Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Monday, October 25, 2010

I wait for A KNIGHT



In this world full of hurt and pain,

I need someone who would help me through the rain.

To comfort me when I'm sad,

Doing everything just to make me glad.


In this world I need a Brave Knight,

Who would never give up any fight.

A knight who would dry away my tears,

Telling me to overcome my fears.


A knight who loves me for who I am inside,

With him there's nothing more I need to hide.

A person who will still be standing strong,

Eventhough everything has gone wrong.


I need someone who is willing to give me more,

Someone I can call my Knight In Shining Armor.






Aku suka baca poem,sajak dan seusia dengannya,walaupun benda tu sama je sebenarnye.
For me,poem or sajak tu dapat describe something tanpa olahan atau celoteh yang panjang. Hanya beberapa perenggan yang punya beberapa ayat sudah mampu untuk ditafsir apa maksud disebaliknya.

Paling best english version. Entahlah,kalau sesiapa yang selalu layan mesti boleh faham perbezaan english version dengan malay version. Especially kalau yang menjiwa punya kan.

Walaupun dalam blog ni banyaknye malay version yang tah hapa-hapa kan. hahaha..aku memang suka begitu. Lantaklah,lagi pun blog aku,so hak aku untuk menempekkan apa-apa yang aku rasa suka kat sini.

Kalau nak gelak..silakan,bukan aku dengar pun kan =) Lagipun,rilex la,aku bukannya ambik pengkhususan bersajak pun.Jadi, jangan heranlah kalau hasilnya amaaaat memuaskan yer..hehe.

Aku ni kalau menaip susah sikit nak berhenti,kalau cakap?errr..susah sikit kot. (PR excluded k..kalau tetiba aku senyap dengan korang,itu tandanya aku terkena split personality tu). Kalau yang baru kenal or first time nampak aku,mesti punya cakap aku sombong.Kenapa?sebab,mak cakap..jangan cakap dengan orang yang tak dikenali..hahaha. ok,aku bohong je.

Entahlah,kalau nak sembang banyak-banyak dengan aku,kena kenal aku dulu yer ;)
Poem kat atas tu best la..kot. Oppsss..itu bukan aku punya,itu aku ambik kat sini. Koleksi 'karya' aku ada..tapi kang,buat malu jer kalau aku publish kat sini. Jatuh pulak air mata aku kang..hahaha.

Sudahlah yang malay version pun tah hapa-hapa,bagi yang english version,lagilah orang tak faham kot..hahahaha. Haritu time pilih-pilih nak beli buku apa,aku dah grab 1 buku dari shakespeare, koleksi poem dia. hahaha..aku tau korang nak kata aku kuno,takpe..tak payah cakap..aku dah biasa dengar itu semua.

Dulu,Aku layan lagu kristal pun kawan-kawan aku(mp4-poyah,lia and ifa) cakap aku cam gitu,apatah lagi kalau layan poem shakespeare kan..hahaha. Tolong yer,saya bukan kuno ataupun old-fashioned or ape-ape jelah..cumanya,bagi aku benda tu punya banyak sentimental valuenya..hek?hahaha..sila lah percaya yer. Eh,tapi aku takdelah berpakaian secara kuno. Sila jangan bayangkan saya begitu yer! =)

Tapi,bila aku pikir-pikir balik,plus jelingan manja dan soalan taJam dari peneman setia ku itu,owh..aku lepaskan lah dulu buku tu. Lagipun, yang aku jumpa haritu dalam tu cuma ada beberapa je poemnya..setiap poem ada gambar. Masalahnya pada gambar tu,hmmmp..tak payah ceritalah gambar tu macam mana kan. Kang malu pulak aku nak bawak balik rumah. Lagipun,rak aku nih,dah penuh dah. Mesti kena angkut bawak balik rumah jugak ujung sem ni.

Sebab stok untuk sem depan pulak nak masuk beratur =)
Rasanya sampai sini je celoteh-celoteh manja dari aku..ahak! =)




KNIGHT RIDER pun boley =)



"I wait for A KNIGHT in shining armor to keeps out the rain by his caring heart,
His love is the ultimate roof.
"





not the ultimate design load ok :d

Sunday, October 17, 2010

You Know ME?


Salam to all~

Pada pandangan anda semua as a pelawat blog ini,anda tahu tak siapa saya? Agak-agaknya anda boleh kenal tak saya?kot-kotlah terserempak tengah jalan ke boleh la jerit..
'hey..kamu myralove kan?'


Tau korang semua mesti pelikkan dengan soalan saya. Hurmm..rasa-rasanya susah kot nak jadi macam tu (baguslah~) Semalam saya tetiba menjadi juru audit untuk blog sendiri. yelah kot orang panggil juru audit,akceli saya tengok balik semua entry saya sebelum ni betul ke mendedahkan semua identiti saya.


Well,ada anonymous mengatakan segalanya ada kat blog ni dan agak mendedahkan who i am. Puas belek-belek. Memang yer banyak gambar..so wat?grrr...nampak sangat saya tak puas hati kan =)


Bukan sebab aku (dah tukar jadi aku dah:) tak boleh ditegur..tapi aku tak suka ditegur kalau aku tak buat pun benda tu..err..jangan pening lagi yer =)


Yelah..aku memang tak rasa pun aku mendedahkan identiti aku kat sini secara total. Memanglah boleh solve the jigsaw puzzle dengan all the things yang ada dalam ni. Tapi,siapa yang nak buat tu semua..dengan membaca setiap entry aku dari A sampai Z, lepas tu tengok blog-blog orang lain yang ada kaitan dengan aku..takde kot rasanya..


lainlah orang tu memang nak kenal aku..ahak~ =)


Korang pun mesti tak tau umor aku berapa kan?hurm..aku belajar kat mana..nama penuh aku..susahkan nak tau. Aku takdepun letak semua detail2 tu kat sini. So,itu yang membuatkan aku rasa macam..'owh suka hati dia je cakap macam tu' =)


Melainkan memang orang tu kenal siapa aku..so tak heranlah kalau dia boleh jawab soala-soalan tu.der~






Dunia ini penuh dengan warna warni
Begitu juga dengan kehidupan
Tidak terlepas juga aku.

Aku bukan aku yang hanya punya hijau
Aku juga punya warna lain
warna kehidupan.

Jangan hanya kerana hijau
Kamu namakannya sebagai aku
Jangan disempitkan fikiran itu
Fikiran juga seharusnya punya warna tersendiri.

Corakkan kehidupanmu dengan warna.
Warna-warna yang ceria.
Warna yang mampu dilihat dalam kegelapan
Hanya itu pesanan Dariku.
Diri yang masih belum puas mencorak




Ambik kamu..kan dah keluar gurindam..saya tau,takde orang faham benda merepek ni dan mungkin korang kata takde kaitan. Biarkan. Janji hati ini tahu..ahaha =)




Walaupun ada saranannya tentang peng-improvan blog ni untuk letak label agak baik.Tapi,aku jadi malas nak buat sebab dia yang bagi idea tu..ahak~ =) ~sangat keras kepala~


Sebenarnya memang aku nak buat,sebab dah ada sikit-sikit aku letak groupnya. Tapi bila dia yang tetiba keluarkan idea tu..owh..holdlah dulu,tawar hati..ahak..boleh pulakkan..hahaha

Suka hati aku lah blog aku. Ko buatlah kat blog ko sendiri. (ini bukan emo ye=)

Tapi,apa-apa pun..semuanya dijemput untuk melawat kesini. Melainkan anonymous yang menyakitkan hati yang bagi ceramah tah hapa-hapa nak hentam aku dengan melihat kesalahan pada orang lain,itu TIDAK DIALUKAN.

Monday, October 4, 2010

Cintamu tidak cukup Sempurna Buatku!

Kenyataannya,
Cintamu adalah nadiku.

Hanya untuk memilikinya,

Aku sanggup pertaruhkan segalanya.


Bila cinta itu ku peroleh,

Diri terasa bahagia.

Janji diukir dalam setiap nafasku.

Engkaulah yang satu,
Tiada dua apa lagi tiga.

Namun,

Dalam diri hanyut diombak cintamu,

Aku sedar,

Cintamu tidak cukup sempurna.


Maafkan diri ini.

Cintamu harus juga ku lupakan.

Demi mendapat yang lebih sempurna dari dirimu.
Tidak mampu untuk aku menegahnya.


~Maafkan aku sayang~


Aku terpaksa,

Meninggalkan cintamu yang hangat itu,

Dikala diri ini tunduk,

Sujud mengharapkan cinta yang MAHA AGUNG.


P/S: Apa-apa lah kan,Semalam mode study sampai nak rak..hehe. So,bila fokus study ni,sambil dengar lagu-lagu yang mengalun jiwa..hambik,keluarlah benda-benda camni. Aku tau hasilnya entah ape-ape. SO? aku bukannya masuk kelas sastera pun. Ini sekadar kesukaan aku. Ape aku rase nak tulis,aku tulis. Ini tempat aku menulis,jadi..kalau ada yang rasa nak muntah tu..muntah jer...hehe. Aku pun tatau na ltk nama apa..sajak?gurindam..mungkin teka-teki ;)

Friday, October 1, 2010

SAYANGKAH? 'sesuai ke tajuk ni?' =)

Disaat aku kesunyian menghabiskan masa dalam keriuhan
Tetiba hati diusik satu perasaan.
Apa benar rasa itu ada?
Apa benar aku dihatinya?
Apa benar aku penting buatnya?

Tetapi mengapa aku dilayan begitu?
Aku seakan tali yang boleh ditarik lepaskan.
Itukah aku dimatamu?
Semurah dan semudah itu?
Tidak berhargakah perasaan ini?

sesekali aku tunggu kehadiranmu
Sesekali aku benci dirimu
Aku benci janji-janji manismu
Janji yang kau tak mampu lakukan!
Aku benci!
Benci kerna permainkan perasaan ini.

Pergilah engkau jauh.
Jauh dari hati ini.
Berikanlah aku peluang merasai kebahagian
Kebahagian jauh dari kepura-puraan.


Grr..donno lah. Ap punya mode malam ni. Actually nak share video je dengan korang semua. Sebab aku baru tengok kat FB tadi. Sekali klik je new post. lancar je jari aku bergerak taip tak hape-hape benda kat atas tu. Maaf yer..saya memang selalu begini. Kalau tetiba anda terjumpe gurindam ke..hape ke yang aku tak mampu bagi tajuk tu..hmmm tau-tau jelah. Itu sebab jari aku tetiba bergerak...hehe.


But please yer jangan buat spekulasi ape-ape. Ini tiada kaitan dengan yang hidup apatah lagi yang dah tiada. Ini sekadar meluahkan perasaan yang tiba-tiba rasa nak express bila tengok video lagu kat bawah. Sebelum ni penah dengar. Tapi buat bodoh je. Hari ni hayati sekali dengan lirik..perghh..sangat sedihhhh..tatau why. And thats why boleh wujudnye benda kat atas.




SAAT LAFAZ SAKINAH- FAREAST




Wednesday, September 22, 2010

Sayang Kasih Cinta Suka

Kenapa kalau orang yang kita sayang marah kita,
kita akan rasa nak nangis or senang cerita~nangis terus?

Kenapa kalau orang yang kita
kasih,
tak nak layan kita sama ada layan kita berbicara or layan perangai kita,
kita rasa sedih dan tersisih?

Kenapa kalau orang yang kita
cinta lupa birthday kita,
kita rasa dia kejam?
*betul ke?~sila percaya sbb benda ni ada*

Kenapa kalau orang yang kita suka tiba-tiba bermesra dengan orang lain,
kita tarik muka masam?

Kenapa kalau orang yang kita
sayang bila kita call or msg dia tak rep,
kita rasa nak pijak-pijak je henset dia?

kenapa kalau orang yang kita
kasih tak boleh ada masa kita perlukan dia sangat-sangat,
kita rase macam nak jerit je biar dia dengar hati kita nak cakap ape?

Kenapa kalau orang yang kita
cinta selalu nak merajuk-merajuk dengan kita,
kita rase dia comel?
*yeke?*

Kenapa kalau orang yang kita
suka senyum kat kita,
kita rasa sangatlah bermakna?


kenapa? kenapa?kenapa?
sila jawab..hahaha

sori lah,takda benda nak buat walaupun kerja bertimbun-timbun. sambil BW tadi,banyak yang buat pasal hati dan perasaan..tiba-tiba rasa nak wat conclusi
*ek?*



Friday, September 3, 2010

Saat Hatiku BERDENTUM =)


Saat tirai pandanganku berlabuh kewajahmu,
Aku beku.
Saat kelopak mataku bergerak-gerak
menyakini ianya bukan mimpi,
Aku cair.

Disaat pandangan pertama itu,
Aku yakin itu kamu!
AKU YAKIN!
Hanya hati yang mengetahui

YA!
Hati tidak bisa berdusta.
Hati pandangannya menembusi hijab antara kita.

Saat kau memandang seakan mengerti,
Jantungku berhenti dari litarnya.
Saat gegendangku menangkap suaramu,
Tulang temulangku seakan rapuh.

Saatku dapati dirimu masih disitu,
Sel-sel badanku semakin bertenaga.
Saat kau berjalan sambil memandangku..
Dunia ini seakan sepi.
Saat kau menghadiahkan senyumanmu untukku,
MASA SEAKAN BERHENTI!



Mengapa harus terbitnya formula sebegini?
siapa kamu?
Dari manakah kamu sebenarnya?
Kutub utarakah?
Atau dari kutub selatan?

Aku bingung memikirkan dirimu
Dan aku semakin sakit memikirkan diriku
Kenapa aku harus begini..?


=)
mode: tiada motif.

Alasan: Sakit hati dengan BB..lembabbbbbb!



Thursday, September 2, 2010

APAKAH? atau MUNGKINKAH?




Saya ngantok dan letih. Tapi barang tak packing lagi..huhu..yeyeh..lebih kurang 16jam lagi nak sampai umah. mudah-mudahan perjalananku ini selamat dan di berkati. =)

Ngantok!semalam tidur berape jam jer..adeyh..semua gara-gara Steel Work la ni.. Lepas subuh baru boleh tidur kejap tak sampai 2jam..pastu g kelas. HUhuhu.

Ok..Walau pun letih..actuli rase macam nak demam *gatai* hahah..mesti pelikkan..ok..tadi..saya nampak..adush..macam terberhenti je jantung aku nih mengepam darah. Tiba-tiba aku rasa panas dalam cuaca hujan ditempat yang terbuka. Hahaha..ok..sambung lagi..



Aku rasa sangat panas walaupun aku terasa tempias hujan.
Suhu badan naik mendadak.
Tapi bibir,tangan dan kaki aku macam vibrate
APAKAH INI?

teh ais yang aku hirup tak terasa mengalir ditekak.
Macam takde apa-apa yang aku telan sebenarnya.
APAKAH INI?


Aku rasa macam suasana time tu sunyi sepi sedangkan aku kat cafe sebenarnya.
Aku rasa macam energetic sangat sel-sel aku bergerak,
tapi sebenarnya rialitinya aku macam kaku sangat kat situ.
APAKAH INI?

Aku sedikit berduka cita mulanya.
Disaat akhir disini,
Aku tak dapat mendengarnya.
Tapi tiba-tiba terasa bahagia sangat.
Walaupun figura itu hanya firasatku yang mengiyakan *tak faham tak pe*
Sungguh yakin!
APAKAH INI?


Angin yang menampar lembut bagaikan penghubung kehadirannya.
Irama hujan bagaikan alunan suaranya.
Tempias yang menghampiri bagaikan penyambung liputan mayanya.
MENGAPAKAH BEGINI?
APAKAH INI?



APAKAH SEBENARNYA FENOMINA INI?
NORMAL KAH IA?

ATAU GILAKAH AKU?
APAKAH?



tapi..yang penting aku gembira.
Kenapa gembira?
ENTAH!
Walaupun sekali
Biarkan~
Mungkinkah penyambung itu tidak mungkin lagi menyambung liputan maya ini
BIARKAN~
AKU PASRAH ~





Maaf kepada sesiapa yang rasa ayat-ayat aku nih macam orang gila tak pandai buat ayat =)
Biarkan. Saya faham. anda tak faham..kiranya anda blom tiba ke level yang sepatutnya.
Teruskan berusaha =)


Saturday, August 21, 2010

Puisi Kantoi The Contest!




Lawa tak banner kat atas ni?hehehe.. ala,dah tempek banner nih,mestilah aku join kan..hikhik.
ok,cakap pasal contest ni :

~Pengarahnya adalah Pencari cinta
~syarat-syarat kelayakan =)
---> menempekkan banner dalam entry dan side bar (dah!)
---> ada blog (eh..xdelah..macammana?surat boleh?..grrr) =)
--->entry pasal contest
(done!)
--->nak follow atau tak?
(followlah..dah lama kot aku follow blog nih,almaklumlah cita rasa sama..ngehngeh..piwwit-piwwit!) *eks..pembetulan,blom polow la..ingt dah polow,sebab aku mmg selalu melawat blog nih..haiihh..malu saja*sekarangdah!=)

ANDA BERKELAYAKAN ?SILA KLIK SINI *LOVELOVELOVELOVELOVE*



|

|

|

|
V




Tenang je rase hati dapat tengok kamu.
kamu mesti takde perasaan kan bila saya tengok kamu.
Tapi saya tak sedih pun.
saya faham segala-galanya.


Saya kalau boleh nak sentiasa berkepit dengan kamu.
Saya nak peluk kamu sentiasa.
kemana-mana saya berada saya harap kamu pun rasa nak peluk saya.
Tapi saya tahu,kamu malu
Biarlah~


Mungkinkah ade perasaan jealous dihati kamu bila si dia mencul dalam hidup saya?
Saya selalu bertanya 'kamu jealous ke?'
Tapi kamu tetap diam dan tetap dengan wajah selamber.
Saya sedih kamu tau tak bila kamu buat riaksi macam tu
Siapa saya dihati kamu?
Kamu nak permainkan perasaan saya ke?



Pernah dulu seorang wanita muncul,
dia cuba untuk mendekati kamu.
Saya cuma memandang sepi..PEDIH!
Mesti kamu tak paham pandangan saya tu kan?
Biarlah~


Kamu merelakan wanita itu memegangmu.
Kamu seperti selesa walau apa pun yang wanita itu lakukan
Tapi bila saya?
Kamu seperti sudah muak dengan itu semua
walaupun saya hanya kadang-kadang menyentuh kamu


sebenarnya saya tak sanggup nak tengok wanita itu menyentuh kamu
Tapi saya kuatkan jugak untuk memandang
supaya saya nak kamu rasa yang saya juga punya rasa tak kesah
walaupun masa tu saya rasa hati saya sakit sampai nak pecah
saya tetap berdiri disitu..MEMERHATI



Kamu selalu begitu.
Sampai bila kamu nak budget cool?
Sampai bila kamu nak terus begitu?
Adakah sehingga saya sudah rasa letih?
adakah sehingga saya sudah rasa kalah?



Kamu kejam!
kamu senyum,tapi kamu macam tak gembira
Kamu senyum,tapi macam bukan untuk saya seorang


Cakap lah!
siapa saya pada kamu?
cakap lah!
saya nak tahu
kalau benar kamu tak mahu bersama saya
cakap terus terang
si dia memang sentiasa mendepangkan tangannya


tapi saya tetap mahu berada disisi kamu
saya sayang sangat kamu
saya tak sanggup kehilangan kamu
saya tak sanggup berpisah dengan kamu
saya nak sangat peluk kamu...


Tapi,kalau kamu tetap membisu saya faham
saya pasrah.
Biarkan hati ini mengubat laranya sendiri
Tapi,saya nak kamu tahu..
saya sentiasa sayang kamu...FJ




Tengok! kamu tetap tersenyum FJ..haaihh


Si dia yang selalu memikat jiwa ..*ijau*


tetapi mereka berdua ini tetap aku madukan..ehik!


pssssst..FJ standfor dat 'guy' y berbulu putih kat atas tu..dah lama aku letak nama tu,sampai aku tak ingat kenape aku letak nama tu.hayyak! *kalau ingt pun,mana bleh publish ;)

Saturday, May 1, 2010

Singkapan hati nurani


Wanita biasa dalam kehidupan yang biasa.
Tetapi ada hati dan pemikiran yang dirasakan luar biasa.
Mungkin.
Aku bukan dalam kalangan 'Anti lelaki'
yang hidup berlandaskan pegangan yang songsang.
Aku cuma ingin menjadi pemerhati sepi, sunyi dan tidak disedari.

Semakin usia menginjak dewasa, dunia aku rasakan semakin luas.
Setiap tapak yang diusahakan pasti akan dihadiri insan bernama lelaki.
Walau diri ini tidak betah berdiri sama tinggi dengan insan itu,namun aku cuba juga berpaut.
Berpaut pada tebing - tebing disekeliling tanpa mengendahkan bantuan si insan.

Aku punya sahabat.
Sahabat yang seringkali mencari-cari dimanakah cinta sejati.
Seringkali bertanya kelayakan dirinya.
Bukanlah kelayakan akademiknya.
Bukan juga kelayakan soft skillnya.
Tetapi kelayakan dimana
'tidak sesuaikah dirinya untuk pemegang jawatan si pencinta sejati?'
Adakah dirinya halimunan pada pandangan insan itu?
Dia bertanya dan dia juga yang memberi jawapannya.

Juga aku punya sahabat yang sering dibuai mimpi indah.
Walaupun terjaga dengan igauan buruk,
namun dia tidak pernah letih untuk tidur kembali dengan harapan,
Mimpi indah itu yang akan membangunkannya esok hari.

Hidup dalam persekitaran ini yang banyak mendewasakan aku.
Mendewasakan aku dengan setiap langkah yang ingin aku tapakkan.
Adakah ini betul?
Adakah aku akan bahagia dengan jalan ini?
Adakah itu betul?
Adakah aku tidak akan terfikir untuk mencari semula bayangan laluan ini dikemudian hari?
Adakah itu?Adakah ini?

Kadangkala aku terfikir.
Tidak letihkah mereka mencari?
Mencari sesuatu yang tidak pasti,bagiku.
Bagi diri ini, ketakutan menjadi hijab untuk melangkah masuk.
Masuk kedalam lingkungan perasaan seperti itu.
Lingkungan dimana, kata orang..
wujudnya istana kaca..
wujudnya pelangi malam yang bersinar indah..
wujudnya dunia idaman mereka..
malah bintang dan bulan juga mampu digapai.

Ya!
Itu memang indah.
Terlalu indah sehingga kita terbuai keasyikan.

Tetapi...
Bagaimana pula dengan dengan isi lingkungan perasaan yang disebelah sana?

Mutiara kaca yang tidak beharga bagaikan sebuah sungai.
Sayu kedengaran deruan alirannya.
Bagaimanakah ingin diterangkan fenomena ini?
Adakah penerangan yang panjang berjela itu boleh diterima pakai?
Adakah penerangan itu sungguh mudah untuk diluluskan?






p/s: peace!!hehehe..buang tebiat tetiba. Sori yer..kalo sesiapa yang nak tuntut dengan aku apa kebenda yang aku merepek kat atas ni..aku tak boleh jawab. Samaada pantun ke,gurindam ke,syair ker,ker..cerpen ke..aku pun tak pasti. Hakhakhakhak.. =)

PERINGATAN: ini bukan hasil ciplak dimana-mana yer. Ini aku jumpa dalam file RC (reinforced concrete) aku time kemas-kemas file tadi. Sapa yang tulis? entah..macam tulisan aku..hekhek..yer..yer..aku yang tulis..cakap macam tah hape-hape je aku nih kan?hahaha.
Bila aku tulis? entah..maybe time aku frust dengan RC kot =) Aku pun tak pasti sangat ape yang aku tulis tu. Kalo sesape boleh paham..silakan untuk memberi pandangan anda..aku pun nak jugak paham. kahkahkah. Jap..tajuk entry ni pun aku tak pasti sebenarnya. heeeee =)
Saje je taip-taip kat sini. Sebab dah 2 hari tak letak n3 sama..hehehe..
klah..mau tidur sudah. Esok ada agenda yang perlu dilaksanakan. =)

TAMBAHAN
(2mei)
Aku dah ingat kenapa benda nih boleh tertulis..hehehe..Aku rase aku buat benda nih untuk aku include dalam cerita yang aku karang tu. =) yer..yer..betul2 jangan salah faham k =)

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails