Makanan orang bujang.macam ni jelah gayanya. Ada macam-macam lagi makanan merepek yang aku beli. Tapi malas nak snap banyak2. kang jadi entry bergambar pulak. (walaupun memang dah jadi entry bergambar pun..ehek)
Layout
Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)
Friday, December 31, 2010
Santapan ketibaan tahun baru =)
Makanan orang bujang.macam ni jelah gayanya. Ada macam-macam lagi makanan merepek yang aku beli. Tapi malas nak snap banyak2. kang jadi entry bergambar pulak. (walaupun memang dah jadi entry bergambar pun..ehek)
Sunday, December 26, 2010
Bagi Idea sikit untuk aku isi masa LAPANG ni =(
Salam to all~
Jam dah nak dekat pukul 2 pagi. Mata aku nih,memberatnya dari tadi lagi. Tapi bila masuk je bilik..haiiyyak 1,2 jam mengelamun pun tak tidur-tidur lagi.
apa yang aku rasa?BOSAN!BOSAN!dan terus BOSAN!
Aku malu nak mengaku..tapi mengaku jugaklah..aku dah tak sabar nih nak start sem baru. Aku dah tatau nak buat apa kat rumah. ‘driver’ yang ditunggu pulang,tak jugak pulang-pulang. Kalau tak,boleh jugak pergi jalan-jalan =(
Tolonglah sesape boleh bagi idea sikit,apa aku boleh buat time cuti nih. 2 minggu ni aku rasa macam dah dekat 2bulan. Hak! aku bukan jenis orang yang boleh duk diam
Yes,aku ada kerja sambilan as a writer (poyo tak?hakhak) tapi..bosan!!aku nak buat benda lain jugak..hukhuk. Writer tu cuma mampu isi masa perlu aku je. Masa lapang aku?nak buat apa ni.
‘big bos’ ada bagi task. Tapi,arghhh..otak aku sangat malas nak complete task tu. Tak terjangkau dek akalku. Bila entah nak siapnya..huhhh.
Haha..agak kebudak-budakan ke kalau aku cakap yang tetiba aku main makeup-makeup sorang-sorang?hahaha.
Tak payah lah korang nak kutuk-kutuk. Aku dah puas kena kutuk ngan brotherS aku. Dah tu,angin takde,ribut takde tetiba aku pakai lawa-lawa,makeup ala-ala orang nak pergi dinner kat hotel 6 bintang je.
Kalau aku ni ada adik beradik pompuan,mesti tak jadi gila meroyan macam ni. dah tu,sepupu sepapat pompuan semuanya jauh-jauh (ada duduk dekat,tapi jauh :D ) Nak harapkan kawan pompuan..lagilah. Jiran tetangga pun tak sedar kot kewujudan aku kat kawasan ni. Sedih. Inilah masalahnya kalau dah besar panjang pun kena berpindah randah =(
Apa yang aku boleh buat?termenung! itu yang 2minggu rasa macam 2bulan tu. Menung.tatap kertas task tu. menung lagi. tidur sat.bangun,kerja. menung. Kerja aku tu pun perlukan ke-termenug-an..so,memang kerja duk termenung jelah.
udah ghuper orghang putuih cinta je gayer nye (ada betui ka ini ejaan=)
Sunday, December 19, 2010
50 Bloggers Diperlukan II
Tengok gambaq pun dah boleh agak kan. Orang dah lama kecoh pasal 'benda' ni,aku je baru berpeluang nak men-join-kan diri. sebelum-sebelum ni asyik tak nyempat je. sekarang kan musim BOHSAN,apa lagi,kita sempatkanlah mana yang tak menyempat dulu tu..ahak ><
Kenapakah dikau mahu menjoinkan diri dalam blogroll 100penulis.com ni wahai cik myralove? (tanya admin 100penulis.com tu kat aku.) hahaha..nak kenyit mata je boleh?hahahahhahaha.
Meh saya conteng sikit kat sini. Kenapa nak join?admin kata.. 'BE WHERE OTHERS ARE' ha,kan..main copycat je =) So. inilah peluang ke-gold-an untuk orang yang macam aku ni. Orang macam mana? yelah,aku sebenarnye suka main taip-taip ni. tengoklah,hobi aku pun kalau tak baca buku,mesti buat buku
So,kalau dah macam tu,mesti lah aku nak orang baca apa aku tuliskan?kalau taknak bagi orang baca,jangan letak dalam blog. Letak je dalam diari bergari. Takde orang pun boleh baca. Kalau aku join blogroll 100penulis.com ni,peluang untuk orang datang membaca entry-entry
Pasal
Sori pada sapa yang kena tag. Eh,anda patut cakap terima kasih kan. Thanks to admin 100penulis.com sebab meletakkan syarat mege-tag 2 orang yang sangat-sangat bertuah untuk men-join-kan diri mereka kedalam agenda ini.
Antara insan bertuah ialah: cik lin dan hyun miera
Ok,itu saja dari saya. rasanya macam dah cukup dah sebab musababnya. hope diterima oleh admin 100penulis.com.
ok,salam untuk semua~
Thursday, December 16, 2010
Bosan!
Salam to All.
Lama menyepikan. walaupun exam dah habis. Walaupun sekarang dalam mode CUTI. Malas nak update. Just membalas jejak je. Bukannya apa, kuasa halaju pecutan (apa lagi?) BB menyakitkan hati je. duk refresh-refresh,peginya tak jugak.
Hari ke-5 dirumah. masih dirumah. BOSAN. Nak gi jalan-jalan,tapi ‘driver’ tak balik lagi =( Nak drive sendiri?sesat kang tak jumpe jalan pulang. Haru lah pulak. heheh
Saja godek2 FB. nampak lah pulak wall post kat atas ni. Terkenang-kenang daku siituasi perjalanan balik 5hari lepas.Grrrrr.
Semuanya berlaku sebab tak makan. terlupa nak makan .Satu hari just ambik lunch. Maklumlah,dah kena tinggal sorang-sorang. Lunch tu pun sebab rasa cam memaksa diri je turun. 12tengahhari lunch. lain2 terlupa. Biasalah,aku kalau sorang-sorang ni,memang tak lalu nak makan.hehehe.
Naik bas 9.30pm. konon-konon beli sandwch plus twister oren. minum bukan main lagi. tak ingat dah perut kosong. lepas makan sekeping. Apa nak kata. agenda bermula. Haiiiyyyak!
Sepanjang malam. aku rasa nak nangis je. dalam keadaan sejuk.lapar.pening.basah!grrr. Tapi,kalau nangis pun,apa yang aku boleh dapat..hahaha
Ni taun depan nak balik,tatau lagi mau balik naik apa. Partner ku balik awallah pulak,orang nak gi HONG KONG. jelez!jelez! tak pe-tak pe. Jangan lupa bawak balik buah hati tangan ye bakal rummate ku..hahaha =)
~heh,sebelum habis exam,macam-macam dalam otak nak buat. Bila dah habis,ya allah tatau na buat apa.huhu~
Saturday, December 11, 2010
After.. =)
Malas mau taip panjang-panjang.heee. Rasanya dari gambar pun dah boleh tangkap maksudnya.haha.OK.jom mengemas bilik.Sudah mau pulang~ mudah-mudahan perjalanan ku malam ini dengan bas sani berjalan dengan lancar.~AMIN~
Wednesday, December 8, 2010
DOWN.kecewa.SEDIH
STRESS over strain! Rasa macam sia-sia je semuanya. Akhirnya ini yang berlaku. Kenapalah sem ni macam-macam yang jadi.
Mula-mula kecoh pasal paper steel dijawab tanpa diberi BS CODE. Nak design apa kalau takde code book?semua nak main assume?alamatnya semua bangunan runtuh! Nasiblah course aku diasingkan hari exam. Walaupun subject sama.Kesian diorang.Evn kalo ada BS CODE pun blom tentu boleh jawab.Apatah lagi takde.haihh~
Lepas tu paper applied hydraulic,benda tak patut masuk,dimasuknya.Hancur paper tu,kesian orang yang ambik.
Hari ni. jawab Engineering Math tanpa seketul rumus. Rasa macam nak koyak je paper tu time dalam dewan. Pastyear ques punya lah banyak rumus. Kenapa taun ni takde langsung.STRESSSS.
Dah lah belajar PDE kurang dari 4 jam je. Orang lain ambik 1sem belajar. kitorang cuma diajar selama 4jam.WAJARKAH itu?
Penat!penat!kecewa!hantar paper dengan pandangan kosong.kecewa.DOWN.dah la esok last paper.STEEL. hope lah diorang bagi BS CODE.
Walaupun ayat yang pihak department keluarkan…”it will be there, IF it should be have” kalau orang yang tau memang akan memahamilah perasaannya buat kerja tanpa code book nih.Macam buat math tanpa calculator lah.(bukan math senang-senang yer).
Otak sakit.Kepala sakit.Jiwa kecewa.Rasa macam nak test je dinding mana yang tahan hentakan.huuu~
Hope kembali bersemangat. buat masa sekarang ni,mau tidur-lepas buat marathon tengok 3idiot (pemberi mood study ni ).Mau qodo’ tidur semalam. 2jam je semalam.huuuuuuu~
STRESS over STRAIN = Young’s modulus (E) <------benarkah equation ini?
E=MC^2
BlogLarian
Jom kita berlari!Yeah.Saya mau lari dari semua stress.Mau lari dari paper yang ‘killerr’
Hehehehe.Mungkin saya antara orang terlewat yang tau pasal blog ni. maklumlah. bizi. TAPI, now,saya tetap mau take part =)
lets do the task (banyak ke?otak dah jemmm sangat dah time nih)
1)ada banner bloglarian.
2)jadi follower
3) Lengkapkan slogan.."Saya suka berblogwalking kerana....saya boleh gain macam-macam pengetahuan.boleh shopping.boleh dapat kawan baru.boleh promote blog sendiri =)" (tidak lebih 30 patah perkataan) ok!
4)tag 3 manusia bertuah
5)inform diorang. ok!
DONE!
~THE END~
Friday, December 3, 2010
Soalanmu menjerut ku…grrrr
SaLam semua~
Lamanya tak berupdate. Maklumlah,yang penting didahulukan. Ini pun update sikit-sikit je,tak tau actly nak buat entry apa.
Disebabkan tak tau mau buat entry apa. Saya letak je lah benda nih. Soalan-soalan yang menjerut otak (boleh ke?). Semalam paper ni. Harini environmental chemist..aigoooo,360 darjah kepala otak kena pusing.
Mujurlah kesihatan tidak terganggu. Sebab sem ni saya sangat baik. Siang setadi. Malam setadoq. Hehehe.
When (effort before exam) > (performance during exam), the heart is not in equilibrium
Lawakan contengan-contengan berbentuk abstrac tu..haiyyyakk. Yang penting,semua orang keluar dengan stresss. Aku?tak yah citer lah. Konon lepas habis paper ni nak pergi libry study kimia pulak.
Alih-alih,pergi. Tapi aku cop 1 sofa untuk tidur.Heheheh. Otak tersangat letih.xoxoxox
Friday, November 26, 2010
Detik BERKORBAN
Malas nak taip-taip. Tengok gambar jelah. Ini kat kampung aku.
Kat sana memang meriah sikit kalau raya haji ni (kot) time tu first time kot dapat beraya haji kat kampung,sebelum ni raya kat Perak je.
Sepupu yang banyak gaya.comel! macam sepupu dia ni jugak.Ahak!
Tapi,adeyh..elok pulak tu time aku bercuti tulah ada pasalnye..takde air! terpaksalah guna perigi kat belakang rumah nenek aku tu. bermakna tu ;) Nasib masih pandai lagi nak ‘cedok’ air =)
hehe. Tapi,ini semua gambar taun lepas. :D taun ni punya aku malas mau snap-snap,lagipun,takde masa,saya study!ahak!!! =)
motif: sebab entry sebelum ni takde chance nak masukkan gambar-gambar ni,maklumlah bercuti kat rumah lama,tapi charger laptop takbawak balik.BIJAK! =)
*schedule publish
Tuesday, November 23, 2010
Mahu berHENTI berblog
Salam to aLL~
Lamanya aku terSUNYI-sepi dibalik tabir nih. Maaf ye kawan-kawan sekalian yang masih sudi melawat kesini. eheh! ada jugak tu yang perasan akan kesunyian dan kesepian aku..terharu pulak..ehek ;)
Saya memang mau berhenti berblog. JUJUR NIH ;) nampak tak mata jujur nih..hehehe. Gurau je. Berhenti buat seketika waktu. Mana boleh berhenti terus. Disini dunia ku kan =)
Maaf sebab masa sangat mencemburui aku. Tak boleh nak lama-lama buat apa-apa yang melagho kan. Exam sudah bermula. Ni pun curi masa sikit lepas abis first paper tadi. Nak sambung membaca lagi tapi,kepala macam nak jemmm dah. Semua dibaca tak melekat pun. Asyik terpandang orang lalu lalang jek.haiih,salah pilih tempat pun yer jugak =(
Dah la internet pun macam tah hapa-hapa je. Kat bilik tak payah cerita lah memang tak dapat langsung. Memang bijak betullah pihak pentadbiran nih. Sekarang diorang sekat dah internet.TIME EXAM NIH. kat libry ada je. Haiiihhh. Susah aku nak RELEASE compression TENSION. (yeke?)
Cukuplah kot buat masa ni.Harap sepatah dua kata (banyaklah!) dari aku ni dah mampu menghilangkan kerinduan kat pembaca dan pelawat blog nih terhadap aku eh..ahahahaha ;)
Ada lagi 5 paper yang masih setia beratur sampai 9dis ni. Jadi,saya akan sedikit menyepi. Baik blog,ym, facebook (confirm) henset (haha.bohong.) Kalau nak berhubung dengan saya,email je ye saya layan. (konon betullah aku nih, perasan!haha.nasiblah)
ok. C u SOOOON =)
Sebelum tu jom dengar lagu nih. Saya sangat suka lagu nih tau. seseorang sila jangan salah faham,bukan sejak hari tu tau,tapi dah lama suka. Maaf sebab TER-curik lagu tu ;) titik! cukup-cukup.
Study.study.study.study.STADOQ pun best nih =)
You're My Everything
You're my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up
in the sky tell me I'm in love
When I kiss your lips
I feel the rolling thunde to my fingertips
And all the while my head is in despair
Deep within I'm in love.
You're my everything
And nothing really matters
but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning
with those deep brown eyes.
You're my everything
Forever and the day I need you
close to me
You're my everything
you'll never have to worry
Never fear for I am near.
Oh, my everything
I live upon the land
and see the sky above
I swing within her oceans
sweet and warm
There's no storm, my love.
Chorus
When I hold you tight there's nothing That can harm you In the lonely night
I'll come to you
And keep you safe and warm
It's so strong, my love-Santa Esmeralda -
Monday, November 15, 2010
Selamat Hari Raya & Berkorban =)
huwaa..sudah berabuk dunia aku disini. Kesiannya. 5hari sudah aku bercuti dirumah,malas sangat nak berupdate dunia disini. Bukan apa,tahap kelajuan broadband sangat lah memberansangkan. perghhhh!laju sangat!!
Now nak cerita pasal raya lah. Hahahaha..awal sangat eh? ok lah ni,time camni takde lagi orang cerita pasal raya,so let me start first,kalau nak tunggu nanti after raya..basi lorh (sebab semua orang berebut nak cerita).
Raya haji. Tahun ni first time aku beraya kat sini. (erk!tipu.tipu.) yer..yer,sebelum ni memang pernah raya kat negeri ni,tapi itu namanya kampungku,rumah tok nek. Now raya kat rumah sendiri dinegeri ini. Negeri yang bagi aku masih lagi asing.
Nak pergi kedai sorang-sorang pun aku masih lagi was-was,sebab takut maklumat tak dapat disampaikan dan diterima dengan baik (hak!). Walaupun family aku dah hampir setahun pindah sini. Tapi itu family aku,akunya,baru beberapa bulan(sampai ke bulan?) sebab time cuti sem je aku balik rumah.
Kalau dulu time raya,especially raya haji ni..mesti aku and the geng kat tapah dulu dah buat konvoi dari rumah kerumah. ahhh..rindu sama mereka. rindu sana sangat. Bak kata pepatah,tempat jatuh lagikan dikenang,apatah lagi tempat bercinta kan. hahahaha.bohong.merepek punya pepatah.
Kini,aku keseorangan.Sedih,sedih. konpem lah pagi raya,balik sembahyang raya..lepak kat rumah je sambil menghabiskan juadah raya yang aku sendiri sediakan(aku tau yang sediakan). Lepas tu siap-siap balik rumah nenek.
Huwaaaaa...boringgggnyaa!! same macam raya aidilfitri hari tu lah. huhh..siyes takde kawan kat sini. siapa mau jadi kawan saya??meh duit raya dulu.hakhakhak.
konon boringlah sangatkan. hoittt cik kak!!! kau tak start exam lagi weyh..sedar itu. paper 1 pun tak start lagi ni. Balik je KL nanti terus ada paper weyh!sedar.sedar diri.
Ni pun masalah jugak. Tolong bagi tips sikit kawan-kawan. kenapa lah saya malas sangat nih bila kat rumah. Kalau kat hostel,satu hari duk libry steady jer. Pukul 8 lagi dah bertolak (hahaha.bohong.libry pun 8.30 baru bukak) tapi bila kat rumah ni. Hadoiii..jadualku tunggang langgang. tulah balik awal sangat! tapi nak buat camne,tiket takde. Takkan nak raya kat KL sorang-sorang,tragisnya macam tu. Belum tiba lagi waktu untuk aku beraya berjauhan dari parents tau. lambat lagi ..ehek! *blushing sikit*
Nak buat macam mana eh nak bagi lekat dengan buku macam biasa. Macam masa duk kat hostel. Laluan dah ok. Tau tak,punyalah bagus kemas-kemas nak balik haritu boleh pulak tertinggal charger laptop. Bijak betul!penat angkut je. nasib bateri ada. Tapi itu berapa jam je tahannya. Tapi,nak buat macam mana. GODAAN tetap ada. Takde laptop sendiri,brother aku punya pun aku sebat..HAHAHAHA(gelak jahat sikit)
Sambung balik pasal raya tadi. Memanglah family besar ku kat sini,negeri ini (major nya lah). Tapi,errr..kenapa ya?aku ni anak perantau. rumah negeri lain,belajar negeri lain,lahir negeri lain,membesar negeri lain. So,aku ni taklah rapat sangat dengan sepupu kupu-kupu semua tu.
Dah lah aku nih pemalu(hek!dengan family sendiri pun malu tau). Pendiam. Hoh,susah mau rapat-rapat sama mereka. Lagipun,mostly lelaki,lagi lorh aku takmo dekat. HAHAHA. Sebab,diorang pun takmo dekat dengan aku,sebab aku kurang sikit laku. Nak compared dengan brother-brother aku tuh,alahai..aku ini dicampak tepi jek! sedihkan?huhuhu
So,bila dah pindah balik sini. Aku kerinduan sama teman-teman disana. Dunia disini seakan asing. Haiyyak!
Dah dah. Encik TS dah pangil-pangil. Truss tadi tak habis kira lagik. Method-method yang dipredict masuk exam belum lagi dimahirkan. Itu pun ada hati nak beraya sakan.HOH.
Ok lah semua. SELAMAT HARI RAYA tau. SEMOGA BERBAHAGIA DAN DIBERKATI HIDUPMU. semoga murah rezeki. panjang umor. apa lagik ek? (hahahahaha..cara wish hari raya baru..eh bukan,ini cara orang wish secara advnce =)
ok. Salam~
p/s:sorilah,gambar cam tak masuk je kan. almaklumlah,guna laptop orang..susah mau godek-godek dalam folder. Tatau mane diletaknye gambar-gambar berkenaan.
Wednesday, November 10, 2010
Sani Express,Saya mau pulang!
Salam~
Sungguh,tak sabar nya nak balik! Aku dah sangat-sangat tak lalu dah makan makanan kat sini. Aku bukanlah cerewet. Tapi entah,bila lapar,turun cafe..tengok makanan terus takde rasa nak makan dah.
FOODSICK! FOODSICK! FOODSICK!
Yang aku asyik makan sejak lebih kurang dua minggu ni hanyalah wafer. Huhuhu. Nasi cuma makan untuk cukup syarat. Kalau jumaat till ahad aritu(cuti deepavali) tak payah cerita lah. Cafe memang seketul dua je yang bukak.
Merana kot. Ada motor kak aen pun tatau mau bertapak kemana (saya tak biasa lah;) Tengah hari makanlah apa yang ada kat cafe yang seketul dua tu. Pejam je lah mata. Telan je. Malam pulak..alahai,biskut-biskut yang ada dalam stok lah jadi mangsa.Sedih kan.Huwaaa..tak sabar nak makan Laksa Peneng yang mama masak..huhu.
Siyez,saya bertambah cun kurus,makan tak lalu tambah-tambah lagi sejak balik kem aritu (masa kat kem kan jogging sakan..ahak..dapat tak tangkap maksud yang ingin disampaikan) ;)
Ok dah. Saje je intro tu. Tapi yang bestnye..esok mau balik dah!yeah..!! Rain and cik syida,sila jelos sebab saya balik awal. Entry hari ni sebenarnya nak cerita pasal..
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Kelebihan BAS SANI EXPRESS
Tempat duduk yang luas dan lebar. Sangat selesa berbanding bas-bas dua tingkat yang lain. Sani express ni,semua bas dia dua tingkat. dan seat dia 3 je.
Jangan tak tahu, Bas Sani Express sekarang pasang WIFI tau. So,dalam bas pun boleh online. Tapi sekarang hanya ada 4 buah bas(Kota Baharu,kuala terengganu,Kuantan dan Alor star) je yang pasang sebab mereka dalam proses percubaan dan penyesuaian.
Bas yang ada WIFI ni,takde pun beza dengan bas lain. Cumanya,dekat pintu penumpang ada pelekat ‘WIFI’ dan kat tepi tangga untuk ke dek atas ada wireless router. So,lepas ni kalau nak beli tiket tu boleh la try-try tanye bas yang anda bakal naik tu ada WIFI ke tak. (boleh tengok no plat bas tu)
- CIRI-CIRI KESELAMATAN YANG TINGGI
Bas Sani Express merupakan bas yang menggunakan teknologi canggih. Antaranya:
· Penukaran gear automatik dan menggunakan sistem brake‘anti-lock braking system’ atau ABS.
· Dilengkapi dengan ‘Electronic brake system’ atau EBS, iaitu satu sistem yang merangkumi semua sistem brek yang dipasang pada bas tersebut yang akan bertindak antara satu sama lain untuk memastikan bas berhenti dengan selamat jika ada kecemasan.
· Sistem `retarder’ adalah sistem brek yang dipasang dalam kotak gear. Ia akan memperlahankan bas secara lima peringkat dan melambatkan enjin dan ia akan bertindak selari dengan tindakan pemandu yang menekan pedal brek. Ia juga dapat membantu melancarkan sistem brek semasa kecemasan dan semasa menuruni kawasan yang berbukit.
· ‘Traction Control’ atau sistem mengawal cengkaman tayar dan ‘anti-roll Bars’ yang berfungsi untuk menstabilkan kenderaan supaya tidak terhoyong-hayang dan senget apabila melalui selekoh dan melalui jalan basah sewaktu hujan.
Semua bas diselenggarakan oleh Scania (Malaysia) Sdn Bhd dan bas-bas dilengkapi dengan beberapa alatan tambahan untuk keselamatan kenderaan dan juga penumpang itu sendiri.
Peralatan yang dimaksudkan ialah seperti ‘speed limiter’ yang bertujuan untuk memastikan bas-bas dipandu pada kelajuan yang dibenarkan dan tidak boleh melebihi kelajuan yang telah ditetapkan. Ini termasuk juga sistem DAX
- CAFETERIA SENDIRI
Cafeteria sendiri ni maksudnya,Bas sani ni tak payah berhenti kat hentian rehat lain. Sebab,diorang dah ada tempat rehat sendiri. So,takdelah berebut dengan penumpang bas lain. Contohnya untuk laluan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur,hentian rehatnya di merapoh.
pssst..pemandu bas sani express memang wajib berhenti kat hentian tu,kalau tak berhenti kat situ..nanti kena tindakan disiplin. (xde gambar lah..hilang,dah penat cari dalam folder)
- URUSAN PEMBELIAN TIKET YANG MUDAH
Kalau melalui apa yang saya tengok ketika menjalankan srvey di Hentian Putra beberapa minggu lepas (last minit punya ‘visit’). Kaunter tiket sani express ni lain dari kaunter tiket bas lain. Sebab sani express akan paparkan skrin tu biar pembeli tengok. Maksudnya,kita boleh pilih tempat berhenti dan seat sendiri melalui skrin tu.
Lepas interbiu kat kaunter sani,boley pulak masuk dalam PWTC. Posing situ jap!
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Hurmmmm…itu je nak share. Melalui apa yang aku dapat dari kajian yang aku buat. Kajianlah sangatkan. Nasiblah siap jugak portfolio aku pasal sani express ni..heheeh. Yes!Pembentangan itu cukup memberansangkan tau =)
(sangat best part kumpulan Lady gagah ini dengan gagahnya ‘main’ sama itu PA,sebab no sound. Preparation dah gempak,sekali sound KO. apalagi,tunjuk skill lah kan..hahha,tertonggeng-tonggeng menggeledah PA system tu. Tah pape,padahal sebelum ni tak pernah sentuh. Ala,bukannya kat fak kita,kasi tunjuk la sikit kegagahan tu ;) Nak mintak tolong sama lelaki2 dibelakang..hmmm..karang diorang kate pulak ‘kata budak ******,takkan tak reti kot..citttt,banyak lah! tapi,berjaya gak akhirnya =)
pssst..tapi esok (eh arinilah) aku tak naik bas. Aku naik train..hehe. First time ni. Tapi,bukanlah first time sangat sebab sebelum ni 2 tahun aku dengan setianya menggunakan perkidmatan train nak balik rumah (dulu) tapi train express punya. kejap je. 2jam dah sampai rumah.
Tapi sekarang..hukhuk..semalaman lorh duk dalam train tu. takpe2 sabarkan hati yer. Tapi seronok jugak,sebab dengan buat macam ni,aku boleh try macam-macam benda baru.
Naik bas pernah tertinggal bas pernah.
Naik train shuttle pernah. tertinggal train shuttle pernah.
Naik kapal terbang pernah. tertinggal je blom,hampir tertinggal ada.(femos jap kat airport tu)
and now,naik keretapi tanah melayu pulak (comey la pulak bunyinya)
Sudah2 lah cik myra oiiii..panjang bebenor dah entry ni. Ok,stop now =)