Salam to all
huwaa..sudah berabuk dunia aku disini. Kesiannya. 5hari sudah aku bercuti dirumah,malas sangat nak berupdate dunia disini. Bukan apa,tahap kelajuan broadband sangat lah memberansangkan. perghhhh!laju sangat!!
Now nak cerita pasal raya lah. Hahahaha..awal sangat eh? ok lah ni,time camni takde lagi orang cerita pasal raya,so let me start first,kalau nak tunggu nanti after raya..basi lorh (sebab semua orang berebut nak cerita).
Raya haji. Tahun ni first time aku beraya kat sini. (erk!tipu.tipu.) yer..yer,sebelum ni memang pernah raya kat negeri ni,tapi itu namanya kampungku,rumah tok nek. Now raya kat rumah sendiri dinegeri ini. Negeri yang bagi aku masih lagi asing.
Nak pergi kedai sorang-sorang pun aku masih lagi was-was,sebab takut maklumat tak dapat disampaikan dan diterima dengan baik (hak!). Walaupun family aku dah hampir setahun pindah sini. Tapi itu family aku,akunya,baru beberapa bulan(sampai ke bulan?) sebab time cuti sem je aku balik rumah.
Kalau dulu time raya,especially raya haji ni..mesti aku and the geng kat tapah dulu dah buat konvoi dari rumah kerumah. ahhh..rindu sama mereka. rindu sana sangat. Bak kata pepatah,tempat jatuh lagikan dikenang,apatah lagi tempat bercinta kan. hahahaha.bohong.merepek punya pepatah.
Kini,aku keseorangan.Sedih,sedih. konpem lah pagi raya,balik sembahyang raya..lepak kat rumah je sambil menghabiskan juadah raya yang aku sendiri sediakan(aku tau yang sediakan). Lepas tu siap-siap balik rumah nenek.
Huwaaaaa...boringgggnyaa!! same macam raya aidilfitri hari tu lah. huhh..siyes takde kawan kat sini. siapa mau jadi kawan saya??meh duit raya dulu.hakhakhak.
konon boringlah sangatkan. hoittt cik kak!!! kau tak start exam lagi weyh..sedar itu. paper 1 pun tak start lagi ni. Balik je KL nanti terus ada paper weyh!sedar.sedar diri.
Ni pun masalah jugak. Tolong bagi tips sikit kawan-kawan. kenapa lah saya malas sangat nih bila kat rumah. Kalau kat hostel,satu hari duk libry steady jer. Pukul 8 lagi dah bertolak (hahaha.bohong.libry pun 8.30 baru bukak) tapi bila kat rumah ni. Hadoiii..jadualku tunggang langgang. tulah balik awal sangat! tapi nak buat camne,tiket takde. Takkan nak raya kat KL sorang-sorang,tragisnya macam tu. Belum tiba lagi waktu untuk aku beraya berjauhan dari parents tau. lambat lagi ..ehek! *blushing sikit*
Nak buat macam mana eh nak bagi lekat dengan buku macam biasa. Macam masa duk kat hostel. Laluan dah ok. Tau tak,punyalah bagus kemas-kemas nak balik haritu boleh pulak tertinggal charger laptop. Bijak betul!penat angkut je. nasib bateri ada. Tapi itu berapa jam je tahannya. Tapi,nak buat macam mana. GODAAN tetap ada. Takde laptop sendiri,brother aku punya pun aku sebat..HAHAHAHA(gelak jahat sikit)
Sambung balik pasal raya tadi. Memanglah family besar ku kat sini,negeri ini (major nya lah). Tapi,errr..kenapa ya?aku ni anak perantau. rumah negeri lain,belajar negeri lain,lahir negeri lain,membesar negeri lain. So,aku ni taklah rapat sangat dengan sepupu kupu-kupu semua tu.
Dah lah aku nih pemalu(hek!dengan family sendiri pun malu tau). Pendiam. Hoh,susah mau rapat-rapat sama mereka. Lagipun,mostly lelaki,lagi lorh aku takmo dekat. HAHAHA. Sebab,diorang pun takmo dekat dengan aku,sebab aku kurang sikit laku. Nak compared dengan brother-brother aku tuh,alahai..aku ini dicampak tepi jek! sedihkan?huhuhu
So,bila dah pindah balik sini. Aku kerinduan sama teman-teman disana. Dunia disini seakan asing. Haiyyak!
Dah dah. Encik TS dah pangil-pangil. Truss tadi tak habis kira lagik. Method-method yang dipredict masuk exam belum lagi dimahirkan. Itu pun ada hati nak beraya sakan.HOH.
Ok lah semua. SELAMAT HARI RAYA tau. SEMOGA BERBAHAGIA DAN DIBERKATI HIDUPMU. semoga murah rezeki. panjang umor. apa lagik ek? (hahahahaha..cara wish hari raya baru..eh bukan,ini cara orang wish secara advnce =)
ok. Salam~
p/s:sorilah,gambar cam tak masuk je kan. almaklumlah,guna laptop orang..susah mau godek-godek dalam folder. Tatau mane diletaknye gambar-gambar berkenaan.
7 comments:
selamat berkorban ....:)
sile pinjamkan tengkuk anda untuk disembelih ye cik miera..anda layak menjadi korban..haha
Hey i am suuper boy
Selamat Raya Aidiladha..
hee..maaf lambat benor iya..
selamat menempuh exam..bw2 bersabar, begitula adatnya org belajar kan..
semoga A++++....hee..buleh?
Met hari raya
chairool:waahh..kejam nye.saya tak mahu menjadi korban.belum cukup umo lorh..hahah
kakmaisyah: A+++++..amboi kak..sampai main hantuk2 kepala kat dinding un belum tentu boleh dapat..hehe
Post a Comment