Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Saturday, July 31, 2010

MAHASISWA ASASI UM MENINGGAL JATUH BANGUNAN

Mungkin ramai dah tahu,tapi nak cakap jugak..AKU STILL KAT KOLEJ NIH!! huwaaaa..sceri-mori.

OK,alkisahnya aku takde pun kat kolej time kejadian (g jalan2 jap) balik dekat-dekat magrib dengar annoucment cakap siapa nak pergi melawat keluarga allahyarham boleh kumpul bawah blok D (blok aku tu). Aku muka dah blurr.."siapa y meninggal?"

Dengan muka blurr sungguh,pergi cafe(takde pape pun). Balik bilik,xde pape jugak. Kemudian aku berangkat ke kolej 9 (nak tidur situ) kat situ baru tau coz tengok Fb (bengong sikit kot citer aku nih)
semalam takleh tidur..agak-agak kalo aku dalam bilik aku...mau aku kesejukan,menggeletar dan apa-ape lagi lah <---- takut punya kes..huuuuu..

sedikit sebanyak terasa la jugak.

Ye..ajal maut ditangan tuhan.. al-fatihah untuk arwah.


Universiti Malaya , 6.30 pm : Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.

Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan. Mahasiswa tersebut mati di tempat kejadian.

Mohd Syahid b. Mohd Zaini, ahli Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) ketika dihubungi berkata beliau simpati terhadap keluarga mangsa.

“Saya menggesa Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke-12 menguatkuasakan langkah keselamatan agar kejadian sebegini tidak berulang.”, tambah beliau lagi.

Beberapa pegawai keselamatan semasa dimaklumkan berkali-kali oleh beberapa pelajar menyangka bunyi seperti sesuatu terjatuh ialah ’sampah’.

“Pada awalnya mereka menolak laporan kami yang ada budak jatuh bangunan,” jelas seorang pelajar yang menjadi saksi kejadian.

Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke Mersing. -Umtoday




nota jari (28 ogos): Bila saya BW baca kat entry orang lain pasal kes ni..ramai yang berpendapat 'kenapalah budak tu tak tunggu dulu kwn dia'..'kenape tak pikir cara lain ke'..'pihak pentadbir takde kena mengena dgn hal ini'

for me la..mungkin arwah akan pilih melangkah balkoni ni jalan kedua sekiranya procedure nak dapatkan kunci spare tu senang. Kalau tak kena marah or kadang-kadang kena maki..benda ni takkan jadi serumit ini. Yelah,pemikiran kita akan menjurus kepada yang senang lah kan. Kalau orang dah nak cepat,pastu nak kena tadah telinga lagi..baik pilih jalan yang satu lagi.

entahlah,apa-apa pun, semoga arwah tenang DISANA..amin~

2 comments:

RON said...

Wahh...horror siot..
kesian kat keluarga mangsa..
al-fatihah

MyraLove =) said...

ron,
agak la..grrr
mostly kawan2 y kat 12th semalam xberape lena tidur..hukhuk
nasib diriku di 9th =)
tp malam ni di 12th..
mesti malam2 takot mau turun cafe..huhu

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails