Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Sunday, July 11, 2010

Ditangkap bawa 70 mayat bayi




Tak mampu bayar untuk perkuburan,tanam je kat hutan?Kesiannya..Kenape perlu jadi macam ni?

Ok,untuk mengetahui dengan lebih lanjut,bacalah berita ringkas kat bawah ni. Berita ni aku ambik dekat harian metro.

LAGOS: Seorang lelaki yang ditahan bersama 70 mayat bayi, semalam memberitahu dia ditugaskan untuk mengebumikan semua mayat bayi terbabit tetapi tidak mempunyai cukup wang untuk melakukannya.

“Kami sedang melakukan siasatan ke atas lelaki terbabit bagi mengetahui dalang yang bertanggungjawab,” lapor jurucakap Polis Lagos, Frank Mba.


Lelaki itu ditahan ketika membawa bungkusan mengandungi mayat bayi berkenaan.


Suspek memberitahu dia ditugaskan Pusat Perubatan Universiti Lagos supaya membawa semua mayat bayi berkenaan untuk dikebumikan di kawasan perkuburan.


Katanya, berikutan tidak mampu membuat bayaran untuk pengebumian di kawasan perkuburan, dia bercadang mengebumikan semua mayat bayi itu di hutan.


“Saya bercadang mengebumikan semua mayat bayi ke hutan tetapi tidak bernasib baik apabila bertembung dengan polis,” katanya. Menurut Mba, beberapa kakitangan hospital berkenaan sudah disiasat. Seorang kakitangan kanan hospital memberitahu kejadian itu sudah mencemar nama baik hospital terbabit dan akan membuat siasatan lanjut mengenainya. - AFP


gambar2 tu hanya selingan. Actually,aku pun nak muntah tengok gambar yang penuh darah tu. EEee,kesian baby tu =(

2 comments:

xazryx said...

kt mane ea lagos tuh ?hehe .

MyraLove =) said...

xazryx,
kat nigeria rasenya =)

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails