Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Saturday, October 9, 2010

You Again?


'KAU LAGI?'

Alkisahnya bermula masa zaman aku sekolah. Entry nih macam kena je dengan entry aku sebelum ni, 'Lelaki dan wanita bersahabat' . Takpe-takpe,sebenarnya entry ini untuk tujuan lain =)

Ok,Dulu masa zaman sekolah rendah,dari darjah 1 sampai darjah 3,kawan rapat aku 2 orang boy yang sangatlah kecoh. Aku dah la senang ketawa. Dalam kelas,kitorang memang duduk sekali,1geng lah katakan. Kalau time exam pun memang muka kitorang je yang bergilir-gilir turun naik ranking 1,2,3 tu..ahaih =)

Bila naik darjah 4,tiba-tiba 2 orang manusia tu hilang(pindah sekolah lain) time tu aku rasa macam terkena kejutan budaya. Sangat sedih,aku rasa macam takde makna nak pergi sekolah. Sebab aku dengan budak perempuan biasa-biasa je rapatnya. Time ni datanglah sorang budak ni,aku tak pasti dia baru masuk ataupun dia memang dah lama kat sekolah aku tu..nampak sangat aku tak pernah pedulikan dia.

Semuanya bermula tahun tu lah*tahun dimana aku rasa macam dalam zaman kegelapan* tiada lagi teman untuk bertanding,tiada lagi teman untuk buat aku ketawa,tiada lagi teman untuk saling copy mengopi kerja rumah

One day,aku jalan2 nak masuk kelas. Sekali dia lalu (time tu dia macam hot..macam ok..) Aku rasa pintu tu sangatlah luas..boleh dia maki hamun aku kat situ jugak sebab kononnya aku menghalang laluan dia..der..pintu tu besar. Dia siap keluarkan statement lagi..'tepi lah budak tuttt..tutt' (takleh paparkan nanti aku sedih balik) tapi something yang menghina penampilan aku lah.Der..time tu,aku dahla memang stok yang kawan dengan lelaki..apa yang ko baget?aku nak melawa macam orang lain?plus time tu aku baru skoool rendah kot.

Start dari hari tu..dia memang tak puas hati dengan semua benda yang aku buat. kalaulah 2 orang geng aku tu ada..dah lama aku mengadu kat diorang tau..huh. Macam-macam yang dia buat pada aku. Kutuk-kutuk aku. Dalam kelas yang bising,tiba-tiba dia jerit nama aku dengan gelaran 'tut...tutt ' tadi,semua jadi diam..lepas tu diorang semua ketawakan aku. time tu aku rasa nak sepak je muka dia tu. biar pecah mulut dia!

Kadang tu,lepas time rehat...masuk kelas,mesti ada nama aku kat papan hitam..aku hanya mampu padam kan tulisan tu dengan iringan muzik ketawa yang keluar dari mulut mamat tu..hiiiihh. Pernah jugak time kelas tambahan untuk upsr,masa tu masing-masing tunggu parents jemput. Perempuan2 yang gediks nak tarik perhatian dia boleh pulak ejek-ejek dia dengan perempuan mana entah.

Aku macam biasa,memang tak layanlah kalau berkaitan dengan mamat nih. Sekali dia dah hot dengan ejekan2 itu,dia capai 1 ranting kayu yang tak macam ranting..maksudnya besarlah jugak..kalau kena kepala boleh berdarah la. Dia nak baling kat kumpulan budak2 gediks tu. Sekali entah macam mana,diorang mengelak..kena pulak TEPAT kat bahu aku. Nasib tak kena muka aku,kalau tak..cacatlah wajahku ini..huhu

Aku rasa macam nak pengsan time tu. SAKITLAH BODOHHHH. Serius aku rasa nak jerit macam tu,tapi apa yang berlaku?Hanya air mata je yang mengalir. Kawan2 aku semua kerumun aku.Lepas tu aku dengar mamat tu gelak 'hahaha..padan muka kau budak tuttttt' Serius,lepas kejadian tu aku rasa aku membenci kau sampai mati! (heheh..over tak?) Sebabnya aku tak pernah kacau dia pun,dia je yang asyik cari pasal dengan aku.

Habis sekolah rendah..masing-masing bawak haluan sendiri. ALhamdulillah aku takpayah jumpa dia lagi. =)

Tapi,tiba-tiba masa lepas spm (masa ambik lesen memandu ramai2 dengan kawan2 aku yang baik) tiba-tiba aku rasa aku macam familiar je dengan 1muka yang tak hensemm tu! Then sorang kawan aku,dia je yang pernah skool sekali dgn aku time skool rendah cakap 'EH..tu bukan ..dottt ke?' Aku buat-buat hilang ingatan 'dottt mana?tak kenallah!' Memang that time..that dottt asyik pandang kitorang 'hah..dia pandang sini lah..dia senyum kat kita..dia still kenal kita lah!' ah..aku masih lagi hilang ingatan. Aku sangat sombang waktu itu!


Sebab kau lah mamat,aku hilang keyakinan diri!
Sebab kau,lama aku terperangkap dalam zaman kegelapan!
Sebab kaulah aku susah nak bergaul dengan orang!
Sebab kau sampai sekarang aku masih lagi sentiasa ada rasa kekurangan dalam diri.


Banyak efek yang kau bagi kat aku dengan apa yang dah kau buat selama ni. Banyak lagi sebenarnya yang kau buat.CUma aku malas nak tulis jek.
DAN sebab kau jugak aku selalu fikir apa pandangan orang bila nampak aku. Adakah sama macam apa yang kau cakap?Tapi rasanya tak pun.


Dan Sekarang,Bila masing-masing dah besar. Dia pernah kenal classmate yang rapat dengan aku masa skool menengah. Disebabkan diorang tatau mau cerita apa.Diorang cerita pasal aku.BENGONNGG! aku tak rela dia bercerita pasal aku! Kawan aku tu cakap..'dia kenal kau.dia kata korang satu skolah rendah dulu. Dia selalu cerita pasal kau. Dia pernah nampak kau,dia nak tegur kau,tapi dia malu.' Perghh...sori yer..kalau kau tegur aku pun,aku akan jawab 'sorry,i rasa i tak kenal u and i tak berminat nak kenal..blah kau' HAMBIKKK KAU! (waa..sangatlah emo)

Kalau time cuti,balik rumah..time keluar dengan kawan-kawan lama atau pergi pasar malam ke,and time tu maybe lah dia pun cuti sekali. Pernah terserempak dengan dia..*kalau aku tak salah oranglah* Aku baget DIVA. jalan pun ala-ala MODEL. hakahkahak. Rasa cam gila pun ada kadang-kadang. Tapi alhamdulillah..benda tu cuma sekali je kot berlaku. Maksudnya,sekali je aku baget macam diva depan dia sebab aku dah tak jumpa dia dah.

Dan tak mooo langsung jumpa dia kalau boleh..hehehe =)
Aku tak rugi apa-apa pun. Bila orang sebut-sebut pasal dia(kawan2 masa zaman skool rendah).mesti aku rasa nak jerit..STOOPPPP! asyik-asyik dia nih..tau lah dia hot (kot) time dulu-dulu. Masing-masing mencari kemana dia menghilang. ada yang kata dah ke over the sea..hek!pergilah..tak balik pun takpe..takdelah semak mata aku nih kalau time aku balik rumah waktu cuti.

Entry emo nih sebab aku menyahut cabaran nuffnang=)

poster

Nak tiket freeee! =)penat aku gali kisah yang aku kepam selama nih.Hanya beberapa orang teman rapat je yang tahu =(Sedih kot..benci kot..ehehe

YOU AGAIN>? PI BLAHHH LA..heheh.

Tapi rasa macam best pulak kalau aku berpeluang buat kat mamat tu macam gambar first kat atas tu =) *tanduk-tanduk sudah naik*

6 comments:

mia said...

gud luck dear..

adilah said...

hai...;)
gudluck jgk...hehehe..
kalo dpt,nnt kita jumpa sama2 k...
nice to meet u...;)

paan said...

pergh sanggup tu menggali memori hitam utk tiket wayang..hahaha

Entri terbaru -> 10 tips menulis entri menarik

MyraLove =) said...

mia,
thanks

adilah,
yup2 insyaallah.

MyraLove =) said...

owh paan,
jgn menulis begitu.kamu bikin diri ini malu..ahak.
takdelah,bukan untk tiket sgt pun,sbb saya tak penah layan wayang2 nih..y penting mau spa free..ehehe..bukan senang nak dapat spa free2 nih tau

Puteri Nuur, said...

nanti kkita jumpa kat cinema yer ;) *poyo macam dapat ni* :P

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails