Mungkin ramai yang tak tahu dan takmau ambik tahu. Terpulang.Tapi,aku walau hanya terperuk dalam bilik sambil mengadap buku,terasa bahang dan semangat yang ada pada mahasiswa-mahasiswa yang amat berani menuntut hak mereka.
Ya!' ‘mak bapak antar masuk u,suruh belajar…bukan berpolitik!’ itulah antara kata-kata yang ramai luahkan. memanga aku pun tak faham ape yang berlaku. Setelah mengkaji sikit-sikit. Rupanya, berlaku perhimpunan kat UPSI untuk pembebasan akademik. Yup,ape yang kita sedia maklum, AUKU(Akta Universiti dan Kolej Universiti) sekarang sudah dipinda (boleh la SIKIT mahasiswa terlibat politik) tapi,apa yang diorang mintak is MANSUHKAN terus AUKU tu.
Berbalik pada ayat ‘mak bapak antar masuk universiti..’ aku selalu bertekak dengan adik aku yang juga seorang polis (ces~pemikiran as mahasiswa dengan polis memang jauh berbeza.rasa menyampah pun ade!diorang memang anggap mahasiswa selalu buat masalah,berdemo lah,tuntut tu..tuntut ini.
Cuba pikir,kenapa kat universiti semua nih berlaku??logik nya,adakah…orang-orang yang tak bersekolah yang hanya lepak tepi jalan isap rokok or isap ape-ape akan bangkit tuntut mana-mana yang tak betul? nama pun MAHASISWA,bijak!ada otak yang mampu berfikir ape yang berlaku, ape yang patut dilakukan. Berani!Nak tunggu habis belajar?? so..kalau macam tu..nampak orang buat maksiat depan mata, ‘tunggu dulu lah..aku tak boleh tegur..aku tak habis belajar lagi ketidakbaikan maksiat ni’…macam tu?entah~tak paham.
TENGOK SAHAJA?owwhooo…bagus nya MAHASISWA yang sebegitu kan?itu yang dimahukan?MAHASISWA yang hanya mengikut telunjuk. Buat ape masuk Universiti kalau nak kena ikut semua ape yang orang cakap?kalau dah rasa benda tu tak betul. Cumanya,terpulang macam mana seseorang tu react dengan keadaan dan masalah semasa. itu yang penting. berdemo pun tak semestinya anda tu betul.haisshh~~
pic and info from :We Are All Safwan Anang. Saudara Safwan Anang adalah presiden PMIUM dan BEBAS (sangat aktif ya saudara ini. KAGUM!)
Aku tak sokong mana-mana. Sebab aku tak tahu sangat apa yang berlaku. yang aku tahu ini disebab kan nak mansuhkan AUKU. Plus kejadian seorang mahasiswa ni bernama adam adli yang menurunkan bendera PM kita kat PWTC,lepas tu bakal dibicarakan. so,diorang ni berhimpun sebab nak tuntut kebebasan.
Polis mungkin tak salah kan…hahahaha…ok,bias isi hati ini!sebenarnya~entah!! jom tengok video ape yang berlaku semalam! (malam tahun baru berdarah!!)
Memang teruk!mahasiswa layak ke dilayan macam samseng. Ada statement yang aku baca.Ramai lagi penjenayah yang merogol,membunuh, corrupt!! masih bermaharaja lela…tapi,buat bodoh jer..yang mahasiswa nak tuntut hak siap dengan FRU bagai.
ape kah ceritanya ni?? renung-renungkan~
Jom baca lagi
TANJUNG MALIM, 1 JAN : Kira- kira 20 mahasiswa ditangkap polis termasuk Adam Adli dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Syukri Razak setelah mereka mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi.
Beberapa pergelutan berlaku antara anggota polis dan mahasiswa. Sekurang-kurangnya dua orang mahasiswa mengalami kecederaan di muka dan kepala.
Sebuah poliklinik di dalam UPSI turut mengalami kerosakan apabila polis menyerbu premis itu untuk melakukan tangkapan.
Kekecohan berlaku apabila kumpulan mahasiswa itu engkar arahan polis untuk bersurai setelah berkumpul dengan kira-kira 100 mahasiswa lain untuk mengadakan bantahan selama 16 jam bersabit langkan UPSI mengenakan tindakan tata tertib terhadap Adam.
UPSI mengenakan tindakan tatatertib terhadap Adam kerana menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabatan Umno pada 17 Disember lalu bagi mendesak Akta Universiti Kolej Universiti 1971 dimansuhkan terus….seterusnya [HERE]
Satu je yang aku tak faham dan tak boleh terima sikit..kenapa diorang nak baring kat situ???sekat kemaraan polis ke?ahha..tepuk dada,siasat sendiri ^_^
2 comments:
lantangnye dye bersuara..
sbb dah lame kan x dtg sini..huhuu beruk band limit!! mencik! ok nak bg pandngan mahasiswi ni haha :P
xtau sngt pe yg blaku jugak tp perlu ke nak hapus AUKU tu? mmg sengal la nak berpolitik bagai ni mase blaja..off tentang maksiat dulu..perlu ke pelajar nk campur urusan pentadbiran negara? perlu ke pelajar nak campur isu gaduh2 dlm parti politik? perlu ke tiba2 nnt pelajar jd ahli dlm sesebuah parti, pdhal dia ade komitmen lain yg lebih penting..perlu ke pelajar tersebut turut same berkempen, padahal dia ade exam menanti? ni kan assigment pn dah stress bagai, lg nk cmpur hal politik yg tak berkesudahan
open balik pasal maksiat n agama..dakwah, amar makruh nahi mungkar tu meluas dan pelbagai cara, bkn dgn cara hapus AUKU n terlibat dlm politik kan je kan?
bile dh masuk politik, hilang dah mood blaja tu..cye la..politik ni berhantu..tengok ah keadaan sekeliling kite..kecoh semacam..xpun sokong memane tp secara LOGIK nye lagi la kan, komiten blaja lg penting drp semua ni.mahasiswa/siswi mmg pandai n bijak tp kebanyakannya pemikiran sempit, sorry n sad to say..dah mmg cm tu melayu kita..hurmm
my two cents! ^^ dah jd cm entri lak panjang gini >_< sory
Post a Comment