Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Sunday, October 3, 2010

No violence please!

Salam to All~


HIDUP harus ada rangkaian kerna MATI itu suatu kepastian

Hayati ayat diatas. Hopefully anda dapat memahami nye (sebab aku baru cipta ayat ni) siapa yang tak paham jugak,boleh calling-calling aku,nanti aku terangkan ;)

Semalam call my mum,dapat satu berita sedih. Actually 2. Kadang -kadang terfikir jugak,kenapa dunia ni perlu ada keganasan,violence,kekejaman dan sebagainya(padahal same je..hehe). Aku sangat tidak suka keadaan yang boleh diclassifykan sebagai benda-benda yang aku sebut tu. Agaknya kalau lah aku dicampak di tengah-tengah IRAQ,conferm aku mati dulu. Bukan sebab kena bom,tapi sebab ketakutan.



Al-kisahnya dalam lebih kurang 5hari lepas,my Brother,Di,akceli sedang dalam latihan rekrut di Kuching,malas nak cerita latihan apa. Biarlah rahsia~ Semalam dia call rumah,suara sangatlah lain. Setelah dikorek-korek. Rupanya dia masuk hospital 3 hari sebab kena terajang dengan HQ..not his jurulatih k..just HQ (walaupun aku tatau ape kebenda HQ diorang maksudkan tu..tapi yang penting dia bukan jurulatih)

Kisah ni conferm takde dalam paper ye.Limited edition ni. Yang kena time tu 3 orang. Akceli that time my Bro ni demam,memang sangat tak larat untuk turun solat kat masjid,so the others cakap 'kau tak payah turun lah..teruk sangat dah aku tengok ni'. So dia pun tak turun. Sepatutnya kalau tak turun,kena pergi lapor diri. Tapi disebabkan sangat tak larat nak turun,dia just tidur je.

Di blok yang lain pula,tak tahu lah kan..2 orang budak ni,malas nak turun or ape. Sekali tiba-tiba HQ ni naik untuk buat spotcheck. Apa lagi yang ditunggu,yang si 2 orang ni lari lintang pukang untuk melepaskan diri. Tapi lari punya lari memang kena cekup jugak. Sekali that HQ bagi penampar kat budak 2 orang ni sampai BERDARAH TELINGA. apa kesss??

Lepas tu,dia check pulak blok my bro. Sekali nampak my bro tengah tidur. Dia ingat my bro ni one of the criminal yang lari tadi *stupid betullah* Apa lagi,dia sepak teranjang kawan tu yang tengah sangatlah tak berdaya. DIPERLAKUKAN SEPERTI BINATANG. And that time,orang lain dah naik..so memang sangat RAMAI SAKSI.

Part paling genting..agak nya si HQ ni dah letih sangat. Memang dia fikir nak habiskan nyawa adik aku ni,(time tu my bro ni dah tertiarap) dia angkat kaki,memang aim nak hentak atas belakang adik aku..dengan kudrat yang masih ada dan berbekalkan pesanan dari jurulatih yang penah bagi pesanan "awak tak boleh biarkan,saya bukan nak suruh awak melawan..tapi awak jangan cuma berserah..cuba mengelak..in case kalau kena"

Dan nasib lah dia mengelak..kalau tidak..patah dua lah tulang belakang. Dengan kudrat yang ciput,mengelak pun banyak mana sangat,kena pulak dekat pinggang. Doktor cakap,'kalau putuslah urat dekat pinggang ni..awak akan lumpuh sepanjang hayat' Ya ALLAH..jauhkanlah perkara-perkara ini.

Lepas kena hentak..dia remdam pulak adik aku ni dalam air 1jam. Dah la demam,kena sepak terajang bagai. kena rendam pulak dalam air. Malam pulak tu. Ramai kawan-kawan masih setia menjadi saksi.Nak membantu,tak pasal-pasal kena jugak. lepas 1jam,dia panggil my bro tu naik.

Tapi,malangnya..adikku sudah tidak mampu bergerak dan tidak bergerak. Langsung ditinggalkan adik aku disitu je. Kawan-kawan yang melihat bergegas mengangkat dan mengusung dia ke klinik.

3hari dalam wad. Sorang pun ahli keluarga tak tahu. Semalam dia call pun lepas 2 hari dia keluar. Itu pun masih nak sorok,biasalah lelaki kan..bukan nak cerita semua ni. Kawan-kawan yang jadi saksi pergi report pada jurulatih.

Dan yang paling best, 2 orang budak yang kena penampar sampai berdarah telinga tu call their parents..apa lagi..mak ayah dekat,parents diorang terus buat report polis. Hambik kau HQ!

Katanya sekarang that HQ dah tak berani keluar bilik,memang dia tak pedulikan budak-budak tu dah. *sangatah bull@@#$%^*

Yang tinggal tak buat report adik aku je. dia cakap biarlah selesai situ je,malas nak panjang-panjang. Jurulatih yang memang rapat dengan adik aku ni,masa pergi melawat dia kat dalam wad..sampai menitik air mata tengok adik aku macam tu. Korang boleh bayang tak teruk dia macam mana?hurmm. Jurulatih tu memang suruh adik aku buat report. Tapi,dia kata..

'biar lah dulu tuan,rasa macam tak payah lah kot..'
'habis,kalau kamu tak buat report,nanti mungkin dia buat lagi kat batch yang akan datang..'
'dia tak buat dah kot..lagi pun yang 2 orang tu kan dah buat report..'

Grrr..kalau aku lah..memang aku pergi report..saman. Nasib takde kecederaan kekal tau. My mum ni sangatlah risau,duk termenung je. Bila cerita kat abah.. 'biasalah tu..semuanya ada undang-undang sendiri..' grrrr sangat cooll. Boleh pulak abah aku ni buat relex je. Huh.

Kisah sedih yang kedua. Saudara sebelah my mum. Walaupun aku tak kenal,but still my saudara kan. My mum cakap ada dalam paper kot berita ni. Accident dekat gerik. Arwah ni bawak moto, terperodok bawah lori. Suasana pilu sangat waktu kucupan terakhir tu. Sangat pilu. His mum macam tak dapat terima. His youngest sis and bro pun macam tu. Mungkin arwah ni sangat-sangat rapat dengan family dia.

Tapi sangatlah sedih. Semua yang ada time tu menangis sebab tengok suasana pilu tu. Aku yang sekadar mendengar cerita ni pun sampai tak boleh nak berhenti air mata menitik. Sedih..huhuhu~

Semoga arwah tenang disana.~

4 comments:

misyamissyou said...

ni macam rekrut..hurm..kalau rekrut/perajurit askar teruk gak kena tapi diorang pandai buat smpai xde bekas..dan paling penting tak masuk hospital..tp tak tau la kan..ni HQ pe benda cik myra xmo ckp..kdg2 nak latih org tu xpayah la smpai macam nak bunuh..gile ape..

MyraLove =) said...

tulah pasal..malas nak ckp HQ ape..kang kena saman pulak..hehe
Tau la kena truk tapi takkan la sampai mcm tu..siasat la dulu baru bantai..ini tak,balun dulu

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

abang lu seorang yang berhati waja.. gua respek dia..

MyraLove =) said...

adzman,
Hmm..memang pun..

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails