Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Thursday, May 19, 2011

Aku perlukan COWOK

Salam to all~

Huwaghhhh..sudah berhabuk dah page aku ni.Dah berkurun tak ber-update.Terharu bila ade rakan blogger yang tanye where i am..uish..thanks to TK coz ingat jugak kat myralove ni.

 

Jadual hidup beberapa bulan yang lepas sangatlah padaaat.Padaaat dengan percintaan buku..ahaks!

 

Now,im doin my practical..so rilex!orang lain practical bizi semacam. Aku?hahaha..harini cukup lah seminggu out of 10weeks Winking smile.

 

Sepanjang seminggu nih..hurmm..aku tak diarahkan untuk buat ape-ape pun. Naik pening kepala aku sebab tak tahu nak buat ape. huh..inisiatif sendiri je aku selak-selak file kat rak. At least,ade jugak info yang aku dapat dan ada gak yang boleh digoreng masuk dalam log book..ahak Open-mouthed smile

 

Harini,dah la datang dengan tak de mood dah (sebab macam dah boleh bayang..akan datang goyang kaki a.k.a buang masa). Alih-alih,datang..pagi-pagi dah ikot akak and abang ofis ni pegi breakfast.Balik breakfast,aku diajak pergi SITE!! yabedabedoooo…akhirnya aku dapat jugak pergi site!! Smile

Pergi site tu..ingatkan just pergi melawat je..sekali masuk miting daaa..ahaks..technical miting with Jurutera Jajahan,all the contractors and aku..hahaha. Mengange aku kat situ..nasib lah aku dah penah baca file projek tu..takdelah ngange sangat Smile with tongue out.

 

Hoh..yang palingg..meluat sepanjang seminggu nih. Kegatalan yang errr..tataulah yang ape. Hoh,kalau lah MUDA,KACAK boleh la terima. Ini,entah cucu dah berdozen..ade hati nak menggatalllllll..geliiiii.

 

Aku kalau boleh rela lah naik bas bertambang RM2.70/one way/30minutes compared tumpang  pakcik tu. Huh,ini idea bijak other pakcik tu lah suh aku tumpang…meremang! Kalaulah ade PAKWER kat sini..alahai…bestnye Sad smile

 

So,boleh tak nak buat tawaran ni..meh sesape nak jadi pakwer saya sepanjang saya practical ni..bleh tolong antar dan jemput saya balik tau..hahah Smile with tongue out Red heart

 

 

me: ma,orang nak drive lah pergi kerja

mama: Drive?no..no..bahaya!

me:habis tu..takkan nak naik dgn pakcik tu lagi (geli woo)..kalo orang naik bas pun,nanti mesti dia ajak naik kereta dia jugak..memanglah naik 4 orang,tapi…org lain semua tua-tua..mata dia asyik nak jeling cermin pandang belakang jer..huhuh Sad smile

mama: ok..kalau camtu..ma hantar la~

me: errkk..30minutes pergi,30minutes balik???

mama: Dah tu?mama tak harap you drive,unless CALON menantu mama yang drive..

me: Sad smile Surprised smile Embarrassed smile

 

 

 

Hahahahaah…tajuk desperate giler kan…hahahaha

Friday, April 22, 2011

PROMOSI bulan APRIL =)



Sori lama xupdate dan lambat update kat blog ni,exam dah dekat =(
Untuk maklumat yang lebih cepat dan pertanyaan y lain2,boleh add FB kami :ainiracatalyst@gmail.com
Kat situ,kalau saya tak sempat nak reply pun,mungkin akan ada partner saya y tolong replykan...sekian terima kasih ^_-

Friday, March 18, 2011

Virgin Coconut Oil (VCO)

ini merupakan entry melekat for my frens's business=)


Virgin coconut oil (VCO) CATALYST brand, sejenis supplement utk kulit yg terbaik bg mdptkan kulit yg sihat dan cantik selain menyihatkan tubuh badan..virgin coconut oil CATALYST brand diperbuat dr minyak klapa dara 100% organic dan gred A, dan terdiri drpda 90% lemak tepu yg baik utk kesihatan.

Salam semua,
kali ni update saya pasal VCO keluaran catalyst. Saya dah try product ni hampir sebulan dan hasilnya sangat memuaskan.


Kulit jadi semakin licin dan kurang sangat-sangat minyak. Kalau sebelum ni,bangun tidur je..mesti boleh buat goreng =) tapi sekarang,bangun pagi,seronok tengok muka sendiri,walaupun sebelum tidur saya sapu VCO ni kat muka. bangun pagi,tak langsung berminyak.


Dan yang paling penting,tubuh rasa ringan dan semakin bertenaga. tak mudah letih(sebab seblm ni,saya mudah sangat letih..walaupun aktiviti harian saya tu tak lah berat sangat)
Sangat-sangat berpuasa hati dengan product ni.



*VCO NIE KELUARAN ORG ISLAM..100% BUMIPUTERA
*YANG PENTING HALAL
*SELAMAT, TIADA PENGGUNAAN BAHAN KIMIA DAN HABA DALAM PROSES PENGHASILAN
*BUKAN UBAT,SO JGN RISAU X DE SIDE EFFECT
* PRODUK VCO NI HALAL & ASLI . DI KOTAK ADA COP HALAL JAKIM , SERIAL NUMBER & COP BUATAN MALAYSIA.








POSTAGE :
1unit RM7.
2 -3 unit hanya RM5

HARGA PROMOSI ini hanya untuk temph dari 12MARCH 2011 hingga 31 MARCH 2011 =) Lepas ni harga VCO ni RM39.90...cari lah kat tempat lain,mesti ini harga nya.

kalau berminat,boleyh la PM facebook :Ainira Catalyst ataupun SMS ke nombor 0193708226

Friday, February 4, 2011

KISS THE RAIN

Kiss the Rain - Hienie

Kiss the Rain - Hienie

VRS 1
I often close my eyes
And I can see you smile
You reach out for my hand
And I'm woken from my dream
Although your heart is mine
Its hollow inside
I never had your love
And I never will

CHORUS
And every night
I lie awake
Thinking maybe you love me
Like I've always loved you
But how can you love me
Like I loved you when
You can't even look me straight in my eyes

VRS 2/3
I've never felt this way
To be so in love
To have someone there
Yet feel so alone
Aren't you supposed to be
The one to wipe my tears
The on to say that you would never leave

The waters calm and still
My reflection is there
I see you holding me
But then you disappear
All that is left of you
Is a memory
On that only, exists in my dreams

CHORUS

VRS 4
I don't know what hurts you
But I can feel it too
And it just hurts so much
To know that I can't do a thing
And deep down in my heart
Somehow I just know
That no matter what
I'll always love you

VRS 1

So why am I still here in the rain.
coded by: a-lyrics

Tuesday, February 1, 2011

Mudah-mudahan rakan-rakan di MESIR selamat

Salam~

Dari pagi aku belek-belek internet naK tau macam mana keadaan di MESIR. Dalam hati,risau sebenarnya. Walaupun takde keluarga aku kat sana,tapi kawan-kawan masa kat MJSC dulu ramai yang belajar kat sana..alex dan mansoura. Sedikit sebanyak tu ada jugak risaunya.


Tambah-tambah lagi dengar cerita ada pelajar malaysia kena rogol. Tapi,check2 balik,itu pelajar indonesia. Ramai kaum keluarga tengah keluh kesah,menanti apa tindakan kerajaan. Apa yang kita boleh sama-sama buat waktu ni,BERDOA semoga semuanya selamat.


Hummm..untuk yang tak dapat nak hubungi saudara kat sana boleh try ini (cara untuk mengetahui perkembangan anak-anak si MESIR)

Semoga keselamatan umat islam terjaga~ameen

Monday, January 31, 2011

Apa ada di RANTAU PANJANG?


~Salam

Anda pernah sampai ke kawasan bebas cukai rantau panjang? belum?hurmm..meh sini nak share sikit-sikit dengan korang. Apa yang ada kat sana. Hari ni penat i jalan-jalan dengan my mum kat sana. Actually the whole family pegi plus my uncle oso. Tapi,of cos lah i jalan-jalan dengan mama. Haiyaak,rasa cam gediks pulak ayat-ayat aku nih. (back to 'aku' )

Setelah sekian lama aku membisu,akhirnya ada gak something yang aku boleh tulis kat sini. Saya kering idea lorh. plus tak cukup masa nak belek-belek intenet nih (baikkan saya). Asemen bertimbun,nak uruskan program persatuan lagi,pastu ada hati lagi nak kije kan..dengan karya aku yang dah lama tergendala,haiyyakk..bila la nak jadi buku kalau asyik postpone je. =(








Ok-ok. back to the main theme. Rantau Panjang. Bagi aku,takdelah best sangat..kalau mak-mak mungkin best lah kot..sebab banyak kuali,periuk,pinggan mangkuk,sudu sodek semualah. Dan murah-murah. Sebab bebas cukai kan. Tapi,anda kenalah KECEK KELATE lagi dapat murah.

Meh tengok gambar-gambar yang aku rajin snap. Tapi,aku guna enset canggih je..pastu edit-edit dah jadi cam tah hape-hape jek. Tapi,bolehlah nak tengok..hehehe.










Kalau aku,aku asyik tengok-tengok benda alah ni je. semua kedai aku tanya 'kak,yang warna ijau tu,yang paling besar berapa ye kak?'...badget macam duit berkepuk je kan. Tapi,apa-apa pun aku tak beli..sayang lah pulak duit tu..uhukk,walaupun duit baru masyuk kan..hehe. Tunggu orang bagi jelah ^_^ ---> macam budak2!







ok,itu saja..walaupun tak menarik paling kurang aku boleh buat entry..ahak! =)

Tuesday, January 4, 2011

Couple tu weyh!

Kau tak pernah couple?KUNOnya!


tak pernah ada BF/GF?serius?waaa..wa tabik sama lu


Pernah tak anda terfikir or terdengar ungkapan macam kat atas ni?which one?so?mana satu yang boleh diterima? Kalau yang pernah dapat kata-kata ni. Kalau yang first tu..agak menyiraplah kan. Kalau yang second tu,mesti kembang-kembang kan..hehe. =)




KUNO ke kalau orang yang tak pernah couple ni?for me,itu bukan KUNO. Itu satu kejayaan.hehehe. Yelah. Sebab dia berjaya mempertahankan hati dia.

'Tapikan,orang yang tak pernah couple ni tak matang lah"

Yeke?hahaha. Ok,gelak memang gelak. tapi ini memang aku pernah dengar orang cakap. tapi,orang tu cakap macam ni.."aku tak suka couple dengan lelaki tak pernah couple,tak matang!" Nak gelak pun ada. Aku tak pernah sedar pulak pasal tu.Yeke wahai lelaki-lelaki sekalian?(sila jawab)



Berbalik pasal ke-KUNO-an tadi. Statement ni bukan aku sesaje buat. Tapi,memang pernah terdengar. Sampai dulu,dengan mind aku sekali terganggu. Sampai aku takut nak buat pengakuan..hahaha.

Sampai sekarang orang tak tahu status aku .kekeke.hebatnya saya menyorokkan status diri. Walaupun orang kalut-kalut duk tanya status,buat derk je. Buat apa nak kecoh-kecoh kan? Kawan paling rapatttt pun baru tau(eh,tau ke?haha) Sape-sape nak tau,boleh PM saya,hahaha.



"Tapikan,ada lagi ke orang yang memang tak pernah couple..?"
Ayat ni pulak?pernah dengar? hurmmm..ada punya. Mesti ada. Tak semua orang berfikiran sama kan. Untungnya kalau dapat orang yang masih suci hatinya. Tak pernah sesape lagi duduk kat hati dia kan? =)



Tapi,kalau dah pernah..kalau berhasil,baguslah. Kalau sebaliknya?anggaplah itu sebagai pengajaran. 'kita akan jumpa orang yang salah dulu sebelum kita jumpa yang sebetul-betulnya' =)

Dan kalau yang kecundang dalam cinta tu,janganlah masih 'terpandang-pandang' kebelakang lagi. Teruskan berjalan kehadapan. Jangan kita anggap apa yang kita jumpa kat belakang tu adalah benda paling beharga atau paling lawa yang akan kita jumpa dalam hidup kita. Masih banyak lagi yang beharga dan lawa kat depan tu. Teruskanlah berjalan =)

Waaaa,macam DR.LOVE pulak dah gayanya..hahaha..aish,aku memang ada buat part time ni masa cuti hari tu. Ramai pesakitnya..ehek! Mujurlah saya dapat selamatkan dari terus parah..hahaha. Gaya macamlah orang berpengalaman sangat. Buku banyak mengajarku~ayat poyo dah ni =)





Dalam entry sebelum ni LoVE oR nOT aku ada buat satu statement,act its not mine but my friend~ aku cuma tumpang setuju je..hehee

Bodohnya diri jika hanya kerana seorang kekasih meninggalkan kita,kita menangis semahunya,tidak makan dan tidak menjalani hidup seperti biasa atau mugkin lebih teruk,cubaan membunuh diri. Cuba fikir,KEKASIH itu kah yang menyara hidupmu dari kecil?KEKASIH itukah yang membesarkanmu? KEKASIH itukah yang menyusukanmu?Atau tanpa dia,benarkah kamu sudah tidak ada tempat bergantung?'


Lepas tu aku fikir balik, plus dengan komen dari kak maisyah

sebenarnya ia bergantung kepada jati diri masing2..kalau yg jenis setia memang nangis gila la...tp kalau yg belum serius tu...emm..tu yg rilek ja bila putus..ya x?

Betul jugak tu!
Ok,aku nak tarik balik.
separuh-separuh je setuju. hehehe. narrow minded betullah aku ni!! ;)




Nota jari: pics dicilok di goggle

Friday, December 31, 2010

Santapan ketibaan tahun baru =)


Walaupun batuk plus selesema tahap hampir kritikal. Aku dengan yakin dan gigihnya sama-sama menyesakkan diri kat mid tadi. Sampai je KL pagi tadi. tidur jap,bangun tatau mau buat apa. Apa lagi,gi jalan2 kat mid jelah. sabun basuh,shwer gel,stok makanan semua takde. masa untuk membeli belah la jawab nya.

Sekarang pun tatau mau buat apa. Orang berpusu-pusu nak sambut new year kat luar. tengok bunga api lah. AKU?terperak dalam bilik. bukan main lagi tadi beli makanan 'basah' untuk dibuat pesta malam ni..hahaa

Walaupun berdua je dalam bilik yang luasnya cumalah setengah kangkang kera je,tapi..makan-makan tetap dijalankan.hahaha.




Makanan orang bujang.macam ni jelah gayanya. Ada macam-macam lagi makanan merepek yang aku beli. Tapi malas nak snap banyak2. kang jadi entry bergambar pulak. (walaupun memang dah jadi entry bergambar pun..ehek)

Tapi,apa yang penting untuk aku sekarang?TIDUR.sebab dah pekena ubat batuk. ~huk~

Sori.enty nih sebenarnya sungguh takde motif. Nex time lah aku letak entry bermotif.hahaha =)


pertanyaan:

kalo 1 sudu ubat batuk tidur lbh kurang 4jam. kalau 1botol?berape jam eh?ada sesape pnh buat?aku na try ni.huh! -_-

Sunday, December 26, 2010

Bagi Idea sikit untuk aku isi masa LAPANG ni =(

  Salam to all~

Jam dah nak dekat pukul 2 pagi. Mata aku nih,memberatnya dari tadi lagi. Tapi bila masuk je bilik..haiiyyak 1,2 jam mengelamun pun tak tidur-tidur lagi.

05122010574_021

apa yang aku rasa?BOSAN!BOSAN!dan terus BOSAN!

Aku malu nak mengaku..tapi mengaku jugaklah..aku dah tak sabar nih nak start sem baru. Aku dah tatau nak buat apa kat rumah. ‘driver’ yang ditunggu pulang,tak jugak pulang-pulang. Kalau tak,boleh jugak pergi jalan-jalan =(

 

Tolonglah sesape boleh bagi idea sikit,apa aku boleh buat time cuti nih. 2 minggu ni aku rasa macam dah dekat 2bulan. Hak! aku bukan jenis orang yang boleh duk diam

 

Yes,aku ada kerja sambilan as a writer (poyo tak?hakhak) tapi..bosan!!aku nak buat benda lain jugak..hukhuk. Writer tu cuma mampu isi masa perlu aku je. Masa lapang aku?nak buat apa ni.

‘big bos’ ada bagi task. Tapi,arghhh..otak aku sangat malas nak complete task tu. Tak terjangkau dek akalku. Bila entah nak siapnya..huhhh.

 

Haha..agak kebudak-budakan ke kalau aku cakap yang tetiba aku main makeup-makeup sorang-sorang?hahaha.

Tak payah lah korang nak kutuk-kutuk. Aku dah puas kena kutuk ngan brotherS aku. Dah tu,angin takde,ribut takde tetiba aku pakai lawa-lawa,makeup ala-ala orang nak pergi dinner kat hotel 6 bintang je.

 

Kalau aku ni ada adik beradik pompuan,mesti tak jadi gila meroyan macam ni. dah tu,sepupu sepapat pompuan semuanya jauh-jauh (ada duduk dekat,tapi jauh :D  ) Nak harapkan kawan pompuan..lagilah. Jiran tetangga pun tak sedar kot kewujudan aku kat kawasan ni. Sedih. Inilah masalahnya kalau dah besar panjang pun kena berpindah randah =(

Apa yang aku boleh buat?termenung! itu yang 2minggu rasa macam 2bulan tu. Menung.tatap kertas task tu. menung lagi. tidur sat.bangun,kerja. menung. Kerja aku tu pun perlukan ke-termenug-an..so,memang kerja duk termenung jelah.

udah ghuper orghang putuih cinta je gayer nye  (ada betui ka ini ejaan=)

Sunday, December 19, 2010

50 Bloggers Diperlukan II




Tengok gambaq pun dah boleh agak kan. Orang dah lama kecoh pasal 'benda' ni,aku je baru berpeluang nak men-join-kan diri. sebelum-sebelum ni asyik tak nyempat je. sekarang kan musim BOHSAN,apa lagi,kita sempatkanlah mana yang tak menyempat dulu tu..ahak ><


Kenapakah dikau mahu menjoinkan diri dalam blogroll 100penulis.com ni wahai cik myralove? (tanya admin 100penulis.com tu kat aku.) hahaha..nak kenyit mata je boleh?hahahahhahaha.


Meh saya conteng sikit kat sini. Kenapa nak join?admin kata.. 'BE WHERE OTHERS ARE' ha,kan..main copycat je =) So. inilah peluang ke-gold-an untuk orang yang macam aku ni. Orang macam mana? yelah,aku sebenarnye suka main taip-taip ni. tengoklah,hobi aku pun kalau tak baca buku,mesti buat buku terkoyak .


So,kalau dah macam tu,mesti lah aku nak orang baca apa aku tuliskan?kalau taknak bagi orang baca,jangan letak dalam blog. Letak je dalam diari bergari. Takde orang pun boleh baca. Kalau aku join blogroll 100penulis.com ni,peluang untuk orang datang membaca entry-entry merepek aku ni pun tinggilah.


Pasal sinaran UV tu,nak kata kisah,taklah sangat nak kata tak kisah pun tipulah jugakkan. Yang tu sampingan je. Yang penting orang tau kewujudan blog aku yang cun nih. plus orang sedar kewujudan insan bernama MYRALOVE yang kiut ini. ahak! *marilah senyum ramai-ramai*


Sori pada sapa yang kena tag. Eh,anda patut cakap terima kasih kan. Thanks to admin 100penulis.com sebab meletakkan syarat mege-tag 2 orang yang sangat-sangat bertuah untuk men-join-kan diri mereka kedalam agenda ini.


Antara insan bertuah ialah: cik lin dan hyun miera


Ok,itu saja dari saya. rasanya macam dah cukup dah sebab musababnya. hope diterima oleh admin 100penulis.com.


ok,salam untuk semua~

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails