Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Monday, November 4, 2013

Chance and choice

Nothing to do. Esok 1rumah mau berkelah ke Lata Kekabu except aku..aha!aku memang selalu sengal.Malas kot nak jalan jauh (almost 2 and 1/2 hours if konvoi ~kot) from Manjung la.

Malam tahun baru~
Azam sudah hampir setengah bulan aku tanamkan ",
Akan aku sematkan dan patri dalam otak dan jiwa agar hati tak mudah putus asa mengotakan janji pada diri sendiri itu..aha!

Malam ni, instead of ingat benda yang boleh mematahkan semangat untuk kejar azam aku, aku duk dalam bilik diam diam dengar lagu sambil reading2 sikit plus main game~ dah macam aku masa zaman belajar dulu laaaa..haha..free from masalah selain belajar ",

(Haip...jangan kata aku xbaik..dah ngaji tadi ok..ehe )


Nice quote,

Take the chance while you still have the choice

Thursday, October 31, 2013

I know 'Where' to go :)

Bersangka baiklah denganNya Yang Maha Pengasih. Dia belum izinkan untuk kita berada dalam ikatan yang suci bersama pasangan yang kita nikahi kerana Dia ingin kita bercinta denganNya secara eksklusif tanpa gangguan daripada sesiapa.


        Gambar sekadar hiasan


Bersabarlah. Kerana Allah tidak pernah beri sesuatu yang bukan pada tempatnya. Sampai saatnya nanti kita juga pasti mampu tersenyum bersama memandang bulan dan bintang bersama si dia yang halal.

Nikmati indahnya sabar bila insan yang kau impi belum hadir.Realistik dengan kehidupan,luaskan link


(Words from akuislam.com and Ust.Fatimah Syarha)

Wednesday, October 2, 2013

Aku perlu tenang :)

Bila kelua makan malam,sembang-sembang dengan colleague lupe kejap segala kesedihan, lupa kejap segala masalah. Kesunyian memang tak langsun g la.

Sebelum kelua tadi chatting dengan one of my besties from matrix. Hahaha..sembang pasal jodoh??haha..ayat paling best 'tak sangka nowh,kita ni dah tua...bincang soal kawen'. Well..sebelum ni during matrix kan semua pasal study...masuk universiti lain-lain..so takdelah nak sembang3 buat pillow talk. Sekarang masing3 dah kerja..hahaha..for sure la topic hangat sekarang bab-bab jodoh..haha


----- --------------- ayat2 ni aku taip semalam.tapi tertido xsempat nak habiskan-----------------------



Colleage aku yang sengal tu..hayyo..jujurnya dia ni chinese guy,memang close la kan..umo berapa dah ek 30plus2 kot nama pun da senior site engineer.tapi bujang lagi.so memang gila gila punya orang la. 

Kelua makan dengan dia je,skali tengah makan tiba2 muncul lagi 2 orang..dia punya geng..ofismate aku jugak la.chinese guy jugak tapi jauh sikit berusia dan dah kawen,but still gila2.

Nak dijadikan cerita diorang ni dah berpakat sebenarnya untuk korek rahsia aku.aku pun taktau aku ada rahsiia.pointnya diorang cakap kenapa aku nampak sedih lately ni.

Lawak punya lawak..diorang dapat la buat conclusion sendiri..aku sunyi dan sedih sebab xde calon nak kawen....hahahaha..rase nak guling2 kat situ jugak.

Hari ni pagi2 dah call aku ajak breakfast.aku on. Skali dalam kereta.
'Ini pagi i bagi u breakfast sama2 itu calon pertama' -- time tu aku dah terbeliak biji mata. Calon pertama?terus tringat sapa yang dia mention tadi join breakfast ni. Bila tringat opismate aku ..site engineer yang slalu sgt dah aku buat lawak dgn dia since ktrg sama2 masuk terus aku jerit ala2 drama nak terjun dari kereta.

Adeehhh....bagus punya plan diorang nih. Ini baru 1st calon.penat layan giler diorang but at least lupe sket masalah hidup kan..hahaha


Sunday, September 29, 2013

No title



Kadang hati kata 'tak lah..he's not the one im waiting'
Kadang hati kata 'kenapa dengan perasaan aku nih..is he the one..?'

Tacing lebih2 bila something happend yang berkait dengan dia.tak kesah lah effect nya pada dia atau pada aku..tetap perasaan sedih or kurang senang muncul. Tapi..aku ni kan pelakon handalan...huh!

The way he act buat aku kadang kadang baran. Dalam hati 'kau ni tak payah nak buat hati aku confius lagi..cukup2 la dengan banyak benda yang kau dah buat.layanan kau.kata-kata kau.pemberian kau.aku taknak lembut kan hati aku.tau tak hati aku nih keras..please la jangan layan aku terlalu baik.aku sayang lagi kekerasan hati aku ni.'

Marah tu yesss sangat.aku marah.aku tak suka.bila orang sekeliling menyokong..jauh dalam hati aku memang aku tak suka walaupun muka aku nampak cool je,layan je diorang.tapi aku tak suka okek!

Aku penat bergolak dengan perasaan sendiri.mana sebenarnya hala tuju hati aku ni pun aku tak tahu.aku dalam kegelapan lagi...

Monday, August 26, 2013

'Hangat dingin mu mengundang rindu kecewa

'Hangat dingin mu mengundang rindu kecewa'


           Gambar sekadar hiasan


Aku ni ada masalah jiwa barangkali..perangai pelik2 . Yang depan mata tak nampak,duk sebuk intai yang disebalik gunung nun..sedangkan yang disebalik gunung tu entah sedar entah tidak kita yang kat sini.kita?aku lah! Tapi...tulah aku..sangat kena atas dahi dengan ayat ni...


'She seeks a man, but not the one who constantly chases her. The best way to woo her is to throw subtle hints, be a little detached and keep her wondering. Give her the impression that you can resist her charms and she will come rushing to you, to prove that she's desirable. Aries women will never have to yearn for male attention.'


Yang 'depan mata' aku rasa serabutt je bila tak habis2 'tanya khabar' yang aku tunggu pulak..tak muncul3..kena sangatlah 'hangat dingin mu mengundang rindu kecewa'..

Walaupun sebenarnya its viceversa.Tapi itu lah rialiti.

Walaupun banyak sangat perbezaan,tapi yang ditunggu tulah selesa.masakkan@&$...paling aku tak suka dan xleh telan langsung,bukan stakat telan bau pun aku buat2 tahan je. Tapi dia?faberet ok~

Tengah2 malam nak tulis benda macam ni namanya tak betul!insane!paboya!gila!its me now..

Sejak bila entah perasaan aku jadi gila macam ni.walaupon penat dah pesan dan ingatkan diri sendiri agar sedar.im insane now.fullstop.

Tuesday, August 20, 2013

Hanya aku



Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

*Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat *

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku

Saturday, August 17, 2013

Happy?

Hati semakin parah,
Dengan segala rasa bercampur.
Sudah ingin mengalah dirasakan,
Namun tegar kah aku?




Penat fikir masalah hati yang aku sendiri tak mahu selesaikan.takut sebenarnya. Ditambah pula dengan masalah dari family, mudah benar aku menangis kebelakangan ini. Mudah juga aku terguris dan terasa. 

Bila nak setle semua ni?? Tak tahu jalan mana yang aku perlu ambil...takut tersalah laluan,aku akan kehilangan semuanya...kalo terjadi,mampu ke aku nak hadapi situasi itu.

Feeling depressed :(

~Lumut 15082013
7.24PM

Wednesday, July 31, 2013

Hati.

Susah kan nak baca hati ni.
Susah lagi nak faham hati.
Walaupun kepunyaan sendiri
Apatah lagi sebaliknya.

Penat simpan rasa.
Penat pendam perasaan.
Penat buai sendiri.
Penat juga menafi.

Kadang rialiti nampak indah.
Kadang juga nampak palsu.
Rialiti aku nampak indah.
Rialiti aku juga nampak palsu.

Tahun,
Hanya jangkauan waktu biasa,
Bila munculnya?
Tiada suara mampu menjawab.
Sang hati??
Hanya mampu menafi.
Itu aku benci.
Itu rialiti yang aku benci.
Walaupun pada diri sendiri.

Bagaimana harus dipujuk rasa?
Bagaimana harus ditenang jiwa?
Bagaiman harus dijadikan palsu?
Atau bagai mana harus dijadikan nyata?

Bagaimana dan terus bagaimana.

Aku perlukan jawapan,
Agar aku mampu kuat.
Walaupun hanya beraksi kuat,
Dihadapan dia.

Aku penat monolog,
Penat lagi bermain rasa.
Menafi usah dikira,
Itu sudah arif.

Wednesday, April 3, 2013

HARRODS

Bulan  3 tak beli apa-apa pun untuk diri sendiri (sempena birthday ..uwerkkkk). So ape lagi, sambil memikir-mikirkan duit sempat ke tak nak allocate kan..hahah..gi pusing-pusing kat 1 facebook : Bonda Hafey ni. Da banyak kali aku beli kat sini (lebih dari 1 tu kira banyak la kan)



Setakat ni beg ni dah curik Hati aku...tidakkkk..keretaku mau dibayar roadtaxnye bulan 6 nih. Nak kena menabung kenduri kawen :(

Combine pulak dengan Purse ni..aduh...meleleh ayak liuq :(



Tak Tahu kenape mengapa dan bagaimana aku boleh sangat tertarik kat warna merah-merah ni. Padahal aku sangat lah FANATIK HIJAU youuu..dari kecik2 dulu-dulu lagi. 


Yeahh.. Ini 1st beg aku beli kat sis BONDA HAFEY ni :D lawa tak?hehe. MERAH ok! tak tambah lagi handbag yang aku beli kat KOREA aritu. PINK!(err..aku nih warna paling alergik adalah pink,tp tatau camne at that time boleh pilih pink)





Yang nih aku beli kat sis tu jugak..bagi kat mak aku..ahaha..mude giless kan cutting. Aku salah bajet,saiz dia kecik je (macam orang muda bila mak aku pakai. Nasib la mak aku baru 40++ )  ;)


So....sape-sape yang berkenan nak beli HARRODS beg dll, boleh la add akak tu ;) nanti cakap kat dia..aku yang promote (supaya aku boleh beli beg yang 1st tu dengan harga diskaun gila-gila)


Beli dengan akak tu best!sangat friendly.. harga pun ok =)
Dan jangan risau...CONFIRM ORIIII (ni statement dari FB akak tu)



''minta maaf,buat masa ini,saya tidak terfikir lagi untuk menjual brg2 harrods yg x original @ yg tiruan ya..buat masa ne,selagi saya ne meminati harrods personally,memang semua nya 100% authentic,genuine,original from london,bukan replika ya.dan from london bukan bermaksud MADE IN LONDON ya.kalau mau made in london belum ada lg utk harrods,selama yg sy tau.kalau yg sy xtau tu,xpastila pula ya hihihi harap maklum..''




Kenapa tulis ni? aku tak dibayar pon,cuma rasa nak review page akak ni. Sebab aku puas ati plus aku memang minat HARRODS ni (yeke?) hahah



Saturday, March 30, 2013

생일축하합니다 (sengil chukha hapnida)

Deyyy..Lu punya birthday pun tak ingat ka??





Haisshhh..nampak tak?bertapa menjadi workaholicnya aku sampai birthday sendiri pun tak ingat. Semalam sampai rumah dekat pukul 10 terus terlelap kat ruang tamu (sambil tunggu akak rumah balik sebab dia tak bawak kunci) Sedar dekat pukul 3 dah berderet-deret message and call.

Yang peliknya,sikit pun aku tak sedar. Tapi boleh pulak akak rumah aku call aku terus bangun..aha :)



#antara msg dipagi hari

Thursday, March 28, 2013

Arghhh...!! ZALORA!!!

Salam semua. Nak citer cerita BEST dan GEMPAR ni!! over~ (sebenarnye patot semalam entry nih.da siap taip bagai.gatai nak edit guna enset kan.sekali hilang semua words.nangis gigit jari aku)

Hahahaha..know what..aku baru lah try-try shopping at ZALORA ni (lambat la aku ni!) konon-konon nak try la kan..hahaha..Best gilerr u...cepat giler giler giler..(ambik ko) sekarang baru aku paham kenapa iklan ZALORA tu kena jerit-jerit..haha

Aku order barang kat ZALORA tu selasa dalam pukul 4pm bayar.



Esok datang kerja buat kerja macam biasa. Dalam pukul 11 tu datang sorang mamat ni cari aku. Dia tunjuk barang kat tangan dia. 'owh..parcel' sambil buat muka blurr..'aku ada beli barang yang receive arini ker?rasa macam takde' Disebabkan muka aku huduh benor blurrnye..maka mamat tu pun cakap 'ZALORA' lagi terlopong lah muka aku. aku pandang colleague aku kat sebelah (meje kitorang ni bersambung..so ape yang aku buat semua dia tau) dia dah macam orang tahan geram.

Aku pon ape lagi...cepat-cepat capai document yang nak kena sign tu supaya mamat tu cepat-cepat blah. Lepas je mamat tu blah...colleague aku tu pandang aku 'saya nak jerit boleh??' 'arghhhh.... cepat gilerrr!!' (ini diolog kitorang berdua tau ;)





Cepat you..mau kitorang tak menjerit..haha..sampai surveyor kat partition sebelah pandang-pandang kat kitorang tanye kenape..hahah..nasib partition kitorang ni, hanya kitorang berdua je..so..ape lagi..sokseksoksek lah kitorang.

Esaited la masing-masing nak try lagi beli kat ZALORA ni. Super duper laju servis. Aku tak jumpe lagi servis yang best macam ni. Aku nih bab-bab online memang dah lama terjebak (deng!) baik membeli mahu pon menjual *_*

So..jom layan gambor lain pulak.











p/s: sanggup tepis-tepis habuk kat blog nih semata-mata nak update pasal ZALORA nih.haha! (deng me!)

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails