Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Friday, October 8, 2010

Lelaki dan Wanita bersahabat?


Benarkah kata orang bersahabat dengan berlainan jantina ni lagi senang dari bersahabat dengan jantina yang sama?Atau pun ada yang mengatakan, Lelaki dan wanita amat sukar untuk mewujudkkan ikatan persahabatan yang suci,maksudnya tanpa melibatkan perasaan CINTA.

Masa saja-saja berjalan dialam maya..tertarik dengan satu topik 'persahabatan antara lelaki dan wanita'. So aku search sikit-sikit kat ruangan forum dan blog-blog lain. Mari lah sama-sama baca dan berikanlah pandangan anda.

Sebab,ada dekat satu blog ni,seorang isteri kepada sahabat pemilik blog(wanita) telah memarahi wanita yang dikatakan sahabat suaminya. Disitu,pemilik blog itu berasa tidak wajar dengan pemikiran yang sebegitu kerna dia tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan suami wanita itu yang merangkap sahabat baik pemilik blog. Kerana pada pandangan pemilik blog itu,jika dia ingin mempunyai rasa yang lebih,sebelum lelaki itu bertemu jodohnya lagi sudah sepatutnya wujud rasa itu.

Jadi apa kata anda? Dibawah ini ada beberapa pandangan,


Menurut pakar motivasi Dr. HM Tuah Iskandar, “Persahabatan? TIADA istilah persahabatan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. Persahabatan hanya terjadi antara sesama jantina. Berlainan jantina biasanya akan berakhir sebagai hubungan intim. Maka itu, antara lelaki dengan wanita, cukup sekadar kenalan ataupun kawan dan bukannya sahabat.

“Memang semua hubungan intim bermula dari sekadar ingin dekat. Tetapi harus ingat, ‘persahabatan’ antara dua gender berbeza tidak selamanya kekal sebagai persahabatan biasa. Selalunya akan jadi perhubungan hati dan inilah bahayanya.

“Apabila semakin rapat masing- masing semakin galak bercerita pelbagai perkara termasuk yang menjadi rahsia tanpa rasa malu. Simpati pun datang, akhirnya membibitkan perasaan kasihan, seterusnya sayang, akhirnya cinta,” jelasnya lagi.

Betulke? For me,persahabatan tu luas konsepnya. Kunci batasan persahabatan adalah IMAN. Jika IMAN betul, maka segala apa yang meragukan akan jadi jelas. So, dengan IMAN pasti anda tahu batasannya. Persahabatan itu ada tahapnya, ia bukan objektif yer=).Bijaksana ketika melayari persahabatan. IMAN jangan lupa.

Tiba-tiba teringat someone. Haihhh..aku pun pelik kenapa tiba-tiba kita jadi jauh hah?Aku tak faham betullah. Dah lama kita kawan,sejak dari skool menengah lagi,tapi alih-alih masing-masing buat bodoh je. KENAPA?? Aku sangat-sangat tak faham.

Takkalh aku yang beriya-iya nak bertegur sapakan. Sekali dua kali tu boleh la..sebab fikir kita kawan dah lama pulak tu. Tapi,lama-lama..aku pun jadi malas,bila teguran aku dibuat bodo jer..kang kalau lebih-lebih..ada pulak yang salah fahamkan. hurrmm..Mungkin aku sudah dianggap sahabat yang tidak baik atau SAHABAT YANG SUDAH TIDAK BERGUNA?begitu?putuskanlah sendiri (sori,emo pulak =)



Manakala pada pandangan Dr. Hamka dalam buku falsafah hidup..
"sesungguhnya beruntunglah mereka yangg mempunyai sahabat antara lelaki dan perempuan..kerana ianya susah terjadi...mahfumnya.

Kerana antara lelaki dan perempuanan sentiasa ada rahsia..yang mana akan dikongsi antara lelaki sahaja ..begitu juga antara perempuan je.

Perempuan takkan faham hati lelaki buat selama-lamanya kerana dia ialah perempuan..
Begitu juga lelaki..kerana ianya lelaki.

Hanya Allah swt yang maha mengetahui".




For me,best sebenarnya kawan dengan lelaki..coz im a girl..a cute girl..ahak! tak tahu lah pulak pada pandangan lelaki kan. Tapi,apa-apa pun..yang penting kena sendri mau ingat lah batas-batas pergaulan tu. Jangan buat macam kita buat pada kawan yang sama gender kan.

8 comments:

paan said...

persahabatan antara lelaki dan wanita tidak mustahil...

jom bersahabat.. salam persahabatan :)

Entri terbaru ->10 Tips Menulis Entri Menarik

MyraLove =) said...

paan,
yup..mmg tidak mustahil
salam persahabatan jugak =)

misyamissyou said...

ye2..stuju..sahabat je bukan pe pun..n stuju gak dgn Dr Hamka..yg penting iman kite, pegangan kite..

syida_wani said...

bg ak x kesah pon klu kwn antara pompuan ngan laki..yg penting kena jaga batas2 lorh...
tp kn..ape beza sahabat n kawan???

MyraLove =) said...

misya,
bukan papu kan..ehe =)

syida,
bg aku la..kawan,just kawan..biasa-biasa. Tp kalau sahabat,rapat..kalau ada something,takdenya kita cari kawan nak share..but mesti cari sahabat kita kan?hehe

d_tieah said...

Aku dgn kwn lelaki merangkap ofismate, rapat sgt..
2 org lagi tu..
Mkn ktorg bw bekal msg2, mkn sm2..
Kdg2 tu, aku bw ns utk dorang skali..
Dorang plak bw lauk ke ape ke..
Mcm2 lah..

diriku said...

bersahabat tp kena tahu batas2nya..tu paling penting :)

MyraLove =) said...

d_tieah,
memg best kawan dgn lain jantina nih..sempoi je kan

Diriku,
yup..kena tau batas2nya..kalau x..itu y jadi masalahnya

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails