Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Saturday, May 1, 2010

Singkapan hati nurani


Wanita biasa dalam kehidupan yang biasa.
Tetapi ada hati dan pemikiran yang dirasakan luar biasa.
Mungkin.
Aku bukan dalam kalangan 'Anti lelaki'
yang hidup berlandaskan pegangan yang songsang.
Aku cuma ingin menjadi pemerhati sepi, sunyi dan tidak disedari.

Semakin usia menginjak dewasa, dunia aku rasakan semakin luas.
Setiap tapak yang diusahakan pasti akan dihadiri insan bernama lelaki.
Walau diri ini tidak betah berdiri sama tinggi dengan insan itu,namun aku cuba juga berpaut.
Berpaut pada tebing - tebing disekeliling tanpa mengendahkan bantuan si insan.

Aku punya sahabat.
Sahabat yang seringkali mencari-cari dimanakah cinta sejati.
Seringkali bertanya kelayakan dirinya.
Bukanlah kelayakan akademiknya.
Bukan juga kelayakan soft skillnya.
Tetapi kelayakan dimana
'tidak sesuaikah dirinya untuk pemegang jawatan si pencinta sejati?'
Adakah dirinya halimunan pada pandangan insan itu?
Dia bertanya dan dia juga yang memberi jawapannya.

Juga aku punya sahabat yang sering dibuai mimpi indah.
Walaupun terjaga dengan igauan buruk,
namun dia tidak pernah letih untuk tidur kembali dengan harapan,
Mimpi indah itu yang akan membangunkannya esok hari.

Hidup dalam persekitaran ini yang banyak mendewasakan aku.
Mendewasakan aku dengan setiap langkah yang ingin aku tapakkan.
Adakah ini betul?
Adakah aku akan bahagia dengan jalan ini?
Adakah itu betul?
Adakah aku tidak akan terfikir untuk mencari semula bayangan laluan ini dikemudian hari?
Adakah itu?Adakah ini?

Kadangkala aku terfikir.
Tidak letihkah mereka mencari?
Mencari sesuatu yang tidak pasti,bagiku.
Bagi diri ini, ketakutan menjadi hijab untuk melangkah masuk.
Masuk kedalam lingkungan perasaan seperti itu.
Lingkungan dimana, kata orang..
wujudnya istana kaca..
wujudnya pelangi malam yang bersinar indah..
wujudnya dunia idaman mereka..
malah bintang dan bulan juga mampu digapai.

Ya!
Itu memang indah.
Terlalu indah sehingga kita terbuai keasyikan.

Tetapi...
Bagaimana pula dengan dengan isi lingkungan perasaan yang disebelah sana?

Mutiara kaca yang tidak beharga bagaikan sebuah sungai.
Sayu kedengaran deruan alirannya.
Bagaimanakah ingin diterangkan fenomena ini?
Adakah penerangan yang panjang berjela itu boleh diterima pakai?
Adakah penerangan itu sungguh mudah untuk diluluskan?






p/s: peace!!hehehe..buang tebiat tetiba. Sori yer..kalo sesiapa yang nak tuntut dengan aku apa kebenda yang aku merepek kat atas ni..aku tak boleh jawab. Samaada pantun ke,gurindam ke,syair ker,ker..cerpen ke..aku pun tak pasti. Hakhakhakhak.. =)

PERINGATAN: ini bukan hasil ciplak dimana-mana yer. Ini aku jumpa dalam file RC (reinforced concrete) aku time kemas-kemas file tadi. Sapa yang tulis? entah..macam tulisan aku..hekhek..yer..yer..aku yang tulis..cakap macam tah hape-hape je aku nih kan?hahaha.
Bila aku tulis? entah..maybe time aku frust dengan RC kot =) Aku pun tak pasti sangat ape yang aku tulis tu. Kalo sesape boleh paham..silakan untuk memberi pandangan anda..aku pun nak jugak paham. kahkahkah. Jap..tajuk entry ni pun aku tak pasti sebenarnya. heeeee =)
Saje je taip-taip kat sini. Sebab dah 2 hari tak letak n3 sama..hehehe..
klah..mau tidur sudah. Esok ada agenda yang perlu dilaksanakan. =)

TAMBAHAN
(2mei)
Aku dah ingat kenapa benda nih boleh tertulis..hehehe..Aku rase aku buat benda nih untuk aku include dalam cerita yang aku karang tu. =) yer..yer..betul2 jangan salah faham k =)

1 comment:

=) said...

aku yang suka merapu..perrgghh..
to dayah:'sejak bila kau pandai bersajak?' - perli ka?hahaha..n..sajak ke?hakhakhak

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails