Kepala terasa semakin memberat berbanding petang tadi. Tekak juga semakin perit. Mungkinkah kerana aku terlalu banyak bercakap hari ini?rasanya sama je seperti hari-hari sebelum ini. Aghh..jangan lagi diri ini mendapat dugaan kesihatan buat waktu ini. Dikala ini,aku amat-amat memerlukan keadaan fizikal yang kuat dan tabah. Banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan sebelum berakhirnya minggu ini.
Macam-macam yang aku rasa sekarang. Yang paling penting HOMESICK dan jugak FOODSICK. Aku dah taktau nak makan apa,selera makan yang sedia ada kurang ini semakin berkurang. Perasaan ingin pulang semakin kuat. Ya,aku bukan belajar diseberang lautan. Aku masih lagi di tanah air sendiri.
Namun jarak kini telah jauh memisahkan aku dan keluarga. Bukan seperti dulu. Bila rindu bertandang pada kasih abah dan sayang mama, cepat saja hati membuat keputusan untuk mengemas barang. Kini,banyak yang perlu difikirkan. Jauh perjalanan itu yang membuatkan aku berfikir lebih dari sekali.
Suara mama ditalian malam tadi buat hatiku sejuk kembali. Ingin saja aku mengadu segala keluh kesah aku disini,namun disabarkan hati. Itu semua tidak perlu. Benar tiada rahsia antara kami,tapi aku hanya tidak mahu wujudnya risau dihati itu. sakit dikepala sedikit reda mendengar pesanan mama.
Sakit. Sakit teramat sehingga aku tertidur dikala azan magrib berkumandang. Tak mampu untuk aku menahan kesakitan. Sehingga aku terfikir, jika islam itu tidak menjatuhkan hukum berdosa kerana mencederakan diri,mahu sahaja kepala ini dihantukkan kedinding atau tiang besi. Mungkin juga mampu menghilangkan rasa sakit yang aku rasa.
Jika diikutkan hati dan perasaan,mahu saja aku berangkat pulang memeluk erat mama dan abah. Ya,jika aku mengikut hati dan perasaan,mahu saja aku tinggalkan segala perancangan awal itu. biarkan mereka disitu. Habis saja tanggungjawabku sebagai pelajar,aku lepaskan yang lain. Aku mahu sebegitu. Tapi.. aku sedar,itu juga merupakan tanggungjwab yang telah aku sanggupkan.
Sungguh,dikala hati tidak tenteram,kesihatan pula bukan 100peratus ok dan urusan lain yang masih banyak menanti menyebabkan aku mudah untuk menyerah. Menyerah pada masa. Jangan tersalah faham maksudku ini. Pada aku,apa yang aku rasa sekarang ‘biarlah masa yang menentukannya..’
Dan diwaktu-waktu kritikal beginilah masalah-masalah sampingan ingin dielak jauh-jauh. Owh,malangnya..satu lagi masalah muncul malam tadi. Kenapa perlu ada undang-undang yang aku rasa ‘bodoh’? para pengampu sememangnya tersenyum dibalik tabir. Benarkah begitu?hurmmm. Malas mau fikir jauh,kerna diri ini sudah terlalu letih. Apa yang dibaca untuk bekalan menjawab soalan esok juga sudah hilang kemana. Setelah disoal siasat ‘kaw-kaw’ macam pelaku jenayah berat.
Ahh..bawak iron pun salah,habis?nak suruh aku beratur guna iron share-share macam zaman asrama dulu-dulu ke?grrrr..geram-geram. Dah la iron yang disediakan tu hitam,mau hangus semua baju-baju aku..hoh!
24 comments:
moga cepat sihat.... rajin2 makan ubat ye!
memang tetiap ari byk cakap ker ?? hahaha
semoga cepat sembuh. insyaallah
entri terbaru->Bonus Hebat Pakej Digital Kit
time2 ni la sume nak sick kn....
@cacing:tq..sembuh sendiri,xperlu ubat kot..aha(alasan lapuk=)
@chairool: yelah..awat?ada ubat ka? ;)
@paan: xdelah,banyak ckp dengan kwn baik je..rialiti pada org lain,saya pendiam tau..ahak..tulis banyak ;)
ubat gegat + ubat nyamuk campur ubat gigi = sile beli sendiri..
sekiaaaaan....
@chairool: waa..suda try yer?
patut lah :D..hahaha (sendiri translate yer)
tak mainlah beli2 sendiri ni,selalu org sponser..hoho
sekarang ni memang ramai org sakit tekak, batuk, mata,hidung..sumala deria tu kan..coz cuaca x berapa elok.so, kena minum banyak air...
time2 camnila homesick kan..teringatkan belaian ibu dan ayah..tatkala kita kurg bermaya..
Sabar ya...
alo2 ciannye kwn baik ak nih....
ak pn foodsick + homesick jgk..
@kakmaisyah: hukhuk..cedey2..dkt2 nak exam ni mmg camni,otak pun mcm xstabil pun punca jugak..hehehe..thanks ye kak =)
@syida: hek...kau homesick?huh..aku nih lagi lah,homesick kuasa 44..ha kira berapa byk aku punya homesick
lorhh..xmakan ubat ke...hurmm..rase nak balik jugak..w/pn br 2 mgu lps balik..huhuu
istilahnya keren.
homesick dan foodsick hikz hikz
jika sakit biasanya memang tidurnya lebih awal
sakit adalah ujian bagi orang yang beriman.
sabar dan tawakkal lebih baik
sakit apa nih.
sudah ke dokter belum.
periksakan saja ke dokter sob
salam ukhuwah ya Myra, tengkyu da singgah...
Smoga cepat sembuh dan bisa kembali berkarya
moga cpt sihat k =]
i'm homesick too
@misya:huhu..saya sjk raye aritu xblik lagi..tu y touching sikit tu =(
@tomo:keren ya?hurm
@uswah: =)
@hikmah:insyaallah =)
@kisahabunawas: biasa je,lepas rehat and cool sikit..ok la.thanks =)
@muza elbanaf: salam ukhwah juga =)
thanks ya..sudah ok sekarang =)
@diriku: =)
@aen:im homesick ten times ten =(
moga cepat sembuh...
@rush D : thanks =)
Post a Comment