Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Wednesday, April 28, 2010

Nuhl Sarang Hae Gessuh (I want to love you)

Nuhl Sarang Hae Gessuh - (OST sassy girl chun hyang)

Vocal: Zoo





Lagu nih,biasanya orang nyanyi time kawen(kot) Sangat bermakna lirik2nya itu..'Nuhl Sarang HaGessuh Onjekajina'


ahh..buat seketika waktu dulu..aku meminati lelaki ini (JAE HEE)..ahaha..saje menambahkan koleksi

Mari kita hayati maksud lagu nih.Best sangat.Romantik gitu. Kawan aku mula dengar kata tak best..bila aku bagi tau maksud lagu ni..waahh siap hantar kat tuuuuuutttt dia lagi. hantar lagu plus lirik,plus maksud..plus kata2 jiwang..hahaha..lebih2 pulak kan..hahha..sori =) tapi lagu yang aku upload nih,suara org tu tak best sangat..tapi boleh la kalo nak layan =)



Romanization Translation
Neh Ddeu Guh Oon Eeb Sool Ee Nuh Eh

Boo Deu Ruh Oon Eeb Sool Eh Dahkil Wuhn Hae
Neh SarangEe Nuh eh Ka Seum Eh John Hae Jee Do Ruk
Akijdo Na Eh Maeum Eul MoReuGo Is Suh Da Myuh Neun
Ee She Sang Keu Noo Goo BoDa, Nuhl Sarang Hagessuh

Nuhl Sarang HaGessuh Onjekajina
Nuhl Sarang Hagessuh Jigeum Ee Soon Gan Chuh Rum
Ee Sehsang Geu Noo Goo Boda, Nuhl Sarang Hagessuh

Uhryuh Oon Ye giro Nuh Eh Ho Gi Shime Eul JaGeuKal SooDo Issuh
Geu Heun Han Yoo Eh Ro Ee BamEul Bonel Soo do Issuh
Hajiman Na eh MaeumEul EejehNeun AhrajwosseuMyun Hae
Ee Sehsang Keu NooGoo Boda, Nuhl Sarang HaGessuh

Nuhl Sarang HaGessuh Onjekajina
Nuhl Sarang HaGessuh Jigeum Ee Soon Gan Chuh Rum
Ee Sehsang Geu Noo Goo Boda, Nuhl Sarang Hagessuh

My warm lips hoping

to touch you soft lips
So that my true love can reach to your heart
If you still don’t know how I feel about you
I love you more than anyone in this world

I want to love you forever
I’ll love you just like now
I love you more than anyone in this world

I could have you with hard words
I could just let this night pass by
But I want you to know my heart now
I love you more than anyone in this world

I want to love you forever
I’ll love you just like now
I love you more than anyone in this world


Monday, April 26, 2010

You're Beautiful..yes i am =)


Actually hari jumaat hari tu lagi dah katam. hehehe. Habis jer paper WATER RESOURSES pukul 6lebih (23/4/2010)..terus speed dari episod 14 sampai 16. Tak tahan kot..selagi tak habis,selagi tu teringat.Hehehe.

Saje je post kat sini coz tadi syida citer juniorku yun y comey itu sedang bertungkus lumus menstadykan diri dengan cerita nih. Hahahaha. Chaiyok Yun!! hahaha..jahat giler,bukan suruh baca buku..suruh tengok citer pulak..ahaha. =)




HTK paling brgaya sekali


siapakah mereka?da true go minam with jeremy?


CAST:

ahh!! lurv him..ahakhak. Hencemlah JANG GEUN SUK aka Hwang Tae Kyung nih



JUNG YONG HWA aka Kang Shin Woo yang macho lagi gentleman..muaahh =)





LEE HONG KI aka Jeremy!!! comey!! kalau tengok kat klip vidio lagu-lagu dia,tak sangke dia boleh jadi seceria, segila dan kekanak-kanakan begitu. =)


PARK SHIN HYE aka Go Mi Nam @Nyu.. rilex jer =)




"she's my girl!"
-waah..macho! jelez je HTK tengok..



suka tengok HTK macam nih..tp lagi best kalo dia senyum.cayaaaqqqq.hekhek.

muka tulus je semua excpt HTK. serius! =)

Shin woo dan Go minam y comey..comey lagi aku..ahakhak =)

Kepada yang dah tengok..korang suka saper??mari kita vote!

HWANG TAE KYUNG
KANG SHIN WOO
JEREMY
GO MI NAM
Saya suka suka suka suka suka suka suka sangat kat HTK!!

Friday, April 23, 2010

Exam mode =0

Bestkan dan lawakan jadual aku..grrrr =)
ayuh!!mari stady..grrr..sekali lagi..hahaha
chaiyok..aim for 4flt!!
=) =) =)

KAEA2155 SUMBER AIR
-23 April 2010, 3pm-

KAEA2132 MEKANIK TANAH I
-25 April 2010,11.30am-

KXEX2244 PERSAMAAN PEMBEZAAN BIASA
-29 April 2010, 3pm-

KXEX1110 ASAS SAINS BAHAN
-30April 2010, 3pm-

KAES2245 KESIHATAN ALAM SEKITAR DAN HIGIN PEKERJAAN
-3 May 2010, 8.30am-

KAES2213 REKABENTUK KONKRIT BERTETULANG
-5 May 2010, 3pm-


BALIKKKK!!!!

Monday, April 19, 2010

love u!!!



Fly me to the
MOON and let me play among those STARS




p/s:huwa..xleh masuk la baca ASB (asas sains bahan)
macam mane nih..hatiku sudah terpaut pada ODE.
waah,setia bebenor pada ODE itu.
konon kan..
study2!

Wednesday, April 14, 2010

My Sayang =)




Tajuk gempak je kan..hahaha. Saje je ni..menghilangkan rasa ngantuk ditengahhari.

Aku nak share hobi aku yang paling paling paling paling paling aku suka selain tidur..eheheh. Ini antara koleksi yang ade kat bilik aku sekarang (hostel yer..rumah lain kira). Kalau nak dibandingkan dengan rak rummate aku kat sebelah...hooooiiihh..bagai langit dengan bumi. Rak dia dipenuhi buku2 ilmiah,kitab2,hadith,pandangan para ulama'.,kisah-kisah nabi..acewaahh, lebih-lebih pulak aku nih..hihiihi

Tapi pening jugak la..macam mana nak bawak balik nanti? Dah la balik sendiri..tak muat masuk beg plus tak larat nak bawak la. Kalau nak tinggal,next sem punya stok nak letak mane??hukhuk. Tak pelah..kena buat idea jahat jugak la nih. =)

Nway.. jamulah mata anda..hahahah :D :D :D :D



  1. Things I want my Daughters to know - Elizabeth Noble
  2. Seharum Kasih - Aina Emir
  3. Rindu Dikalbu - Durrah Fatiha
  4. Lagu Rindu - Ayu Emelda
  5. Impian Kasih - Liza Zahira
  6. Aindai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
  7. Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul



8. Hijab Sang Pencinta - Ramli Awang Murshid
9. Pergilah Air Mata - Fauziah Ashari
10. Adam Dan Hawa - Aisya Sofea
11. Kasih Seharum Lavender - Eita Ashyta
12. Ilham Hati - Damya Hanna
13. Aa + Ba - Hlovate
14. Tiada Yang Kedua - Sania Yasmin


p/s : saya bukan menjual novel yer =).
saya saje meng-eksen-kan koleksi sayer yang tak seberape nih. Harap maklum =)



Cara-cara mengHALAU ROOMMATE anda

Quote of the Day ;



~selingan untuk mengenepikan streess seketika. Enjoy k ~




1. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati "Horeeyy…kau dah balik" sambil peluk2 dia (awas..kalau lelaki,jangan buat yer). Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan cakap kat dia "Bila ko nak blah ni?"


2. Buat2 terjaga pada tengah malam, jerit kuat2 "Tolong, kat mana aku berada ni?tolongggg...tolonggg" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali and pumping 17 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.


3. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata
"Dah merebak… dah merebak!"

4. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.


5. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata
"Tak lama lagi…tak lama lagi…"


6. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"


7. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee…!". bukak lampu semula.


8. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…" Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya…xpe,aku tunggu pelanggan lain.sila duduk"


9. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.


10. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.


11. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw tadi anda pinjam berus giginya untuk mencuci sinki yang agak kehitaman dan akhiri dengan "takpe..aku dah basuh dah ko punya berus gigi tu dengan softlan"


12. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.


13. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused sambil cakap 'aku streess la nak exam'


14. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam.Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang sambil anda mengomen setiap tingkal lakunya persis mengomen lakonan wayang.


15. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik.Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.


16. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tersebut. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.


17. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam,
lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.


18. Mase roommate tido, panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile roomate jage kau menangis tersedu-sedu sambil ucapkan 'aku sedeh sangat bila ko takde'


19.Bila rummate anda tiada,ambil kertas-kertas assignmentnya dan koyak-koyakkan.kemudia bila dia balik, terus menangis sambil berkata 'bukan niatku..aku cuma buntu fikiran seketika sebab aku sembelit tadi..' sambung lah tangisan anda sampai dia pujuk.


20. Ketika rummate anda tiada, ambil tilam dan bantal-bantalnya dan letak di luar beranda/luar floor/luar rumah atau paling best dekat toilet. dan bila dia pulang katakan padanya bahawa anda sedang mensterilkan kawasan bilik anda dan katakan padanya 'aku dapat detect tilam dan bantal-bantal kau banyak virus. jadi,benda2 itu diharamkan untuk masuk dalam bilik'




=))))

Al-Kisahnya aku Me-nyervive-kan Diri =)


~SALAM

Atas permintaan iqa,aku taip la sesuatu malam nih. =)
Bukan ape, letih same buat ODE (Ordinary Diffrential Equation). Macam la banyak sangat aku buat,walhal dari kelmarin..tak habis-habis dengan tutorial 2 lagi. Mulut tak berenti ni sebut.. "takpe shaz,biar lambat asal selamat" - ini adalah iklan untuk ayat penyedap yer.

Tadi kami ber-6 ke pejabat emigresen (aku,syida,ain,aen,zaul and tobi). Naik teksi jer. Nak dijadikan cerita, Punya nak kepastiaan, sebelum berangkat kesana..boleh pulak kitorang pergi beraya kat ISC (international student centre). Actually na tanye camne proceedure nak kena ikut plus na tanye kat mane tempat nak buat pasport tu..almaklumlah kami semua nih bukan orang KL.

ISC- lama kami main permainan tolak menolak dekat luar pejabat ISC tu. Masing-masing malu-malu kucing nak masuk. Last-last..aku dengan ain 'menang'. Kami berdua pun masuk la buat muka pandai dalam tu. Lama jugak la berdiri baru dilayan. Cerita punya cerita..keluarlah sorang akak nih..gitu-gitu lah akak ni..akak ape entah. kak azi kot..aku pun talak ingat woa.

Yang tak tahan tu..boleh pulak kak azi tu bagi ceramah kat kitorg..dah free2 dapat ceramah kat situ yang bertajuk 'procedure2 nak buat program ke luar'. Dalam hati semua bengang.."kitorang bukan na tau pasal ni lah akak..kitorg cuma nak tanye ape y perlu ada n kat mana nak buat pasport plus kena buat visa ke tak"-lebih kurang camni la rasa2 luahan yang nak dilepaskan. dah la nak kejar masa, takot emigresen tu tutop. boleh pulak akak tu bagi ceramah y tak berkaitan. Huh

Pergi emigresen pulak - sampai dalam pukul 4lebih2..masuk jer sane..sekali kaunter sudah tutup dah..TENSIOOOOOOOOOOOOOONNNN je muka sorang2. Dah kena pegi pulak pepagi buta esok. Nak study lagi. Memang esok masing-masing pikul note beratur dekat sane. Nasib la ade zaul yang menceriakan suasana tu..macam2 la lawak yang keluar. Dah la masing2 tak penah sampai sane..memang servive la..mungkin itu satu permulaan untuk kami.

p/s: mase pegi kami naik 2 teksi..teksi y satu lagi tu..kereta baru lagi..tapi boleh pulak buat hal. kate diorang macam ter-kent--2 je kereta tu. Pakcik tu pun pelik,kenape tetiba kereta dia wat hal. Boleh pulak zaul cakap.."mungkin ini bukan cabaran untuk pakcik tapi permulaan cabaran untuk kami"

hiiii..so...esok pepagi..kena ready..nak kena pegi fac dulu..nak mintak cop..yelah,aku mane ade salinan surat beranak yang ori. Stress jer..tobi lagi lah nyer...dia punya nuuuunn disabah..hohoho

klah..disini saje celoteh2 ku..(panjang kot) heheh... ok iqa..muaaahhh=)

salam ~

Tuesday, April 13, 2010

My Hectic lyf

~SALAM

Hari ni nak cerita pasal perjalanan hidup aku dalam 2,3 hari ni lah. Takde pun yang best,tapi saje je nak taip-taip. Sambil-sambil tunggu kawan-kawanku bersiap..jap lagi nak pegi pejabat imigresen (aku tak pasti sebenarnya,betul ke dekat situ orang buat pasport and visa..aku ikut jer orang..hehehe).


Bunyi macam best je kan dapat join student exchange. Tapi, hati aku tak dapat nak feel sepenuhnya ke-bes-san itu..huhuhu. Blom dapat izin sepenuhnya lagi dari ma and pa. Huhuu. Itu aku dapat kat SINGAPORE, kalau dapat jauh-jauh lagi..mesti lagi susah kan.


p/s: Saya bukan anak manja ok. =)



Yang dapat kat tempat yang sama dengan aku..plus aku semuanya 7 orang. Aku, Syida, Tobias, Zaul (civil) , Hafiz and Fadzli (cheme) and sorang lagi budak mech, lelaki..namanya..errr..tak hinggat lorh..sbb aku tak kenal pun budak tu..dia sorang je yang aku tak kenal..yang lain tu memang kitorang boleh masuk la..geng la konon-konon kan..tapi yang bestnya..kami semua 1 batch. =)
Yeryer je aku nih..macam la dah konpem boleh pegi.huhuhuu. Tapi, kalo tak pegi..nanti kena bayar ganti rugi tiket kapal terbang yang diorang dah tempah tu..huuuu..





Selain dari SINGAPORE, ada yang dapat kat THAILAND (prince of songkla and chulalongkong -tatau betul ke tak ejaannya ), ada jugak yang dapat dekat INDIA (malang kot..hekhek..yang dapat sane tu.4orang je kalo tak silap aku la..), INDONESIA (ITB- Institut Teknologi Bandung...AIN & AEN dapat kat sini..dadaaaaa.tapi diorang best la boleh shopping sakan).
Pastu dekat
CHINA..ini aku tak pasti sangat kat mane..tapi rase2nya..dekat tsinghua university.


Doa-doalah my ma and pa bagi pegi dengan rela hati. Aku tak best la kalau diorang bagi pegi,tapi tak sepenuh hati,aku akan ambik kira itu sebagai 'NO!' . Huuuu.. Klah..nanti aku sambung lagi celoteh..celoteh,conteng..conteng diisini ek..sudah mau berangkat.


p/s: jahat jugak la aku nih..keizinan tak dapat lagi,tapi pasport n visa dah na pegi buat..hukhuk salam~

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails