Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Saturday, December 31, 2011

YES! untuk produk catalyst =)




CLEARANCE STOCK 2011 from Ainira Catalyst Stokis sudah kembali..Jadi jangan lepaskan peluang ini.... Tinggal beberapa hari saja lagi...Berbaloi + Jimat + Halal + 100% Bahan Semulajadi & Tak Perlu Diragui...
UNTUK AGEN CATALYST : FREE POSTAGE AVAILABLE...Mereka membuat penghantaran setiap hari....kepada yang berminat utk menjadi AGEN bleh pm@msj@call....Sebarang tempahan boleh pm or sms di number 0135045562 (ain) or 0193708226 (shaz)
FB: Ainiracatalyst
COD : Lembah Pantai ( ada diskaun klau ambik secara COD)

Wednesday, December 14, 2011

Enjoy jom! ^_-

Salam to All~

Weee....makin kerap aku meng-update blog. Haish,makin nak exam,makin nak active berblog ni kan ^_-

Dikala semua kerja sudah settle, yang tinggal hanya ulangkaji untuk test-test dan final exam..maka,sesi berblog dan berblogwalking pun menjadi nyata. Malam ni asyik bace citer sedih-sedih jer. Pasal kekasih makan kekasih la (faham?) Pasal kisah anak yang tak mengenang budi lah. macam -macam lah isunya.

Saya nih dalam sesi warming up lagi, memanglah keje duk baca karangan orang je..ahaks. nak menulis sendiri, memang keras je lagi jari-jari tangan nih. kepala pun juga masih beku dengan idea. ahaks~

Entry before pasal back stabbing tu..lupe pulak nak share link. Menarik! sila la baca yer..jangan sampai menangis suda~ KLIK SINI

Saturday, December 10, 2011

Back Stabbing

Bagun pagi-pagi bukak lappy. Jalan sana jalan sini jumpa 1 artikel ni..berkenaan back stabbing. Haihh,dunia nih macam-macam kan? Orang yang paling dia percaya, paling dia sayang back stabbing dia dalam diam. Memang sakit kan..kesian kat perempuan tu. Sedih je baca apa yang dia tulis.


Back stabbing ada dua kata dia. Sedar dengan tidak. Yang kes perempuan tu, katanya berlaku tanpa orang tu duga dia sebenarnya tengah back stabbing dia..owhhooo~


Ok done,malas mau merepek-repek lagik. Mari membaca Hmetro pulak ^_-

Saturday, December 3, 2011

Senyumlah pada cabaran~


Setiap dugaan yang melintang harus ditempuh dengan sabar. Kadang kala,memang benar diri terasa amat letih dan lemah,namun harus juga melangkah untuk pergi lebih jauh.

Hanya dengan menempuhi dugaan itu baru anda dapat melangkah kedepan. Menempuh dengan sabar dan bijak. Bukannya MEREMPUH.

Setiap dugaan dan cabaran yang datang itu adalah penyebab kedewasaan dan kematangan anda. ya!memang itu faktornya.

Maka,kita tidak harus berasa longlai dengan rintangan yang berada dihadapan. Teruskan menjadi insan tabah! Yakin pada diri sendiri. Senyumlah pada sinar mentari yang menyinar =)







Smile Senyumlah macam saya,manis je Winking smile

Thursday, December 1, 2011

CInta Couple

'Ku pernah, menyendiri di sini ku akan terasa sepi. Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi'



"...And He has put love and mercy between your hearts. Verily in that are signs for those who reflect." [30: 21]


Barokallahulakum to you, my lovely unt (a year younger than me) =_=


Apakah tandanya? Sedih? tidak sekali. Untuk apa Sedih? kerna belum ketemu jodoh? Owh tidak! Usah risau tentang itu. Aku seorang insan punya prinsip sendiri. Prinsip hidup yang 'Sempit' malah 'kolot' pada orang yang sangat metro~


Kadang diri terpikir, kenapa ada teman-teman yang perlu terasa sedih kerna belum punya 'Teman lelaki' 'Pakwer' or 'Boypren!' dan yang penting pernah sekali temanku ketika ditahun pertama menyuarakan kebimbangan tentang masalah ini. Kerna, dengan alasan, 'sepupu aku yang sama umur pun dah tunang.' So? what the problem. You just mendaftar sebagai pelajar universiti.


Hidup harus diteruskan. Takkan kita nak duduk kat situ sambil menanti sang adiwira datang menjemput. Anda masih punya tanggungjawab. ~BELAJAR~ usah di fokuskan hal-hal yang belum masanya menjadi hal penting. Bukan ingin ku katakan yang ianya tidak penting. Tapi, dahulu kan yang mana lebih penting. Waktu-waktu macam ni lah nak aplikasi kan teknik SWAT yang kita belajar (ok,aku tak pernah belajar benda ni. cakap saja pandai =_= )



'Habis tu, bila masanya kita nak tau memang dah boleh pikir benda-benda macam ni?'
~Anda sendiri akan tau. Dengan dibimbing oleh faktor-faktor KELAYAKAN DIRI. ~Well -Sudah mampu dari segi fizikal dan mental malah poket sudah tebal. Dah habis belajar or sipi-sipi nak habis.



'Itu nak khawin!! Aku bukannya nak khawin lagi. Couple-couple je~'
~owh,cuba anda bayangkan. anda sedang memakai sepasang baju putih, lengkap dari atas ke bawah berwarna putih. Buat pilihan, nak kena curah dengan air kopi atau air paip?? Dua-dua basah. Tapi, bila dua-dua kering. which one better? of cos la yang air paip tu macam takde effect langsung kan?


Macam tu jugak kat sini. Teringat 1 artikel yang pernah dibaca. 'cinta dan couple adalah 1 benda yang sangat berbeza' ~ cinta itu fitrah manusia. couple itu pilihan manusia. well~ malas nak cakap, sebab mostly dah tahu tentang hal ni.



Ah~ Selingan dimalam hari sambil merehatkan otak yang dah tergeliat dengan kerja-kerja yang sangat menimbun tingginya. Tidak pasti mampu sampai atau tidak selingan ini. tapi, apa-apa pun, ingatlah.



~ Allah sudah punya perancangan yang sangat sempurna. Bukan untuk seorang, malah untuk semua makhluknya didunia ini. Jadi, yakinlah bahawa, perjalanan hidup kita sudah ditentukan oleh-Nya. Dan dia maha bijaksana.





Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails