Dimana harus aku mulakan coretan diari maya ini. Walau sudah agak panjang bait kata ini. Namun,belum kemana isinya. Hanya tarbiah diri yang terbias dari lubuk sanubari ini. Ya,tarbiah ini yang membantu aku untuk terus berdiri. Aku akan terbaring lemah jika sebaliknya. Mungkin agak klasik bagi sesetengah orang. Tapi tidak bagi aku. Aku mampu tenang dan bersemangat jika dibekalkan dengan kata-kata semangat. Mungkin kerna aku lebih sensitive pada bait kata. Mungkin juga~ lain orang lain feelnya.
Oleh kerana itu,aku punya banyak bekalan untuk bertahan. Tapi,selama mana bekalan itu bertahan. Aku perlu juga ‘refresh’ ‘bekalan’ tersebut. Terpaksa juga diri ini ‘mencari’. Jika yang menapak kedepan punya masalah, dengan senang hati aku berkongsi setiap bait yang memberi aku semangat. Ya, aku sangat pandai menenangkan orang. Sangat pandai melontar kata semangat terus bangkit. Tapi pada diri sendiri? Yang aku tahu hanya air mata penyejuk terbaik. Walaupun sedikit demi sedikit ianya merosakkan rasa dalamanku. Biarkan~ Jika tidak ada yang mampu membantu. Biarkan. Sangat jarang yang Berjaya membantu jika aku punya masalah. Boleh dikatakan tiada. Kerna aku, tidak suka berkongsi rasa SEBENAR masalahku. Aku akan kelihatan ‘ok’ selepas beberapa ketika. Begitulah putaran hidup. Indahkah?
Indah atau tidak, kita juga yang mencorakkannya. Aku gembira tiap kali Berjaya berkongsi ‘bekalan’ku dengan yang memerlukan. Kerna selepas ku berikan ‘bekalan2’ itu, isnyaallah mereka boleh tersenyum. Ditengah malam yang dingin, terasa bagai ingin menangis sesunguh hati mengenangkan dugaan yang sangatlah tidak seberapa jika dibanding dengan insan lain. Tapi, oleh kerana aku ini terlalu lemah, aku tak mampu untuk bertahan kuat.
‘I want some word from u. plez,give me some inspiring word’ ‘why?’ ‘Im just PENAT. Kerja yang sangat banyak,demam yang tak elok-elok lagi. Petang tadi jatuh kat toilet. Tadi baru dapat tahu adik excident,masuk icu. Perjalanan nak balik makan masa 5-6 jam. Tolonglah, Im stuck.’
Terlalu mudah kan aku ‘terbaring’ dengan ujian dan dugaan-Nya. Bagaimana harus aku menjadi seorang yang kuat. Aku tak berharap langsung ada yang sudi membaca coretan ini. Ya, coretan isi hati sebenar. Dan aku pasti,jarang yang sanggup membaca sehinga ke penghujungnya. Kerna aku, akan terus menulis. Kerna aku, merasa sedikit ketenangan disini. Kerna aku, tidak mahu menyusahkan orang. Kerna aku, mahu kelihatan kuat. Kerna aku, adalah aku yang sebenar. Tapi, jika ada juga insan yang sudi membaca sehinga ke penghujungnya, ambillah positifnya setiap entry-entry ku ini. Yang mana mampu memberi impak positif buatmu, ambillah. Ini hanyalah coretan ruangan maya yang tidak punya apa-apa nilai yang tinggi.
Hati yang masih lagi pada dugaan yang menimpa. Bagaimana keadaanya setelah aku pulang? Akan ok kah dirinya? Hanya Allah yang tahu. Pendarahan yang masih berlaku ditelinga disebabkan ganguan saraf. Memberi impak pada bahagian kirinya. Mata tidak mampu ditutup dengan rapat. Bibir juga terasa seperti dibius. Telinga masih juga mengalirkan darah. Kuatkah aku untuk bertahan dengan berita-berita ini. Sedangkan aku disini? Aku kena kuat. Kerna aku perlu kuatkan dia. Dia yang aku sayang. Darah dagingku. Pelawak yang mampu membuatkan aku ketawa setiap masa. Apa motif aku menulis sebegini? Mencanang pada dunia kesusahan dan kesedihan diri? Tidak, aku hanya mahu meluahkan apa yang terbuku agar terasa ringan dibenakku.
Ya, aku kelihatan seperti tiada masalah. Mungkin~ Walaupun dalam keadaan begini, ada yang merujuk diriku untuk mendapatkan spirit kerna tidak kuat akan satu kehilangan. Aku masih mampu memberi. Ya, masih mampu kelihatan kuat dan menguatkan dirinya. Tapi, hati dan pemikiranku, hanya aku yang mengerti. Entah bila akan ku temui insan yang mampu ku kongsikan setiap rasa hati yang sebenar. Adakah? Hah! Itu semua aturan dari-Nya. Aku percaya Dia ada rancangan terbaik. Jika tidak didunia ini, insyaallah diakhirat nanti, aku akan bertemu dengan ‘dia’.
Diri ini harus kuat! Untuk kuatkan orang lain. Biarlah orang mahu punya apa-apa pandangan tersendiri terhadapku. Yang penting, aku adalah aku. Yang hanya bertopengkan 'kekasaran' untuk menutup segala 'kelemahan' diri. Kerna jika tidak. Aku terlalu lemah, tidak mampu langsung untuj berdiri akan setiap dugaan. Kerna aku adalah insan yang saat ini punya pengubatnya adalah air mata. kerna aku seorang insan yang sangat lemah. Kerna aku seorang insan yang sangat sensitif. Tapi, aku mampu berdiri ditengah dugaan dan melangkauinya dengan 'topeng'ku sendiri. Kerna aku, harus kuat untuk terus berdiri. Kerna aku, bukannya seorang yang punya spirit yang sangat rendah. Kerna aku, sudah diajar oleh seorang abah yang sangat kuat. Kerna aku, seorang puteri yang sangat penting buat keluarga.
Disini sahaja bait kata luahan hati ini. Tidak betah untuk bertahan dengan air mata berlinangan. Aku mahu ketempat yang menenangkanku. Ya. Itu yang sering aku lakukan. Selepas 'menyejukkan' diri dengan air mata, tidur adalah cara terbaik untuk membalut luka yang masih tertingal dengan harapan, lepas terjaga. aku akan melupakan segala kepedihan itu.
Dengan rasa kasih sayang yang mendalam, aku mengharapkan yang terbaik buat semua terutama insan-insan yang aku sayang.
1 comment:
how are you Myr
Post a Comment