Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Thursday, September 30, 2010

TAG SUKA-SUKA

TAG SUKA-SUKA

1- Name one person who made u laugh last night?
Last night?err..tak gelak pun sebab tengah stress *over gila jawapan*
eh..lupa..ada jugak ..' AMAN JELINA JOLIE'

2- What were u doing 1 hour ago?
Layan SITI KELEMBAI *@tonton*

3- What was da last thing you said out loud?
err..im a 'ayu' one..tak leh jerit-jerit *geli pulak rasa..haha*

4- Where's da next place you're going to?
hah?dreamland..?

5- What was da last thing u paid for?
err..split personality la pulak.

6- Where were u last nite?
where else can i go?? *sedih tak bunyi?*

7- What's da best ice-cream flavour?
of cos la mint *ijau tu*

8- Do u wanna cut your hair?
nope!!fullstop.

9- Do u love to 'melatah'?
Nope..sumtimes maybe

10- If that so(melatah), what will u said out loud?
ya allah! *baik kan?siyes ni =)*

11- What does da last text-msg received say?
'InsyaALLAH lusa sampai KLIA..jangan risau.bla..bla'

12- Will u get married in da future?
InsyaALLAH kalau ada jodoh =)

13- Do u chew on your straw?
Nope! Ayu lah..haha *sekali lagi rasa geli*

14- Do u make-up your own words?
hah?cant axcess my RAM now..almaklumlah banyak sangat :)


15- Is there anyone u like/love right now?
ermm..mayBE

16- Tag to other 5 bloggers/more
AIN
a n a s t a s y e a
purplishpink


Thanks to n@jwamz coz sudi mengetag saya ini *ececey..sekema tak?* Maaf yer najwa..lama bebenor nak boleh publish..sibuk sikit. Tapikan,siyes..itu jawab jujur punya *wink-wink*

Wednesday, September 29, 2010

AKU MASIH SAYANG.....part 2




Salam semua,
Penat sangat aku rasa hari ni. Sakit kepala sampai sekarang. Actually bukan sakit kepala. Sakit belakang tengkuk hingga menghampiri kepala. Menurut kelas NLP(Neuro-Linguistic Programming) yang aku belajar..aku tau..itu namanya STRESSS yang tahap hampir kritical. Hampir baru..ececehh...belum la sampai tahap kritical yang sebenar(muntah-muntah)..walaupun ada rasa.

Walaupun hanya 1 paper je test hari ni. tapi,ahhh sangatlah mencengkam otak aku yang kiut ni. Sakit otak pikir jawapan. sedih,frust,letih semua ada lah. Hajat hati nak je tidur je malam ni,tapi alahai..esok ada presentation lagi,lab report nak hantar esok tak siap lagi. huh~ semoga aku mampu siapkan semuanya.

Berbalik kepada tajuk. Sambungan untuk entry AKU MASIH SAYANG ...part1. Disaat-saat aku relex-relex nih..boleh lah buat sambungannya.

Sekarang dikala aku sibuk dengan jadualku yang padat,lupa seketika tentang itu. Tambahan tiada lagi pujuk rayu yang ku terima *ececey..baget gila kan..haha*. Aku selesa begini.

Entah lah. Sayang tetap ada pada CG tu. tapi nak buat macam mana..bak kata kawan ku..'i know my ability' <--- kononnnn..hakhak Sangat best bila tengok video masa hari kemuncak. Aku sangat lawa..ok..lawa yer..tak sesuai guna comel *jangan baling telur lagi yer..baca dulu* Maklumlah dapat makeup free..hehehe.

Boleh teka mana satu aku..ahak =)


Kumpulan NICE..best! =)



Sungguh aku masih sayangkan anda semua..hukhuk =( CG (cahaya gemilang) sangat hebat!!hehe..time ni kita dapat no2 walaupun markah kita 86 berbanding markah tempat pertama 85 je..tapi nak buat maca mana dah hakim buat keputusan muktamd atas sebab-sebab tertentu. THEN, CG tahun lepas(FESENI 10) memang selayaknya korang dapat 1st place..cayya lah korang

Monday, September 27, 2010

AKU MASIH SAYANG.....part 1



2 hari aku kebosanan tak boleh nak on9 sebab internet down. Not sure why..agenda atau nak repair. Sebab dengar cerita2 adalah bunyi-bunyinye diorang memang nak 'cut' wireless time sabtu ahad...ape kes??? huh..kes gila namanya tu.

Fine,back to the main point. AKU MASIH SAYANG... disebabkan tak boleh nak on9,aku pun belek-belek lah folder kami bersama. Tengok video. Sedih sangat. SERIUS AKU SAYANGKAN SAAT-SAAT ITU. Saat-saat kita bersama. latihan sama-sama. Jogging sama-sama. Main sama-sama. Jalan sama-sama. Bergelak ketawa sama-sama.

Aku Sayang. Tapi,aku tak mampu nak terus bersama. Aku sedar siapa aku..uhuk..ayat sedih. Aku tak layak untuk terus wujud disitu.

Aku menjauhkan diri bukan kerna tak mampu nak bagi komitmen. Bukan kerna tak suka. Tapi sebab masalah aku sendiri. Dan sekarang,bila malam..aku sedih bila teringat waktu dulu-dulu. Kalau dulu,malam ku terisi dengan aktiviti kita bersama. =)

Dah macam orang gila talak jadinya..hahaha..tengok video kita..tengok gambar kita..sedih woooa.

ok boleh teka mana satu aku =)




Yea,aku akui..aku rindu saat kita bersama =(

Mari menjawab soalan ku =)

A particle moves in a vertical plane under gravity and an air resistance whose magnitude per unit mass is k times the speed of the particle, where k is a positive constant. The coordinates of the particle at time t, with respect to a horizontal axis Ox and a vertically upward axis Oy, are (x,y).

Show that

d^2 x /dt^2 = -k dx/dt

d^2y/dt^2 = - k dy/dt - g ...... (*)

Given that a projectile with a terminal speed of 30.5 m/s is fired when t=0 from O with an initial speed of 30.5 m/s at an inclination of 45 degree.

(a)Solve (*) for x and y in term of t.
(b) Plot the trajectory of the projectile.
(c) Compare the path trajectory to that when there is no air resistance.


Aku dah nak botak pikir solutionnya..huwaaa..tak lawa lah aku camni..grrrr. Udah sakit kepala aku ni. Hari ni kena berkampung kat library la. Nasib lah Math Engine punya mid term tunda next week. Kalau tak..lagi lah botak aku jawabnya,1 hari ada dua test. Math engine + Ordinary Dif Equation.

TOLONG LAH KEPADA SESIAPA YANG BOLEH JAWAB..TOLONG JAWABKAN YER =)HEHEHE BAGI HINT PUN KIRA OK LA..HEHEHE

Saturday, September 25, 2010

SOSILAWATI tak kena rogol lah


KUALA LUMPUR: “Sosilawati tidak dirogol!” tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol.


Kes ni kecoh sebab wartawan tahu suspek-suspek tu dibawa ke bahagian kecemasan dan trauma HKL. kononnya nak check air mani mereka-mereka ini. Padahal tak pun. Just nak check kesihatan suspek-suspek tu je. (perlu ke?biar je diorang ni sakit..ahahah..kejamnya aku nih)


Tapikan,macam mana pulak polis pasti yang datuk sosilawati tu tak kena rogol? Buktinya? Adakah hanya melalui keterangan suspek?grrr..boleh caya ka? Kalau kena pun,tak tau kan. Tak ada apa yang boleh dijadikan bukti.


serpihan artikel kat atas tu dicopicat di sini. boleh baca lagi. bawah-bawah tu ada cerita pasal Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang kononnya beliau mengaitkan polis dalam kes pumbunuhan ini. sekian saja laporan dari blog ini (eekekke)

Friday, September 24, 2010

BECKHAM curang lagi?




Bekas kapten pasukan England yang turut dikenali dengan nafsu buas sebelum ini, David Beckham, semalam menafikan membayar lebih RM29,000 kepada dua pelacur kerana melayannya. Menganggap dakwaan itu ‘tidak benar sama sekali dan mengarut’, Beckham dilaporkan bercadang memulakan tindakan perundangan terhadap dua wanita yang membuat dakwaan berkenaan.


Jurucakap Beckham berkata, pihaknya sedih kerana terpaksa berdepan dengan majalah yang menyiarkan laporan tidak benar dan yakin tidak dikenakan sebarang tindakan.


“Beckham yakin berita itu adalah sebahagian daripada kempen mencemar nama baiknya bagi menjejaskan peluang England menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018,” katanya.


Berkahwin dengan Victoria, 36, sejak 11 tahun lalu, Beckham didakwa meniduri Irma Nici sebanyak lima kali di beberapa hotel di New York dan London di antara Ogos dan September 2007.


Irma berkata, dia juga pernah melayan nafsu Beckham bersama seorang lagi pelacur secara serentak.


Dakwaan Irma, 26, dilaporkan sebuah majalah di Amerika Syarikat.


Sumber berkata, Beckham, 35, juga tidak pernah bertemu dengan Irma atau seorang lagi pelacur yang dikaitkan dengannya itu.


Pernah mewakili Manchester United, Beckham kini bermain untuk kelab LA Galaxy di liga AS.


Mempunyai darah keturunan Bosnia tetapi dibesarkan di England, Irma mendakwa mengenali Beckham selepas diperkenalkan seorang rakannya.


Sumber yang rapat dengan Beckham berkata, ada beberapa fakta didakwa Irma mencurigakan dan tidak tepat apabila membuat pengakuan itu.


Misalnya, kata sumber itu, Irma mendakwa melihat rambut Beckham lencun kerana sedang mandi ketika membuka pintu bilik untuk membolehkan pelacur itu masuk.


“Anda perlu ingat, ketika itu stail rambut Beckham amat pendek dan gambaran diberi Irma tidak benar,” katanya.


Ketika melawat New York juga, kata sumber itu, Beckham menginap di Waldorf Astoria, bukan Hotel Le Parker Meridien seperti didakwa Irma.


Sementara itu, Irma pantas memanfaatkan kesan dakwaan sensasi itu dengan melancarkan laman sesawang peribadinya, semalam.

maklumat sensasi ini dicopicat disini



hot nye minah ni..patot r..hahaha


ini lah website minat nici nih..kalau nak tengok boleh klik kat gambar tu. tapi buat masa ni,ade prob sikit

Wednesday, September 22, 2010

Sayang Kasih Cinta Suka

Kenapa kalau orang yang kita sayang marah kita,
kita akan rasa nak nangis or senang cerita~nangis terus?

Kenapa kalau orang yang kita
kasih,
tak nak layan kita sama ada layan kita berbicara or layan perangai kita,
kita rasa sedih dan tersisih?

Kenapa kalau orang yang kita
cinta lupa birthday kita,
kita rasa dia kejam?
*betul ke?~sila percaya sbb benda ni ada*

Kenapa kalau orang yang kita suka tiba-tiba bermesra dengan orang lain,
kita tarik muka masam?

Kenapa kalau orang yang kita
sayang bila kita call or msg dia tak rep,
kita rasa nak pijak-pijak je henset dia?

kenapa kalau orang yang kita
kasih tak boleh ada masa kita perlukan dia sangat-sangat,
kita rase macam nak jerit je biar dia dengar hati kita nak cakap ape?

Kenapa kalau orang yang kita
cinta selalu nak merajuk-merajuk dengan kita,
kita rase dia comel?
*yeke?*

Kenapa kalau orang yang kita
suka senyum kat kita,
kita rasa sangatlah bermakna?


kenapa? kenapa?kenapa?
sila jawab..hahaha

sori lah,takda benda nak buat walaupun kerja bertimbun-timbun. sambil BW tadi,banyak yang buat pasal hati dan perasaan..tiba-tiba rasa nak wat conclusi
*ek?*



Saturday, September 18, 2010

Jom jumpa MAHER ZAIN !!!



Maher Zain LIVE in Malaysia!

The long awaited and much anticipated live performance of Maher Zain in Malaysia.

See MahEr ZaIn LIVE in SHah alAm October 15th (8:00 - 11:00 pm) at the MBSA Auditorium.




Leading to the major event, Maher Zain will also be meeting his fans in several locations. These locations, dates and times will be announced soon.



info ini di copycat disini . thanks and sorry to hawk. sangat malas nak taip lain=) sori yer hawk ;)
Erkkk.. to cik purple and cik blue..ini chance anda =) saya..err,boleh la layan sikit sekarang..ehek!

Air tangan seorang isteri

Sesi percutian raya ku sudah hampir tamat..argggg..takmo balik kolej lagi =( . Sangat malas nak balikkk sebab kena naik bas!! benci!benci!banci! =)

ok,now nak show off *ekk!* inilah hasil tanganku untuk raya kali ni. Baca sekali lagi...HASIL TANGANKU. Sebelum nih,bukan nya aku tak pernah buat kuih,pernah jerrrr..guna jari jer..tunjuk-tunjuk tu kira buat lah kan :)
Luper pulak..tajuk aku sangat-sangat gempaK kan..hahaha =)



First,KEK LAPIS OREO *sedap-sedap* janganlah gelak! aku tau la macam tak lawa sangat rupanya,tapi sedap ooo. Biasalah,first try memang ade cacat sikit. Tapi,nak cita mai kat hampa semua..kek nih,laris tau..ahak!

Aku dapat resepi nih kat blog cik mat gebu kot..try la sebab memang berhajat nak belajar buat pun =) dah pass kan?yes! boleh kawen!

next, errr..BUAH ROTAN. simple but leceh. satu hari aku menggetel. Nama pun aku sorang je y buat. Sampai tertidur -tidur aku kat dapur.



Yeah,yang paling suka..ALMOND LONDOOON. First percubaan jugak. Pandai tak saya?hehehe. Belajar buat dari kawan mak,melalui telefon jer. tak sampai 5 minit dia bagi arahan. trus aku buat...den,ta-da...jadilah..hehehe.

Esok nak buat lagi,untuk bekalan pulang ke tempat perantauan coz nak bagi orang rase..AHAK!
Yelah..yang buat sebelum raya dah habis =) *ka-ching-sedap la tu maksudnya*

HEHE..ini lah dia. itu je yang aku mampu buat, yang lain semua tunjuk. tak terkejar aku nak buat banyak2. My mum tersayang sibuk jahit baju. so terpaksalah aku buat. lagi pun,bab-bab kek memang 100% mum bagi kat aku. =)
but,ketupat and so on..not mine la..grrr..hancuss.

So?saya yakin! hahaha..yesss DAH PASSS NAK KAWEN NI =) *statement menggelikan*

Tuesday, September 14, 2010

Buffered Earnings yang ke -20

Alhamdulillah~ rezeki duit raye =) dapat BE yang ke 20 untuk aku tapi yang ke -13 untuk ALAM AKU BERMAYA =)
walaupun seminggu dua nih UV agak merundum..yelah..rayakan =).
saya kembali bersemangat kini (lama dah tak buat n3 nih )

Wahai kawan-kawan semua..mari kita sama-sama bernuffi..saya klik anda,anda klik saya =)

Sunday, September 5, 2010

Lady Gagah menangkap ULAR =)

WAAHH..gagahnya dia!pegang kuat-kuat!
nanti terlepas pulak..



sudah terkulai kah kamu?





abah: jom tengok kolam baru kat belakang
aku: kolam?(rasenya tadi dah tawaf..kenape macam tak nampak pun..almaklumlah..dah 2bulan lebih tak balik)
-----
aku: waaaa..bestnye..ade ikan ke ni abah? (sebab abah cakap baru 4 hari rasmi)
abah: (senyum)
aku: eh..tu...errk!BELUT!
----
Mula-mula seekor je yang aku nampak. Sekali bila abah angkat papan-papan dalam tu..pergghhhh..sangatlah banyak!





aku:eeee..geramnye...rase macam nak..
abah:berenang?
aku: gulp (takkan sampai macam tu kot)..man-cing?(pilihan jawapan yang paling tepat)
----

tapi..akhirnya..disebabkan terlalu geram..hilang rase geli geleman aku tuh..memang seperti yang abah sangka..haaaiihh. Aku suspect la kat diri aku nih.opss..tapi i tak la berenang..cuma 'menyeluk' je dalam kolam tu =)












Tolonglah..aku sendiri tak boleh caye macam mana aku boleh tersenyum lagi..aku kah itu yang sangatlah selebek itu?grrr!
Weyh..siyes..aku sebenarnye,kucing pun aku geli tau..macam mana aku boleh pegang benda nih..mungkin sebab time tu aku nak posing. Sebab aku nih gila bergambar sikit..dushh!!

Tapi,ape-ape pun. Aku anggap itu pengalaman.
mampu ke aku pegang lagi?grrrr..not sure! =)

p/s:so..pada siapa yang teringin nak beli,boleh roger2 aku yer..sekitar KB =)hahaha...boleh pulak buat iklan kat sini. suka hati aku jer..sekali ayah aku tak bagi jual..padan dengan muka aku!
err..sedap ke?sori..saya tak makan..so..xleh nak dscribe sedap ke tak..grrr =)

Saturday, September 4, 2010

Resepi TEMBIKAI BETIK


Pernah nampak ini buah? buah ape?? hehhe..errr aku pun tak pasti nama glemornye ape. Sebabnya aku panggil buah TEMBIKAI BETIK je. ok,jangan gelak lagi.
Dia adalah spesis tembikai tapi ala-ala betik dan rasanya ala-ala honeydew tapi versi tawar dan gebu =)

Mungkin kalau makan gitu agak tak berape nak lalu la. Gaya macam aku selalu makan..hahaha..padahal inilah pertama kali aku tengok. ;)

ok..untuk menyedapkan lagi dan melainkan sikit sesi berbuka puasa anda semua yang tinggal beberapa hari lagi ni..mari kita cuba pulak makanan baru ni..

Ok..akak-akak,makcik-makcik,adik-adik..jangan lupa catat,chef myra nak ajarkan ni..hek! bahan-bahanya =)

Tembikai Betik


Dipotong trapizeum (unik tu) atau dadu


Santan (nak masak tak pe,taknak masak pun takpe...macam nak makan cendol tu)



Air gula + gula merah yang keras tu (fine..not sure korang panggil ape..tapi aku panggil nisan-same as cendol punya perkakas)


Cara-caranya =)

masukkan potongan buah tadi yang berbentuk trapizium itu ke dalam mangkuk


Letakkan air gula tadi secukup rasa



Masukkan santan..dan...TA-DA..ready to go =)


hehehe...ok..simple sangat.TAPI sangat lah sedap..tak terasa dah makan sangat banyak sebab dia sedap =)
Harap anda boleh mencubanya..macam cendol,tapi bezanya dia buah dan tak perlu nak masak macam kita masak itu cendol =) Nak lagi sedap..letak ais sikit dalam tu..fuhhhh..layan~ ;)

Friday, September 3, 2010

Saat Hatiku BERDENTUM =)


Saat tirai pandanganku berlabuh kewajahmu,
Aku beku.
Saat kelopak mataku bergerak-gerak
menyakini ianya bukan mimpi,
Aku cair.

Disaat pandangan pertama itu,
Aku yakin itu kamu!
AKU YAKIN!
Hanya hati yang mengetahui

YA!
Hati tidak bisa berdusta.
Hati pandangannya menembusi hijab antara kita.

Saat kau memandang seakan mengerti,
Jantungku berhenti dari litarnya.
Saat gegendangku menangkap suaramu,
Tulang temulangku seakan rapuh.

Saatku dapati dirimu masih disitu,
Sel-sel badanku semakin bertenaga.
Saat kau berjalan sambil memandangku..
Dunia ini seakan sepi.
Saat kau menghadiahkan senyumanmu untukku,
MASA SEAKAN BERHENTI!



Mengapa harus terbitnya formula sebegini?
siapa kamu?
Dari manakah kamu sebenarnya?
Kutub utarakah?
Atau dari kutub selatan?

Aku bingung memikirkan dirimu
Dan aku semakin sakit memikirkan diriku
Kenapa aku harus begini..?


=)
mode: tiada motif.

Alasan: Sakit hati dengan BB..lembabbbbbb!



Thursday, September 2, 2010

APAKAH? atau MUNGKINKAH?




Saya ngantok dan letih. Tapi barang tak packing lagi..huhu..yeyeh..lebih kurang 16jam lagi nak sampai umah. mudah-mudahan perjalananku ini selamat dan di berkati. =)

Ngantok!semalam tidur berape jam jer..adeyh..semua gara-gara Steel Work la ni.. Lepas subuh baru boleh tidur kejap tak sampai 2jam..pastu g kelas. HUhuhu.

Ok..Walau pun letih..actuli rase macam nak demam *gatai* hahah..mesti pelikkan..ok..tadi..saya nampak..adush..macam terberhenti je jantung aku nih mengepam darah. Tiba-tiba aku rasa panas dalam cuaca hujan ditempat yang terbuka. Hahaha..ok..sambung lagi..



Aku rasa sangat panas walaupun aku terasa tempias hujan.
Suhu badan naik mendadak.
Tapi bibir,tangan dan kaki aku macam vibrate
APAKAH INI?

teh ais yang aku hirup tak terasa mengalir ditekak.
Macam takde apa-apa yang aku telan sebenarnya.
APAKAH INI?


Aku rasa macam suasana time tu sunyi sepi sedangkan aku kat cafe sebenarnya.
Aku rasa macam energetic sangat sel-sel aku bergerak,
tapi sebenarnya rialitinya aku macam kaku sangat kat situ.
APAKAH INI?

Aku sedikit berduka cita mulanya.
Disaat akhir disini,
Aku tak dapat mendengarnya.
Tapi tiba-tiba terasa bahagia sangat.
Walaupun figura itu hanya firasatku yang mengiyakan *tak faham tak pe*
Sungguh yakin!
APAKAH INI?


Angin yang menampar lembut bagaikan penghubung kehadirannya.
Irama hujan bagaikan alunan suaranya.
Tempias yang menghampiri bagaikan penyambung liputan mayanya.
MENGAPAKAH BEGINI?
APAKAH INI?



APAKAH SEBENARNYA FENOMINA INI?
NORMAL KAH IA?

ATAU GILAKAH AKU?
APAKAH?



tapi..yang penting aku gembira.
Kenapa gembira?
ENTAH!
Walaupun sekali
Biarkan~
Mungkinkah penyambung itu tidak mungkin lagi menyambung liputan maya ini
BIARKAN~
AKU PASRAH ~





Maaf kepada sesiapa yang rasa ayat-ayat aku nih macam orang gila tak pandai buat ayat =)
Biarkan. Saya faham. anda tak faham..kiranya anda blom tiba ke level yang sepatutnya.
Teruskan berusaha =)


Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails