Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Wednesday, April 14, 2010

Cara-cara mengHALAU ROOMMATE anda

Quote of the Day ;



~selingan untuk mengenepikan streess seketika. Enjoy k ~




1. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati "Horeeyy…kau dah balik" sambil peluk2 dia (awas..kalau lelaki,jangan buat yer). Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan cakap kat dia "Bila ko nak blah ni?"


2. Buat2 terjaga pada tengah malam, jerit kuat2 "Tolong, kat mana aku berada ni?tolongggg...tolonggg" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali and pumping 17 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.


3. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata
"Dah merebak… dah merebak!"

4. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.


5. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata
"Tak lama lagi…tak lama lagi…"


6. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"


7. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee…!". bukak lampu semula.


8. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…" Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya…xpe,aku tunggu pelanggan lain.sila duduk"


9. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.


10. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.


11. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw tadi anda pinjam berus giginya untuk mencuci sinki yang agak kehitaman dan akhiri dengan "takpe..aku dah basuh dah ko punya berus gigi tu dengan softlan"


12. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.


13. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused sambil cakap 'aku streess la nak exam'


14. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam.Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang sambil anda mengomen setiap tingkal lakunya persis mengomen lakonan wayang.


15. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik.Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.


16. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tersebut. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.


17. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam,
lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.


18. Mase roommate tido, panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile roomate jage kau menangis tersedu-sedu sambil ucapkan 'aku sedeh sangat bila ko takde'


19.Bila rummate anda tiada,ambil kertas-kertas assignmentnya dan koyak-koyakkan.kemudia bila dia balik, terus menangis sambil berkata 'bukan niatku..aku cuma buntu fikiran seketika sebab aku sembelit tadi..' sambung lah tangisan anda sampai dia pujuk.


20. Ketika rummate anda tiada, ambil tilam dan bantal-bantalnya dan letak di luar beranda/luar floor/luar rumah atau paling best dekat toilet. dan bila dia pulang katakan padanya bahawa anda sedang mensterilkan kawasan bilik anda dan katakan padanya 'aku dapat detect tilam dan bantal-bantal kau banyak virus. jadi,benda2 itu diharamkan untuk masuk dalam bilik'




=))))

4 comments:

Nur Syafiqah said...

akk lawak la entry ni.. mne la bole wat cenggitu.. hua3. ke akk wat kat rumte akk?

MyraLove =) said...

hahaha..akak blom buat lagi la..iqa try dulu
t gtau akak step mane y paling efisen

Nur S. said...

tulisan apekah itu?

MyraLove =) said...

shira...entah

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails