"...And He has put love and mercy between your hearts. Verily in that are signs for those who reflect." [30: 21]
Barokallahulakum to you, my lovely unt (a year younger than me) =_=
Apakah tandanya? Sedih? tidak sekali. Untuk apa Sedih? kerna belum ketemu jodoh? Owh tidak! Usah risau tentang itu. Aku seorang insan punya prinsip sendiri. Prinsip hidup yang 'Sempit' malah 'kolot' pada orang yang sangat metro~
Kadang diri terpikir, kenapa ada teman-teman yang perlu terasa sedih kerna belum punya 'Teman lelaki' 'Pakwer' or 'Boypren!' dan yang penting pernah sekali temanku ketika ditahun pertama menyuarakan kebimbangan tentang masalah ini. Kerna, dengan alasan, 'sepupu aku yang sama umur pun dah tunang.' So? what the problem. You just mendaftar sebagai pelajar universiti.
Hidup harus diteruskan. Takkan kita nak duduk kat situ sambil menanti sang adiwira datang menjemput. Anda masih punya tanggungjawab. ~BELAJAR~ usah di fokuskan hal-hal yang belum masanya menjadi hal penting. Bukan ingin ku katakan yang ianya tidak penting. Tapi, dahulu kan yang mana lebih penting. Waktu-waktu macam ni lah nak aplikasi kan teknik SWAT yang kita belajar (ok,aku tak pernah belajar benda ni. cakap saja pandai =_= )
'Habis tu, bila masanya kita nak tau memang dah boleh pikir benda-benda macam ni?'
~Anda sendiri akan tau. Dengan dibimbing oleh faktor-faktor KELAYAKAN DIRI. ~Well -Sudah mampu dari segi fizikal dan mental malah poket sudah tebal. Dah habis belajar or sipi-sipi nak habis.
'Itu nak khawin!! Aku bukannya nak khawin lagi. Couple-couple je~'
~owh,cuba anda bayangkan. anda sedang memakai sepasang baju putih, lengkap dari atas ke bawah berwarna putih. Buat pilihan, nak kena curah dengan air kopi atau air paip?? Dua-dua basah. Tapi, bila dua-dua kering. which one better? of cos la yang air paip tu macam takde effect langsung kan?
Macam tu jugak kat sini. Teringat 1 artikel yang pernah dibaca. 'cinta dan couple adalah 1 benda yang sangat berbeza' ~ cinta itu fitrah manusia. couple itu pilihan manusia. well~ malas nak cakap, sebab mostly dah tahu tentang hal ni.
Ah~ Selingan dimalam hari sambil merehatkan otak yang dah tergeliat dengan kerja-kerja yang sangat menimbun tingginya. Tidak pasti mampu sampai atau tidak selingan ini. tapi, apa-apa pun, ingatlah.
~ Allah sudah punya perancangan yang sangat sempurna. Bukan untuk seorang, malah untuk semua makhluknya didunia ini. Jadi, yakinlah bahawa, perjalanan hidup kita sudah ditentukan oleh-Nya. Dan dia maha bijaksana.
No comments:
Post a Comment