Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Saturday, November 6, 2010

BE banyak tapi income kurang =(

Untitled

Semua orang duk bercerita pasal BE. saya juga rasa seronok tengok kawan-kawan duk bercerita pasal excitednya dapat BE.But for me,huwaaa..memang dapat BE banyak tapiiiii incomenye kurang. Macam mana mau baking bikin ITU BE MENJANA BANYAK INCOME?

macam mana?

macam mana?

macam mana?

 

Walaupun minggu ni tengok dapat lagi 2BE. tapi macam dah tak excited. Incomenye tak macam orang lain. Tengok ada orang tu,1BE pun boleh menjana sampai RM36.

Banyak kan RM36 tu?itu masih berjalan BEnye tu. mesti mampu cecah lebih RM50 tu. Haiyyyak.saya punya? BE sampai 28,income tak capai ribu riban pun. Ahakkkkk…demand!! ;)

Tapi,pape pun..aku tetap bersyukur. Paling tidak,pakcik nuffi masih lagi nak bagi aku BE. Macheh la banyak-banyak nuffnang. Lepas ni kena perah-perah otak macammana nak tinggikan income tu,saya mau beli peugeot! hahahahaha ;)

Tapi,kalau ada sesape ade tips macam mana nak tinggikan income BE tu,boleh la share-share yer. (walaupun saya ni malas buat entry,tambah lagi sekarang dalam zon bizi sesangat..hak!)

Kalau dulu aku kalut cari macam mana nak dapatkan BE,sampai lahirnya entry ini. Sekarang,aku mau tahu macam mana mau naikkan itu income of the BE pulak. Marilah kita saling bantu membantu,ehek. Sharing is caring kan. Caring is loving kan..hakhak

Bantulah saya merungkai misteri nusantara BE ini =(

Friday, November 5, 2010

Frobenious International Kindergarten aku punya ;)

en 

 

Frobenious International Kindergarten is a double storey building. 4 classrooms, teacher’s room, toilet and kitchen are located at the second floor of the building. And for the first floor, it consist of hall, waiting room, play site, library and watching room.

Mau tahu lebih lanjut,boleh hubungi saya yer =)

 

first

Plan View of the First floor

 

trim

Plan view of the second floor

 

Inilah projek yang buatkan aku ketangisan (yeke?)hahaha. Lepas ni sapa yang nak beli projek  ni bolehlah. Semua dah complete. Design,calculation semua-semua tu..jangan risau,bangunan saya ni selamat tau. Tinggal hiasan dalaman je yang aku tak provide..hek!

Lepas ni nak gi jual kat kementerian pelajaran lah. LOL!

Sebabkan benda ni lah aku pandai menggunakan TEKLA SOFTWARE. Walaupun tak hebat,bolehlah setakat nak design bangunan 30 tingkat tuh..hakhak(sori yer cik pink,ter-perli pulak)

 

front view

Front view

 

entah

 

Lepas dah siap design guna software ni. Kita boleh analysis sama ada bangunan tu ‘selamat’ atau tidak dengan menggunakan STADPRO software pulak.

Kat STADPRO ni semua data berkaitan seperti load,bending,shear,tension and compression member boleh dapat kat sini.

Tapi,kalau kitorang punya projek..calculation kira manual then boleh check betul ke tidaK by taking the value from that STADPRO =)

Agak berpinor lah biji mata nak menaip data-data and calculationnya tu. Mujurlah group members aku semua nya boleh pakai,kalau dapat ada yang ahli tidur..alahaiii..ketiduranlah kerjanya.

Malam sebelum due datenye tu..ramai lah yang tak tidur. Hampir-hampir gila pun ada gak especially yang buat 30 tingkat tuh.

 

Punyalah kan tAkde kerja sangatkan. Actually aku tengah excited buat entry guna window live writer ni. Heheheheeh. suka!suka! senang,mudah dan cepat..erk!

Thursday, November 4, 2010

Kisah CINTA =)



Setiap kamus hidup tentu punya simpan dakwat untuk diconteng dengan kisah cinta. Benarkah? Entry ini aku ingin menceritakan tentang kisah cintaku. Waaahh. Pengakuan berani mengakukah ini?hahaha. sorilah,i takde kisah cinta yang nak diceritakan. Belum.


BELUM itu punya banyak maksud ya. Jangan disalah ertikan ia.


Malam ni actually nak share dengan anda semua satu lagu ni. Disebabkan dah banyak hari tak buat enty baru plus tidak ber-blogwalking, blog-jogging, blog-swimming, flying semua-semua itulah.Nanti saya qodo’ balik yer jejak-jejak yang ditinggalkan itu. Projek ku belum lagi siap. Tapi sudah hampir 95% dah siap. Esok antar. Yeyeh,hope esok dapat la gi jalan-jalan kejap. Ramai dah ni nak gila malam ni. Sabar yer kawan-kawan.


Ni lagunya. Anda dengar yer. For me,lagu yang sebelum masuk record tu lagi best. Sebab aku suka sangat muzik tu. Yang belum record tu aku ambik dari kawan kepada kawan. Tatau mana diorang dapat. Dengar yer. 'KISAH CINTA' by FEELHONEY.


Bukan official punya


Dah masuk studio punya version ni


Sori yer amin (one of the feelhoney's member) aku masukkan lagu ko kat sini. (hek,macam lah si amin tu nak baca blog aku ni kan ;)

Monday, November 1, 2010

'Pegang tangan Abang'

'Pegang tangan abang' katanya yang menemaniku diwaktu itu. Didalam kegelapan dan kesejukan malam. Ketika itu jam sudah mencecah ke angka 3.30 pagi.

Aku tanpa berlengah lagi,terus mengenggam erat tangannya. Terus diri terasa selamat dan selesa. Engkaulah penyelamatku wahai insan yang menggelarkan diri sebagai 'abang'.



Wahhh..wahhh..ingat itu ke sambungannye?takde maknanya. =)
3hari 2 malam aku berkampung di kem ALIM di Jugra. Menarik,makanan sedap. Penceramah dari Saifulislam Training & Consultancy (STC).Best.



Sebelah petang hari sabtu (30oct) berjogging keliling kawasan kampung,melalui kawasan kaki bukit pusat cerapan bulan JUGRA (tak sure nama betulnya) dan tamat di kawasan Balai polis lama yang kini dah jadi muzium pun.

Malamnya pulak ber-explorace. Dan tepat pukul 12.30 kami bergerak pula untuk aktiviti NIGHTWALK.

Mula-mula panjat bukit batu. BEST!sebab tak pernah lagi buat. Setakat nitewalk dah biasa,tapi tak pernah lagi panjat bukit batu tengah malam.Berpaut pada tali-tali kat situ. Tapi yang tak bestnye,habis tangan i yang comel ni menggelupas..hukhuk.
Lepas dah daki-daki,jalan-jalan,redah-redah,sampailah kat MAKAM SULTAN ABDUL SAMAD. boleh pulak jurulatih tu suruh kitorag rehat kat situ betul-betul mengadap kat kawasan makam tu. 30minit pulak tu. time tu dekat-dekat pukul 2. Masa berhenti rehat atas bukit sebelum tu 5minit je rehat. Dahla lawa pemandangan dari atas bukit tu.

Then terus sambung aktiviti dropping (kot namanya) ikat mata,then diorang campak je kita kat mana-mana dengan password: HANTU BUNGKUS. Aku dah banyak kali pegi program camni. So memang dah boleh agak macammana.





Yang paling tak boleh lupa tu,bila dia nak 'kutip' balik kitorang lepas dah drop tu. Aku dengan dah tersengguk-sengguk tak layan langsung dengan ganggu yang diorang buat. Nasiblah nyamuk penuh,kalau tak memang aku tidur je kat situ. Plus dengan suara junior-junior ku yang macam nak nangis asyik duk jerit 'HANTU' habis kuat sampai orang keliling dia jawab 'BUNGKUS' sampai aku pun naik conpius. Semuanya gara-gara terlebih takut. Padahal yang diorang campak tu dalam kawasan KEM dah. Buat malu je. Aku dah tau itu kem lah aku mampu sengguk kat situ,kalau tak aku pun musykil gak.

Time nak ambik balik tu lah. Lepas that guy dah sebut password and tanya kumpulan mana,bila dia dah kenal pasti aku nih memang dari kumpulan yang dia jaga,dia pun cakap 'pegang tangan abang'---> sebab mata masih ditutup lagi.

Dia nak bawak pergi tempat berkumpul. Memanglah dia one of my grup's coach,tapi..rasanya bukannya tua pun,tah ke sama umur..suka-suka hati dia je menggelarkan diri begitu. Itu boleh tahan lagi.

Yang siap suruh pegang tangan tu. Hadoiii.. aku nih,walaupun mata bertutup dengan kain tapi masih nampak lah(sebab aku nih pakar) dia memang menghulurkan tangannya. Mungkin niat dia baik ;) nak membimbing aku ke tempat itu. Tapi...errr..tak perlu kot.

Aku pun buat riaksi 'hah?' 'pegang tangan abang'Dia ulang sekali lagi. ok betullah aku tak salah dengar. Aku berdiri dan konon-konon tak boleh imbang badan, supaya dia boleh sambut aku..ahak,yelah tu. Kot-kot lah aku tak perlu pegang tangan dia.

Then dia cakap sekali lagi 'pegang tangan abang' hadoiii..tarik jelah lengan baju aku macam pakcik satu lagi tu buat,apa susah. Nak taknak aku pun buat-buat lah meraba tangan dia. Tapi,sori..aku sebenarnya memang nampak,aku grab je lengan dia sikit sebab dia pakai baju lengan panjang. Fuhhhh..lega. selamat. Nasib dia tak paksa betul-betul suruh aku pegang tangan dia. Taulah dia muda,baik dan hensem (hensem ke?tak perasan sangat sebab dalam gelap)

Then.hari ni dah balik nih..rasa macam nak demam. Mungin sebab kejutan otot. Kejang semua otot-otot kaki aku nih.huahhh~ tak lawa dah nak catwalk. Mesti cik kucing tersenyum gembira sebab dapat kalah kan aku bercatwalk

Friday, October 29, 2010

Reality kah ini


Kadang diri terasa terlalu asing. Asing dalam reality sendiri. Entahlah. Seringkali perasaan kalah dek jiwa yang tidak tenang ini. what should i do?


Kadang terasa ingin lari dari reality. Aku lebih suka diruang ini. Ruangan maya ini. Disini seakan aku sendirian. Walaupun pada dasarnya,masih ada lagi insan-insan yang sedia meluangkan masa menziarah ruang lingkup ini. Memberi pandangan serta nasihat. Aku terlalu hargainya.


Di ruang maya ini aku terasa sedikit kebebasan. Terasa seperti tidak punya masalah. Sehingga aku seakan tidak mahu 'pulang'. Walaupun masalah atau urusan itu sedang menanti ku dengan sabar di ruang reality. Aku sentiasa berharap aku menjadi seorang yang TABAH. Tabah untuk menghadapi dugaan reality yang mendatang.


Aku sedar diri ini bukan seorang yang BAIK. Bukan seorang yang SEMPURNA. Bukan juga seorang yang TABAH. Tetapi,aku masih mencuba untuk menggenggam itu.


'Its the ocean of dunya'


Aku cuba untuk menebak maksud disebaliknya. Maksud yang sesuai buat diri ini. Benar katanya. 'there are time the tides are huge, and there are time the ocean peaceful'. And i know that..the fact.


Aku mahu berdiri sendiri. Tidak mahu berpegang pada mana-mana atau siapa-siapa. Itu yang aku fikir. Kerna diri terasa malu untuk menghulurkan tangan. Namun,mampukah dilaksanakan secara reality? Aku bukan ingin menjadi seorang SOMBONG. Aku cuma ingin menjadi seorang BERDIKARI.


Aku mahu terus berdiri. Dan juga ketenangan itu. Aku suka alam ini. Alam yang mendengar kata hatiku. Aku bukan aku yang dikau lihat dengan mata. Aku punya sifat sendiri. Tidak semua perkara boleh diketahui dengan hanya pandangan kasar. Jangan dihakimi sesuatu itu melalui mata kasar. Selamilah ia dengan mata hati. Nescaya kau akan nampak apa yang ' tersimpan ' itu.



Mampukah aku menjadi seperti itu?Seorang yang BAIK,SEMPURNA,TABAH serta BERDIKARI? Indah kah jika menyelam di air yang tenang? Mungkin tidak seindah kedamaian yang diperoleh =)




pic taken from : web

Wednesday, October 27, 2010

homeSICK N foodSICK + headache =(

Kepala terasa semakin memberat berbanding petang tadi. Tekak juga semakin perit. Mungkinkah kerana aku terlalu banyak bercakap hari ini?rasanya sama je seperti hari-hari sebelum ini. Aghh..jangan lagi diri ini mendapat dugaan kesihatan buat waktu ini. Dikala ini,aku amat-amat memerlukan keadaan fizikal yang kuat dan tabah. Banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan sebelum berakhirnya minggu ini.

Macam-macam yang aku rasa sekarang. Yang paling penting HOMESICK dan jugak FOODSICK. Aku dah taktau nak makan apa,selera makan yang sedia ada kurang ini semakin berkurang. Perasaan ingin pulang semakin kuat. Ya,aku bukan belajar diseberang lautan. Aku masih lagi di tanah air sendiri.

Namun jarak kini telah jauh memisahkan aku dan keluarga. Bukan seperti dulu. Bila rindu bertandang pada kasih abah dan sayang mama, cepat saja hati membuat keputusan untuk mengemas barang. Kini,banyak yang perlu difikirkan. Jauh perjalanan itu yang membuatkan aku berfikir lebih dari sekali.

Suara mama ditalian malam tadi buat hatiku sejuk kembali. Ingin saja aku mengadu segala keluh kesah aku disini,namun disabarkan hati. Itu semua tidak perlu. Benar tiada rahsia antara kami,tapi aku hanya tidak mahu wujudnya risau dihati itu. sakit dikepala sedikit reda mendengar pesanan mama.

Sakit. Sakit teramat sehingga aku tertidur dikala azan magrib berkumandang. Tak mampu untuk aku menahan kesakitan. Sehingga aku terfikir, jika islam itu tidak menjatuhkan hukum berdosa kerana mencederakan diri,mahu sahaja kepala ini dihantukkan kedinding atau tiang besi. Mungkin juga mampu menghilangkan rasa sakit yang aku rasa.

Jika diikutkan hati dan perasaan,mahu saja aku berangkat pulang memeluk erat mama dan abah. Ya,jika aku mengikut hati dan perasaan,mahu saja aku tinggalkan segala perancangan awal itu. biarkan mereka disitu. Habis saja tanggungjawabku sebagai pelajar,aku lepaskan yang lain. Aku mahu sebegitu. Tapi.. aku sedar,itu juga merupakan tanggungjwab yang telah aku sanggupkan.

Sungguh,dikala hati tidak tenteram,kesihatan pula bukan 100peratus ok dan urusan lain yang masih banyak menanti menyebabkan aku mudah untuk menyerah. Menyerah pada masa. Jangan tersalah faham maksudku ini. Pada aku,apa yang aku rasa sekarang ‘biarlah masa yang menentukannya..’

Dan diwaktu-waktu kritikal beginilah masalah-masalah sampingan ingin dielak jauh-jauh. Owh,malangnya..satu lagi masalah muncul malam tadi. Kenapa perlu ada undang-undang yang aku rasa ‘bodoh’? para pengampu sememangnya tersenyum dibalik tabir. Benarkah begitu?hurmmm. Malas mau fikir jauh,kerna diri ini sudah terlalu letih. Apa yang dibaca untuk bekalan menjawab soalan esok juga sudah hilang kemana. Setelah disoal siasat ‘kaw-kaw’ macam pelaku jenayah berat.

Ahh..bawak iron pun salah,habis?nak suruh aku beratur guna iron share-share macam zaman asrama dulu-dulu ke?grrrr..geram-geram. Dah la iron yang disediakan tu hitam,mau hangus semua baju-baju aku..hoh!

Tuesday, October 26, 2010

Tetapkan Hatimu ~

Hati terasa lega. Usaha yang sekian lama sudah berada dipenghujungnya. Bahagia mendapat ulasan positif dari lecturer. Bahagia juga melihat tumpuan audience ketika kami bemberi ‘penyampaian’ itu. Percayalah,semua audience mendegar dengan asyikkk sekali setiap patah yang keluar dari mulut kami especially ayat-ayat dari mulut aku yang sangat menyentuh sukma..aha!



Pi blah dengan perasan itu. Ok stop,saya mau ceria-ceria ini hari. Hmmm.. Anda pernah rasa marah?marah yang tidak terhingga? Kalau aku,jarang dapat marah tidak terhingga ni. Maksud tidak terhingga ni,kalau aku lah...rasa sangat marah,sampai rasa panas badan,menggeletar dan akhirnya air mata dengan sendirinya tumpah.Sumpah,bukan aku saja-saja nak buat drama air mata.

Mesti orang akan salah faham. ‘kau sedih ke?’ padahal,rialitinya kita tengah marah berapi. Cuma bezanya,saya talak tau mau marah macam mana. Kena marah air mata keluar sebab sedih. Marah orang pun air mata TERkeluar jugak,adeyhhh..dimana hilangnya kekerasan itu?

Owh wanita,jangan terlalu lemah.Grrrr

Tapi,better macam tu kot. Dari marah berapi sampai bagi efek pada orang lain. Baiklah marah berapi itu hanya aku yang tanggung. Walaupun sepatutnya aku marah balik orang tu kan. Sebab memanglah salah orang tu. Tapi,aku ni berhati lembutttt..hahaha,marah orang,sendiri yang terima. Faham? =)

Sama je efeknye. Kalau hambur balik orang tu dengan kemarahan kita,confirm letih kan?yelah..duk cakap-cakap,takkan nak naik kaki tangan kot..padalah,aku nih pompuan. Bettter lah macam cara aku tu kan. Tapi,cara ini tidak digalakkan..hanya orang-orang yang sabar je boleh aplikasikan benda ni yer =)

Mau istirehat seketika. Kepedihan malam tadi masih terasa. Hati terasa tawar untuk meneruskannya sehingga tamat. Tapi,tanggungjawab masih diatas bahu ini. Marah macam mana sekali pun,aku tetap perlu teruskan memikulnya. Biarlah,aku yakin aku kuat,aku sangat-sangat perlukan sokongan kawan-kawan. Disaat aku sudah tawar hati,mereka pula yang berubah fikiran untuk kembali menyokong. Ini yang membuatkan aku mendapat kembali rasa itu.



Lambatnya dirasakan hari jumaat itu.huh..


Jadi,tolonglah ceria wahai cik Myralove (takde orang nak cakapkan..cakap sendirilah kan..haha)


Monday, October 25, 2010

I wait for A KNIGHT



In this world full of hurt and pain,

I need someone who would help me through the rain.

To comfort me when I'm sad,

Doing everything just to make me glad.


In this world I need a Brave Knight,

Who would never give up any fight.

A knight who would dry away my tears,

Telling me to overcome my fears.


A knight who loves me for who I am inside,

With him there's nothing more I need to hide.

A person who will still be standing strong,

Eventhough everything has gone wrong.


I need someone who is willing to give me more,

Someone I can call my Knight In Shining Armor.






Aku suka baca poem,sajak dan seusia dengannya,walaupun benda tu sama je sebenarnye.
For me,poem or sajak tu dapat describe something tanpa olahan atau celoteh yang panjang. Hanya beberapa perenggan yang punya beberapa ayat sudah mampu untuk ditafsir apa maksud disebaliknya.

Paling best english version. Entahlah,kalau sesiapa yang selalu layan mesti boleh faham perbezaan english version dengan malay version. Especially kalau yang menjiwa punya kan.

Walaupun dalam blog ni banyaknye malay version yang tah hapa-hapa kan. hahaha..aku memang suka begitu. Lantaklah,lagi pun blog aku,so hak aku untuk menempekkan apa-apa yang aku rasa suka kat sini.

Kalau nak gelak..silakan,bukan aku dengar pun kan =) Lagipun,rilex la,aku bukannya ambik pengkhususan bersajak pun.Jadi, jangan heranlah kalau hasilnya amaaaat memuaskan yer..hehe.

Aku ni kalau menaip susah sikit nak berhenti,kalau cakap?errr..susah sikit kot. (PR excluded k..kalau tetiba aku senyap dengan korang,itu tandanya aku terkena split personality tu). Kalau yang baru kenal or first time nampak aku,mesti punya cakap aku sombong.Kenapa?sebab,mak cakap..jangan cakap dengan orang yang tak dikenali..hahaha. ok,aku bohong je.

Entahlah,kalau nak sembang banyak-banyak dengan aku,kena kenal aku dulu yer ;)
Poem kat atas tu best la..kot. Oppsss..itu bukan aku punya,itu aku ambik kat sini. Koleksi 'karya' aku ada..tapi kang,buat malu jer kalau aku publish kat sini. Jatuh pulak air mata aku kang..hahaha.

Sudahlah yang malay version pun tah hapa-hapa,bagi yang english version,lagilah orang tak faham kot..hahahaha. Haritu time pilih-pilih nak beli buku apa,aku dah grab 1 buku dari shakespeare, koleksi poem dia. hahaha..aku tau korang nak kata aku kuno,takpe..tak payah cakap..aku dah biasa dengar itu semua.

Dulu,Aku layan lagu kristal pun kawan-kawan aku(mp4-poyah,lia and ifa) cakap aku cam gitu,apatah lagi kalau layan poem shakespeare kan..hahaha. Tolong yer,saya bukan kuno ataupun old-fashioned or ape-ape jelah..cumanya,bagi aku benda tu punya banyak sentimental valuenya..hek?hahaha..sila lah percaya yer. Eh,tapi aku takdelah berpakaian secara kuno. Sila jangan bayangkan saya begitu yer! =)

Tapi,bila aku pikir-pikir balik,plus jelingan manja dan soalan taJam dari peneman setia ku itu,owh..aku lepaskan lah dulu buku tu. Lagipun, yang aku jumpa haritu dalam tu cuma ada beberapa je poemnya..setiap poem ada gambar. Masalahnya pada gambar tu,hmmmp..tak payah ceritalah gambar tu macam mana kan. Kang malu pulak aku nak bawak balik rumah. Lagipun,rak aku nih,dah penuh dah. Mesti kena angkut bawak balik rumah jugak ujung sem ni.

Sebab stok untuk sem depan pulak nak masuk beratur =)
Rasanya sampai sini je celoteh-celoteh manja dari aku..ahak! =)




KNIGHT RIDER pun boley =)



"I wait for A KNIGHT in shining armor to keeps out the rain by his caring heart,
His love is the ultimate roof.
"





not the ultimate design load ok :d

Award Tag

Hari ni baru aku buat entry ni.Sori sangt sudah lama actually aku di tag oleh cik misya. Cumanya, masa nak jawab tu...adeyhhh,take time sikiiiitt. Sebabnya kalau jawab soalan tak boleh nak merapu sangat..hahah..yelah tu.

Sekali tengok2 kak maisyah pun tag aku dengan award tag ni jugak. Thanks yer kak,saya sangat2 hargainya =)

Jom jawab soalan ni




1.
Write 5 interesting facts about the person who gave u this award
-called misyamissyou ( but i just use 'misya' =))
-a student
-a friendly and lovely person
-peminat the potter series =)
lagi??err..la tahzan ok ;)

untuk kak maisyah pulak
-a wife and ada 2 cahaya mata
-Like to drops few lovely comments to my entry

-Sabahan
-a teacher..seorang cikgu yang comey,nice one k

-baby girlnya yang comel itu nama
Putri Nur maisarah tp selalunya panggil putri je..am i right? hehe


2.Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby
Kena jugak tu..hoho..malasnyaa ;)
-green lover..aha =)
-hate violence..and anything yang 'bising'!

-Dulu sangat active bersukan..dulu ok

-Bookaholic kot..hehe
-no cat please!

-afraid of lightning and thunder..ohho,takboleh duk sorang2 time tu
-layan semua jenis music but not dangdut..err =)
-A girl..hahaha

-normal life..but sometimes abnormal gak

-ha...lagi??(ok,cukup 10)



3. Pick your most deserving recipients and describe them
miera: my twin!!
syida: my...mirror?hahaha..lurv u la
Tomo: 'owh'..he's nice!..hebat tentang dunia cyber.Thanks for ur help =)
rain: cokelet lover??errk..haha ;)
Toyol kiut:TK is a girl ok..err,girl lagi ke?hehe
Paan : Blog dia banyak sangt info yang selalu boleh disedut oleh aku yang masih buta warna dalam bab2 blogging ni ;)
Diriku: err..tak kenal sangt,but he like to comments my entry.thanks ya =)
cik aen: suka sangat tukar layout..rajin =)





thanks to misya and kak maisyah again for this lovely tag. Sori yer lambat buat entry.
Owh..masih ada 2 lagi tag yang perlu dilaksanakan..haiyyak..sabar yer,ikut turn. :D

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails