 aku boleh terima,tapi ke-8?nampak macam dia tak boleh hidup tanpa perempuan.' Hmm..terserahlah..masing-masing punya pandangan masing-masing.





Sama ada punya couple atau tidak lagi menyelesakan,itu pandangan masing-masing. Setiap manusia tidak sama pemikiran dan keperluan. Jadi,tak bolehlah kita nak condemn satu-satu pandangan itu mengatakan TIDAK,ini betul,itu salah =)




Tapikan,for me lah,kalau sudah punya orang istimewa dalam hati. Jagalah betul-betul. Dont make him/her rasa bosan. Ataupun menampakkan yang anda lebih pentingkan benda lain dari dia. Mana yang dipilih,dia pergi atau disisi? heheeh



Sebab sesetengah tu. Hati memang sangat sayang,mulut pun tak pernah lekang ungkapan sayang dan cinta. Sekali,bila tengah syok buat hal dia..lupa sudah kewujudan insan istimewa itu. Dia lari karang..ha.,apa mau bikin? =)



Dalam dunia ni,macam-macam yang perlu kita kejar.Jangan kerana kita tercicir satu benda,kita sanggup melepaskan something yang kita dah nak capai untuk berpaling semula mengutip benda yang tercicir itu. =) (ok,kalau ada yang tak puas hati dengan ayat ni,jgn ajak aku masuk court ye..ini cuma pandangan aku je)


Just remember this

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails