Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Monday, November 1, 2010

'Pegang tangan Abang'

'Pegang tangan abang' katanya yang menemaniku diwaktu itu. Didalam kegelapan dan kesejukan malam. Ketika itu jam sudah mencecah ke angka 3.30 pagi.

Aku tanpa berlengah lagi,terus mengenggam erat tangannya. Terus diri terasa selamat dan selesa. Engkaulah penyelamatku wahai insan yang menggelarkan diri sebagai 'abang'.



Wahhh..wahhh..ingat itu ke sambungannye?takde maknanya. =)
3hari 2 malam aku berkampung di kem ALIM di Jugra. Menarik,makanan sedap. Penceramah dari Saifulislam Training & Consultancy (STC).Best.



Sebelah petang hari sabtu (30oct) berjogging keliling kawasan kampung,melalui kawasan kaki bukit pusat cerapan bulan JUGRA (tak sure nama betulnya) dan tamat di kawasan Balai polis lama yang kini dah jadi muzium pun.

Malamnya pulak ber-explorace. Dan tepat pukul 12.30 kami bergerak pula untuk aktiviti NIGHTWALK.

Mula-mula panjat bukit batu. BEST!sebab tak pernah lagi buat. Setakat nitewalk dah biasa,tapi tak pernah lagi panjat bukit batu tengah malam.Berpaut pada tali-tali kat situ. Tapi yang tak bestnye,habis tangan i yang comel ni menggelupas..hukhuk.
Lepas dah daki-daki,jalan-jalan,redah-redah,sampailah kat MAKAM SULTAN ABDUL SAMAD. boleh pulak jurulatih tu suruh kitorag rehat kat situ betul-betul mengadap kat kawasan makam tu. 30minit pulak tu. time tu dekat-dekat pukul 2. Masa berhenti rehat atas bukit sebelum tu 5minit je rehat. Dahla lawa pemandangan dari atas bukit tu.

Then terus sambung aktiviti dropping (kot namanya) ikat mata,then diorang campak je kita kat mana-mana dengan password: HANTU BUNGKUS. Aku dah banyak kali pegi program camni. So memang dah boleh agak macammana.





Yang paling tak boleh lupa tu,bila dia nak 'kutip' balik kitorang lepas dah drop tu. Aku dengan dah tersengguk-sengguk tak layan langsung dengan ganggu yang diorang buat. Nasiblah nyamuk penuh,kalau tak memang aku tidur je kat situ. Plus dengan suara junior-junior ku yang macam nak nangis asyik duk jerit 'HANTU' habis kuat sampai orang keliling dia jawab 'BUNGKUS' sampai aku pun naik conpius. Semuanya gara-gara terlebih takut. Padahal yang diorang campak tu dalam kawasan KEM dah. Buat malu je. Aku dah tau itu kem lah aku mampu sengguk kat situ,kalau tak aku pun musykil gak.

Time nak ambik balik tu lah. Lepas that guy dah sebut password and tanya kumpulan mana,bila dia dah kenal pasti aku nih memang dari kumpulan yang dia jaga,dia pun cakap 'pegang tangan abang'---> sebab mata masih ditutup lagi.

Dia nak bawak pergi tempat berkumpul. Memanglah dia one of my grup's coach,tapi..rasanya bukannya tua pun,tah ke sama umur..suka-suka hati dia je menggelarkan diri begitu. Itu boleh tahan lagi.

Yang siap suruh pegang tangan tu. Hadoiii.. aku nih,walaupun mata bertutup dengan kain tapi masih nampak lah(sebab aku nih pakar) dia memang menghulurkan tangannya. Mungkin niat dia baik ;) nak membimbing aku ke tempat itu. Tapi...errr..tak perlu kot.

Aku pun buat riaksi 'hah?' 'pegang tangan abang'Dia ulang sekali lagi. ok betullah aku tak salah dengar. Aku berdiri dan konon-konon tak boleh imbang badan, supaya dia boleh sambut aku..ahak,yelah tu. Kot-kot lah aku tak perlu pegang tangan dia.

Then dia cakap sekali lagi 'pegang tangan abang' hadoiii..tarik jelah lengan baju aku macam pakcik satu lagi tu buat,apa susah. Nak taknak aku pun buat-buat lah meraba tangan dia. Tapi,sori..aku sebenarnya memang nampak,aku grab je lengan dia sikit sebab dia pakai baju lengan panjang. Fuhhhh..lega. selamat. Nasib dia tak paksa betul-betul suruh aku pegang tangan dia. Taulah dia muda,baik dan hensem (hensem ke?tak perasan sangat sebab dalam gelap)

Then.hari ni dah balik nih..rasa macam nak demam. Mungin sebab kejutan otot. Kejang semua otot-otot kaki aku nih.huahhh~ tak lawa dah nak catwalk. Mesti cik kucing tersenyum gembira sebab dapat kalah kan aku bercatwalk

21 comments:

diriku said...

he2..semoga cpt sembuh..nt dpt kalahkan kucing tu catwalk semula..

Wong Sikampuh said...

Aktivity best tu? Aku nak ikut boleh tak?

MyraLove =) said...

@diriku: hahaha..take time jugak la nak baik.takpe..bagi chance kat cik kucing dulu..lepas ni xmerase la dia nak leading catwalk..haha ;)

MyraLove =) said...

@wongsikampuh:hehehe..dah terlambat lah,asal tak gtau awal2 nak join ;)

syida_wani said...

best2..walaupon pd mulanya ak takut nk g..

tp time dropping tu, mmg membosankan...hahaha

tp time hiking + jongging mmg sgt2 best...i like...xpernah ak segigih + segagah aritu tw x...

STC pn best...sbb ader....???
ader pengisian yg best la...

MyraLove =) said...

@syida:eleh..pengisian ke?hakhak..abis y duk pakat add secara berjemaah kat ** tu ape ke halnya?hakhak..jeles2 dgn cik blue.

haha..sape y paling takot sekli?hahaha..aku siyes sebenarnye nak gelak tgk korang takot tahap ape entah. tp sebab aku kesian plus xmo nmpk cm berlagak..kang elok xde pape..aku pulak y kena..hihih.siap bawak yasin lagi.bukan main duk bluetooth bacaan ayat suci..adoiii..hahaha.
malu kat junior weyh korang (nasib aku excluded)

syida_wani said...

ala..itu namanya berwaspada...

aku mengaplikasikan 'Begin with the End in Mind'..

so, ak da visualize pe yg bakal terjadi terjadi..n prepare pe yg patot..betol x??

wey, jemput la ke blog aku..de n3 baru..hehehe

misyamissyou said...

hoho! lame dah tak pegi camping..bestnye..pegang tangan abang..haha..intro dh best je tu..alih2 dia xsmbung hahha

chairooL ruLez said...

pegang kaki adek lak!! ngehehe!!

MyraLove =) said...

@syida:oyeh..hehehe

@misya:hahaha..mmg terbaik la kalo sambungkan..ehe =)

MyraLove =) said...

@chairool: haahkan..kalo cakap camtu pun best gak..awat tak ajar awai-awai..hehehe

Cik ean said...

best kan STC..urmm xsangka le pulak "kuch2 hota hai" hehe..suker lah..best

MyraLove =) said...

@cikaen: kuch2 hota hai lah sgt...kuch2 hot hek ade r...hehehe.suka2 hati nk pgg aku kan..hehe

penaberkala said...

haha, menarik
xde org kena histeria ka?
ceh, abang?
kim slm kat abg ye kak,hak3

demam sebab rindu ke apa?

syida_wani said...

bkn kuch2 hota hai kt abg pegang ko tu...

tp kuch2 hota hai pd STC la....
kn cik ean?? tu yg suker tuh..

MyraLove =) said...

@penaberkala:xde pun.provoke je lebih =)
kim salam..hak!akak pulak tu..haiiyyak.xmaching langsung.

rindu?rindukah?rindu pada siapakah?abang itu kah?ohho. :D

MyraLove =) said...

@syida: hahaha..luper pulak ku pada abang y seorg lagi tu..ahak!lupa pulak apa y kita buat secara berjemaah semalam dan tadi tu..heheeh ;)

syida_wani said...

tw pon...ade plak ingt kuch2 hota hai kt abg yg pegang ko tuh..eiii..

MyraLove =) said...

@syida: hakhak..itulah pasal..tak terpikir pulok y tu..ahak =)(buat muka y xleh blah yer)
agak la..eeeeiii... ;)

maisyah said...

nightwalk?
owh..kalau cni panggil 'mlm c burung pungguk'...emm..yah..tu la namanya..
teringat ms d U ikut BTN pastu besa la ni mesti ada..yg x best mlm tu byk sgt 'tahi lembu' uwaaa....
abis kaki elegik 1 bulan penuh bintik2 merah dan gatal sgt!
dr ctu da xda mood mau berlasak2 ni..

MyraLove =) said...

@kakmaisyah:waaaa...yeke?dahsyat lorh kalo gitu..eee..nasib la xkn gitu..

pnh gk g y BTN tu.itu jalan sorang2 lagi..semua ada,poconglah,antu cina lah..tp semua sy wat xlayan sbb tau tu sume diorg y buat..hehehe..nak sedapkan ati sbnrnye..hekhek

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails