Benarkah si lelaki seringkali berfikiran 'WANITA SERING MENANGIS TANPA SEBABNYA?'Apakah pandangan anda? Air mata wanita amatlah berharga pada pandangan si pencintanya. Jadi,mengapa air mata itu menitis jua yang kebanyakannya adalah disebabkan seseorang yang dekat dihati.
MENGAPA?KENAPA?tidak bolehkah si lelaki memikir tentang mengapa air jernih itu mengalir?selain dari memberi jawapan "ahh..itu lah perempuan,sikit-sikit air mata!takde sebab pun nak nangis!'
kisah dibawah ini aku jumpa masa jalan2 kat blog orang. tapi aku dah edit sikit untuk ebih mendalami dan mefahaminya. =)
_--------------------------------------------------------_
Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa ibu menangis?”
“Karana ibu seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya.
“Adik tak faham”, kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, “Dan adik tak akan pernah memahaminya”.
Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?”
“Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak lelaki kecil itu pun membesar menjadi seorang lelaki dewasa, tetap ingin mengetahui mengapa wanita sering menangis. Akhirnya dia bertanya kepada seorang tetamu ALLAH dirumahNYA
“ mengapa wanita begitu mudah menangis?”
Tetamu itu menjawab “ALLAH berkata, ketika Aku menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan “
“Aku memberikannya KEKUATAN dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak- anaknya “
“Aku memberinya KEKERASAN untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain mengalah, dan menjaga keluarganya dengan penderitaan dan keletihan tanpa mengeluh “
“Aku memberinya KEPEKAAN untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “
“Aku memberinya KEPERKASAAN untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya “
“Aku memberinya KEBIJAKSANAAN untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan KETETAPAN hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa yang dia perlukan.”
Lalu tetamu itu menambah lagi “Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang di tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya.”
“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana MATALAH PINTU HATINYA – tempat dimana cinta itu ada.
6 comments:
betul2. i selalu nangis tanpa sebab. tiba2 je rasa mcm sedih then nangis la huhu
hudhud, i pon macam tu.hehehe..entahla,kadang rasa bengang jugak kat hati ni yang sangatlah sensitif dan berjiwa lembut..ehe. mudah sgt nak sedih. kenape ye?ada ubat x agak2nye..hehehe
hehe.air mata ngan pompuan mane leh larii.:)
shima,sebab perempuan tu hatinya lembut..kan?heheeh
owh...begitu....ptt r oppa ske mte...hahahhahaha
hebatnye y bergelar ibu nie en...sy bgge mjd sowg wanita...n future mom...huhuhu ^^
untungnya dia =)
betul tu..kita perlu bangga kerana kita adalah wanita =)
Post a Comment