Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Friday, June 4, 2010

Jual Beli Waktu Magrib,SAMAN!

salam..

dikeheningan petang jumaat yang damai ini (cewaah..cewaah..ayat ku)..saje..dah lama rasenya tak letak entry baru. Aku malu nak mengakuinya...tapi aku mengaku la jugak...Saya Malas...huwaa



oklah..topik kita hari ini..aku dan suasana baruku. yep..saya baru pindah rumah (negeri sekali) bukan kena buang negeri tau!hehe. konon je barukan. act my family bulan 12 lagi dah duduk sini,cuma aku je baru balik =) 1sem tau tak balik,pecah rekod hidup aku.


best la jugak rumah baru tu. yelah rumah aku sekarang atas tanah dah..heee ok. now nak cerita pasal life aku kat sini. actually takdelah totally life aku kat sini. just something yang aku tertarik pasal tempat ni.


refer to the tittle above..hehehe..yup. kalau melakukan jual beli pada waktu magrib akan didenda atau ditangkap(blom lagi kot =))


alkisahnya bermula bila aku and my parents balik dari rumah atuk (takdelah jauh sangat dari rumah aku tu). sampai pekan dah dekat-dekat magrib. ok! hari tu hari jumaat,dimana,dekat pekan aku tu ada pasar malam. So, disebabkan baru balik dan ada pasar malam,ingatkan hati nak beli je makanan untuk dinner..so tak payah masak.


Elok je time aku jalan2 menghampiri gerai-gerai kat situ..azan magrib,so kelam kabut la aku nak beli makanan. sebab ayah aku dah pesan "cepat sikit,jangan lama-lama,dah nak magrib ni..." bila aku sampai je gerai yang terpilih,pelik jugak...tengok para penjual duduk-duduk bersantai (tak macam orang nak berniaga). bila aku cakap "kak...nak apom balik nih 4 ringgit" sekali akak tu senyum je. aku pelik dah. kot lah ada yang tak kena. aku pandang kiri pandang kanan...perhhggg...sekali ada abang polis dah..lengkap berpakaian,tengah jeling-jeling kat gerai tu.


lepas tu akak tu bisik dekat aku "dik,sekarang tak boleh jual..tunggu lepas waktu magrib yer. nanti kena saman"
perghh..terkesima aku. malu pun ada. yang aku pun same. cari pasal..ape lagi..aku balik jelah.


so..nak ceritanya kat sini. ada jugak undang-undang dekat certain2 negeri yang macam tu. tapi itu bergantung pada individu tu la nak ikut ke tidak. mungkin pada pihak pentadbir dah lepas sebab diorang dah buat undang-undang macam tu. yelah,sembahyang dulu,baru buat urusan2 kita. so,individu2 yang terbabit la pula yang kena pandai2 pilih..sama ada nak SOLAT dulu atau TERUSKAN URUSAN duniawi nya itu.


walaupun aku tak suka bila pindah sini..yelah..tempat lain,dulu aku membesar kat perak...dari kecik2 sampai dah besar..alih2 kena pindah sini..sape tak sedih kan. makanannya (bukan jiwa aku),suasananya (tak boleh masuk lagi)...tapi sikit sebanyak aku boleh terima keadaan yang aku rasakan menyenangkan. aku tak habis-habis cakap dekat mak aku "bagusnya ma siap ada undang-undang macam ni..." maka baru lah kitorang satu family tau bahawasanya ada undang2 sebegitu kat sini. yelah family aku pun tak penah keluar time2 camtu..selalu nak pergi pasar malam pun mesti pukul 8 lebih..best sikit jalan..hahaha.


tapi yang peliknya...time-time magrib la ramai orang keluar nak pergi pasar malam nih kan? dah solat ke?macam mana kalo keluar nak pergi pasar malam tak solat lagi,lepas tu kemalangan, MATI? ape cer?
hmmm...pandai2 lah pikir..renung-renungkan dan selamat beramal. =)

oklah..sampai sini saje celoteh aku hari ni. salam untuk semua =)

p/s: negeri mane ek? hahahah...rahsia..kahkahkah =)

No comments:

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails