Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Tuesday, July 13, 2010

CERPEN: Toes To Nose




Dikerling jam didinding, ‘Ish,lambat lagi ke nak habis ni?Aku dah semput nih,tak sanggup dah’

“Ok,seterusnya unit keselamatan. Ade ape-ape masalah?”

Zahar,sebagai tuan pengerusi projek sudah memandang Kira. Ahli-ahli lain hanya membisu.

5 saat.

10 saat.

20 saat.

50 saat.

Aih..lamanya prepare.

“Wey kak,turn ko lah,mengelamun je kerja.” Marah Maira sambil menyiku Kira disebelah.

“Hah?Aku?” dia memandang kearah Zahar.

“Ye Kira?Ada ape-ape masalah dengan unit keselamatan?”

“Err..takde, kami dah sediakan semua keperluan keselamatan dan juga untuk makluman, disana nanti skuad RELA akan bersama-sama kita untuk menjaga keselamatan kita. Saya dah maklumkan dan mereka sudah pun bersetuju.”

“Bagus, itu saje?” Kira mengangguk.

“Seterusnya, Akmal..macam mana dengan persediaan?”


‘Ish..lambatnye.’ Kira mencuit Maira disebelah.

“Kenape?”bisik Maira.

“Aku tak boleh nafas”

“Ape?Tak dengar lah”


‘Ish..pekak ke,takkan nak suruh aku cakap kuat-kuat kot’ dikeluarkan hensetnya.


Terasa vibrate,Maira mengeluarkan hensetnya. Begitu juga Ina yang duduk disebelah Maira.



BUSUK GILA BENGONG STOKIN ORG SBLH NIH...AKU X BLEH NK NAFAS WEY..TOLOOOOONG!!!’.




sepantas kilat Ina dan Maira memandang kearah Kira. Monyok je mukanya. Kemudian beralih pula kewajah insan disebelah Kira.
Tawa mereka dah nak tersembur. Tapi terpaksa dikawal,mereka berdua dah sengeh-sengeh. Nasib kau la Kira.


“Kira! Tunggu la wey. Laju semacam je”
Maira sambil tersengeh-sengeh mencuit Ina disebelahnya.

“Haah la Kira. Kau nak pergi mana laju-laju jalan ni?”

“Aku semput weyh. Nak pergi cari udara segar.”

Terbahak-bahak Maira dan Ina mendengar kata-kata Kira itu. Diorang tak tahu ke yang aku rasa macam nak muntah dah ni. Memang busuk gila. Rasa macam dah terlekat dekat kerongkong aku nih baunya.

Eee..berapa tahun punyalah stokin yang mamat tu buat kitar semula. Huh..macam ni punya orang pun ada ka?

“Kau kenal tak mamat tu?”

“Tak. And one more thing, aku tak tengok pun muka dia tadi. Sebab aku taknak tiap kali terserempak dengan dia aku akan teringat kenangan bau yang dia tinggalkan untuk aku.”

Memang keras sebelah badan aku tadi. Berkeras tak nak pandang sebelah sana. Sebab takmau tengok muka mamat tu.


===============

“Maira,kau dah siapkan report TITAS?” Mereka sudah menghampiri library.

“Dah. Kumpulan kau?”

“Aku..”

“Maira!!” Kira dan Maira sama-sama berpaling mencari tuan empunya suara.

“Hah, kau Akmal. Kenapa?”

Akmal menghampiri mereka dengan termengah-mengah meninggalkan rakannya dibelakang. Penting sangat kot sampai tertinggal kawan dia jauh macam tu.

“Ni ha.. aku nak tanya pasal senarai nama peserta untuk ekspedisi ke Gunung Dato’ tu. Kau ada tak?”

Kira dah buat muka bosan. Benda ni lagi. Lambatnya nak habis. Malas dah aku nak fikir pasal ni. Assignment pun bertimbun. Malas nak dengar diorang ni bincang, aku dah jadi peninjau jarak jauh. Kawan si Akmal ni pun buat muka boring. Aku buat lah hal aku je.


“Jom Kira..”

“Ha.. habis dah?”
Maira mengangguk dan menghadiahkan senyuman manis buat Kira. Pelik je.

“Kau kenapa sengeh-sengeh ni?Seronok sangat ke?”

“ Cuba teka..”

“Ape?” Kira dah excited nak tahu.

“That guy.. yang kawan si Akmal tu.. itu lah kau punya TTN” Maira dah ketawa besar.

“Owh..what? Dia? Alah..aku tak perasan pun muka dia. Aku ingat itu budak yang kita jumpa hari tu. Ape ek namanya.. err Mahfuz tu..”


Maira dah tenyeh – tenyeh mata. Melampau betul Maira ni gelak. Sampai berair mata.

“Bukan. Mahfuz yang lain. Lawak
la korang nih. Dah banyak kali terserempak, tapi boleh tak perasan. Aku nih dah tak larat nak sengeh tengok riaksi korang berdua tadi tau.”

Huh..sekali lagi terlepas. Dia memandang jauh kehadapan. Kelibat mereka berdua sudah tidak kelihatan. Tidak mengapa wahai TTN. Nantikan waktunya. Aku memang nak sangat kenal kau.


Ini semua disebabkan idea yang tak berapa nak bernas yang dikeluarkan oleh Maira lah ni. lepas kejadian bau stokin masa meeting hari tu.

Suatu hari, masa aku dan Ina tengah tunggu nak masuk kelas. Boleh pulak sorang mamat tu tegur aku

“Ada kelas ke?”

Aku time tu dah lah buntu, yelah, sebab bakal ada test hari tu. Muka pun tension semacam. Aku tak ambik pusing sangat manusia yang bertegur sapa itu. Aku buat bodoh je. Nasib baik dia tegur sambil lalu je. Aku jungkit bahu pandang Ina.

“Entah. Tapi macam pernah nampak. Mungkin sebab satu fac kot.”

Sekali lagi aku jungkit bahu. Baca note aku lagi bagus.

“Kira!!!! Aku ingat dah...tu lah mamat yang stokin busuk hari tu.” Kira dah ternganga.

“Yeke?mak aih..macam mana dia boleh terfikir nak tegur aku?” Kini giliran Ina pulak jungkit bahu.


Bila aku cerita benda ni pada Maira, boleh pulak dia keluarkan formula kimia nya. Kimia ke biology ..entah..tak pasti pulak aku.

“Dia memang la kenal kau. Sebab dia kan duduk dekat bahagian hujung meja. Pandang depan. Memanglah nampak muka kau. Cuma kau je yang tak tengok muka dia.”

Kira mengiyakan sahaja.

“Then..kenape dia boleh ada hati nak tegur aku. Uih..tak tegur pun tak apa. Buat aku teringat aroma dulu jer..ueerrk..nak muntah bila teringat balik”

Serious rasa nak muntah.

“And..aku rasa, aku rasa lah kan. Entah-entah.. dia ingat kau coz dia ingat time tu stoking kau yang berbau..”

Maira masih memikir point yang ingin dikeluarkan. Manakala Kira pula sudah terkejut beruk.

“Eh..aku pulak yang busuk. Tolong sikit, stokin aku baru pakai masa tu ek.. wangi lagi”

“Yelah..entah ke, dia pun cakap macam tu jugak.. tapi ada bau jugak. Elok je kau cakap dia yang busuk and dia pulak tuduh kau yang berbau.”

“Apa kes pulak macam tu.. eh..sebelum dia masuk tak bau tau. Lepas dia masuk baru berbau. Takkan nak cakap aku pulak. Kau ada bau? Takkan? Ha..sebab aku yang terpaksa sedut bau tu dulu. Kalau aku punya, conferm kau pun berbau.”

Huh.. dia sungguh panas bila memikirkan yang kemungkinan besar lelaki itu beranggapan begitu.

“Sabar Kira. Itu pendapat aku je. Tapi kan.. kalu dia kenal muka kau, rugi lah kau..”

Kira mengerutkan dahi. Tak faham dengan kata- kata Maira.

“..yelah. dia aim kau yang bersalah, tapi dia kenal muka kau. And kau pulak, tak mau kenal muka dia coz kau tak mau teringat pasal tu sebab kau kesian kat dia.. nampak tak apa yang aku maksudkan?”

“Yup. Aku faham. Hampeh betul!”

Maira jungkit bahu. Itu semua terpulang pada Kira untuk menimbang keputusannya.

“Maira, lepas ni kalau terserempak dengan dia, kau tunjuk dekat aku ek. Biar aku pulak kenal dia. Malu wey kalau setiap kali dia nampak aku dia akan cakap ‘ni lah minah yang stokin berbau tu’.. owh...tidak!!!”


“hahaha.. lawak lah kau ni. ok- ok.. nanti kalau jumpa aku tunjuk. Herm.. entah ke korang ni memang ada connection”

“connection ape kebendanya Maira oi..?”

“nak tau?” Kira hanya diam tidak membalas. Maira dah sengeh-sengeh.

“connection ‘toes to nose’ hahaha..sedap la bunyi” Kira dah tarik muka.

“ ..ataupun dipendekkan jadi TTN.. kalau orang lain TTM teman tapi mesra. Korang TTN toes to nose... lawak..lawak”


Sejak dari hari itu. aku memang pasang hajat besar sangat nak kenal muka TTN tu.


=============


Akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Kami berkumpul di hadapan fakulti pukul 7.15 pagi. Dan bertolak ke Gunung Datok yang bertempat di Negeri Sembilan tepat pukul 7.30 pagi.
Akhirnya dapat juga aku ‘menatap’ wajah TTN. Nampaknya nama TTN memang sudah melekat untuk insan itu.


Malang tidak berbau, anak buah aku yang 2orang tu pulak buat pasal tak boleh join last-last minit.
Tinggallah aku terkontang-kanting untuk uruskan keselamatan dan kecemasan.

Disebabkan itu lah, Zahar dengan bangganya meletakkan TTN dibawah unit aku. Maka bergandingan bahulah kami akhirnya. Maira dan Ina sakan gelakkan aku. Geram je tengok muka diorang tu.



“Kau kenapa sengeh-sengeh?”

Geramnya rasa hati tengok mamat ni. Sudah lah si Maira dan Ina dah maju bertapak-tapak kehadapan tinggalkan aku kat belakang ni. Yang mamat ni asyik ikut aku je.
Tau lah ajk aku pun,tapi tak perlulah sampai nak berkepit dengan aku 24jam.

“Saja. Senyum itukan sedekah” Kira mencebik bibir.

“kau nak sedekah dekat sapa dalam hutan macam ni?”

“Pokok-pokok,unggas-unggas and especially dekat kau.” Fikri masih lagi tersenyum.

“Banyak pahala aku hari ni”

“Yelah tu. Eh..apasal kau tak join kawan-kawan kau hah? Pergi la.. bukan nya aku nak suruh kau buat kerja pun”

Kira mencapai ranting kayu yang dilihatnya sesuai untuk dia buat sebagai tongkat. Fikri hanya melihat perlakuan Kira itu

“Tak ape. Aku temankan kau. Kesian kau sorang-sorang. Lagi pun kawan-kawan kau dah bagi amanah dekat aku suruh aku jaga kau.

“What? Merepek.” Nak kena diorang nih.


“Kira!Jangan sentuh tu..”


palp!

“aduh..awww..sakitnya”

darah merah sudah kelihatan ditapak tangannya. Itulah gatal sangat pegang tu tarik ini, kan dah kena.

“ish... mana kau letak mata kau hah? Tak nampak ke batang tu ada duri? Suka hati je main tarik tarik”

‘ish..mamat nih yang nak membebel kat aku nih apa kes ’.

“kak Kira,kenapa nih?”

Kira hanya menggeleng sambil tersenyum perit. Malu pada juniornya itu.

“ Tak ape, abang Fik ada.. korang pergi bagitau orang depan suruh berhenti kejap”

Kira Cuma memandang Fikri. Junior nya tadi sudah bergerak kehadapan.


“meh sini tangan tu..”

dia terus mencapai tangan Kira. Selamber je pegang tangan anak dara orang. Dibuangnya duri yang masih tercucuk di tapak tangan comel itu.

Dibuka kotak first aid yang sememangnya ada padanya. Kira hanya memandang perlakuan lelaki itu. Rasa bersalah timbul kerana dia membenci lelaki itu gara-gara kejadian tempoh hari.

“Kira! kenapa nih? Macam mana boleh jadi macam ni?”
Maira dan Ina yang baru muncul mempamerkan riak risau mereka.

‘aih..tau pulak cari aku kat belakang nih’ bisik hati Kira.

“Tangan tak boleh duduk diam,macam ni la jadinya”

Maira dan Ina saling berpandangan. Aih.. sedap jugak mulut dia nih.

“Kau ok tak?” Maira semakin risau melihat Kira yang hanya membisu.

“Ok. Sikit je.”

“kenapa? Apa yang berlaku ni?” Mereka berempat saling berpandangan. Penasihat mereka sudah muncul.

“Tak ada apa Encik Hilmi, sikit je. Tercocok duri je.”

Kira cuba menerangkan keadaan dirinya agar tidak membimbangkan orang lain. Malu, ini semua berlaku kerana kecuaian dirinya.
Setelah memastikan keadaan Kira tidak serius, penasihatnya itu berlalu pergi.

“Dah siap. Sakit tak”
Fikri menutup kotak first aid. Kira menggerak-gerakkan tapak tangannya yang berbalut itu.

“Sikit-sikit. Thanks.” Kemudian dia memandang Maira dan Ina.

“Kalau korang nak jalan dulu pergilah. Tak pe, aku ok je”

Sebenarnya dia sedikit terasa dengan sikap kawan-kawannya itu. Sebelum bertolak, sakan mereka berjanji untuk bersama-sama.

“ Ok. Aku tau. Kau seronokkan berdua-duaan dengan Fikri..hehehe”

Mereka terus berlalu. Ee.. sempat lagi tu nak kenakan orang. Dah tu, memang betul-betul tinggalkan aku pulak tu. Aku acah je tadi.

“Kira, aku nak tanya sikit..” Kira sudah berdiri untuk meneruskan perjalanan.

“hhmm..ape?”

“TTN tu apa?” Terbeliak mata Kira mendengar soalan dari lelaki itu.

“hah? Mana kau dapat? Kenapa kau nak tau?” dia cuba ketawa menutup keresahan.

“adelah. Cakap lah ape benda..”

“err.. connection” perlahan dia menuturkan.

“connection ape?” ish..ni masalahnya nih.

“Cepat ler.. aku tengah tunggu ni”

“ toes to nose”

“maksudnya?” Fikri meminta penjelasan.

“Dah lah cakap pasal nih. Malas la nak ingat.”


Fikri menarik tangan Kira.

“Woi..sakit tau tak..”

“opss..sorry..sorry.. now tell me..apa maksud kau?” Kira mengeluh.

“Kau memang nak tau? Jangan menyesal nanti”



Fikri ketawa terbahak bahak mendengar cerita Kira itu.

“Tapi kan..bukan stokin aku lah yang berbau. Aku ingat kau punya.”

“please ok..aku punya wangi tau” Kira sudah meninggalkan Fikri.

“Kira! tunggu lah wey...” Kira buat-buat tak dengar.

“Aku nak sambung connection tu boleh?” Kira berhenti dan berpaling kebelakang.

“ Aku nak sambung jadi nose to heart...boleh?”

Fikri dah senyum-senyum sambil menghulurkan sehelai daun. Hek..daun pun boleh jadi ke? Kira hanya menyambut.

“Boleh kan?” Kira menghadiahkan senyuman buat Fikri.

“Tapi satu yang aku nak tegaskan. Bukan stokin aku ok..” Fikri kembali ketawa. Lawak betul.

“Ok..oklah..biarlah aku pikul. Kau assume je aku saje pakai stokin busuk sebab nak kau terkenang-kenangkan aku..ok tak?”

“gila la kau nih” akhirnya mereka berdua sama-sama ketawa.


Pelik je junior-junior mereka tengok. Ape kena dengan abang Taufik Fikri dan kak Syakira mereka tu. Tapi yang penting. Kenangan busuk sudah berbau wangi!




ok=) cerita ni diciplak atas keizinan dari blog cik lovelystargirl. Saje cuke-cuke. Ehe. Nak memenuhkan semak belukar di blog aku nih.

PEACE NO WAR =)

2 comments:

Full Time Muslim said...

ak nampak gambar disebalik tu

=) said...

ek?ape...ape...?haaaa

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails