Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Monday, August 26, 2013

'Hangat dingin mu mengundang rindu kecewa

'Hangat dingin mu mengundang rindu kecewa'


           Gambar sekadar hiasan


Aku ni ada masalah jiwa barangkali..perangai pelik2 . Yang depan mata tak nampak,duk sebuk intai yang disebalik gunung nun..sedangkan yang disebalik gunung tu entah sedar entah tidak kita yang kat sini.kita?aku lah! Tapi...tulah aku..sangat kena atas dahi dengan ayat ni...


'She seeks a man, but not the one who constantly chases her. The best way to woo her is to throw subtle hints, be a little detached and keep her wondering. Give her the impression that you can resist her charms and she will come rushing to you, to prove that she's desirable. Aries women will never have to yearn for male attention.'


Yang 'depan mata' aku rasa serabutt je bila tak habis2 'tanya khabar' yang aku tunggu pulak..tak muncul3..kena sangatlah 'hangat dingin mu mengundang rindu kecewa'..

Walaupun sebenarnya its viceversa.Tapi itu lah rialiti.

Walaupun banyak sangat perbezaan,tapi yang ditunggu tulah selesa.masakkan@&$...paling aku tak suka dan xleh telan langsung,bukan stakat telan bau pun aku buat2 tahan je. Tapi dia?faberet ok~

Tengah2 malam nak tulis benda macam ni namanya tak betul!insane!paboya!gila!its me now..

Sejak bila entah perasaan aku jadi gila macam ni.walaupon penat dah pesan dan ingatkan diri sendiri agar sedar.im insane now.fullstop.

Tuesday, August 20, 2013

Hanya aku



Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

*Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat *

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku

Saturday, August 17, 2013

Happy?

Hati semakin parah,
Dengan segala rasa bercampur.
Sudah ingin mengalah dirasakan,
Namun tegar kah aku?




Penat fikir masalah hati yang aku sendiri tak mahu selesaikan.takut sebenarnya. Ditambah pula dengan masalah dari family, mudah benar aku menangis kebelakangan ini. Mudah juga aku terguris dan terasa. 

Bila nak setle semua ni?? Tak tahu jalan mana yang aku perlu ambil...takut tersalah laluan,aku akan kehilangan semuanya...kalo terjadi,mampu ke aku nak hadapi situasi itu.

Feeling depressed :(

~Lumut 15082013
7.24PM

Wednesday, July 31, 2013

Hati.

Susah kan nak baca hati ni.
Susah lagi nak faham hati.
Walaupun kepunyaan sendiri
Apatah lagi sebaliknya.

Penat simpan rasa.
Penat pendam perasaan.
Penat buai sendiri.
Penat juga menafi.

Kadang rialiti nampak indah.
Kadang juga nampak palsu.
Rialiti aku nampak indah.
Rialiti aku juga nampak palsu.

Tahun,
Hanya jangkauan waktu biasa,
Bila munculnya?
Tiada suara mampu menjawab.
Sang hati??
Hanya mampu menafi.
Itu aku benci.
Itu rialiti yang aku benci.
Walaupun pada diri sendiri.

Bagaimana harus dipujuk rasa?
Bagaimana harus ditenang jiwa?
Bagaiman harus dijadikan palsu?
Atau bagai mana harus dijadikan nyata?

Bagaimana dan terus bagaimana.

Aku perlukan jawapan,
Agar aku mampu kuat.
Walaupun hanya beraksi kuat,
Dihadapan dia.

Aku penat monolog,
Penat lagi bermain rasa.
Menafi usah dikira,
Itu sudah arif.

Wednesday, April 3, 2013

HARRODS

Bulan  3 tak beli apa-apa pun untuk diri sendiri (sempena birthday ..uwerkkkk). So ape lagi, sambil memikir-mikirkan duit sempat ke tak nak allocate kan..hahah..gi pusing-pusing kat 1 facebook : Bonda Hafey ni. Da banyak kali aku beli kat sini (lebih dari 1 tu kira banyak la kan)



Setakat ni beg ni dah curik Hati aku...tidakkkk..keretaku mau dibayar roadtaxnye bulan 6 nih. Nak kena menabung kenduri kawen :(

Combine pulak dengan Purse ni..aduh...meleleh ayak liuq :(



Tak Tahu kenape mengapa dan bagaimana aku boleh sangat tertarik kat warna merah-merah ni. Padahal aku sangat lah FANATIK HIJAU youuu..dari kecik2 dulu-dulu lagi. 


Yeahh.. Ini 1st beg aku beli kat sis BONDA HAFEY ni :D lawa tak?hehe. MERAH ok! tak tambah lagi handbag yang aku beli kat KOREA aritu. PINK!(err..aku nih warna paling alergik adalah pink,tp tatau camne at that time boleh pilih pink)





Yang nih aku beli kat sis tu jugak..bagi kat mak aku..ahaha..mude giless kan cutting. Aku salah bajet,saiz dia kecik je (macam orang muda bila mak aku pakai. Nasib la mak aku baru 40++ )  ;)


So....sape-sape yang berkenan nak beli HARRODS beg dll, boleh la add akak tu ;) nanti cakap kat dia..aku yang promote (supaya aku boleh beli beg yang 1st tu dengan harga diskaun gila-gila)


Beli dengan akak tu best!sangat friendly.. harga pun ok =)
Dan jangan risau...CONFIRM ORIIII (ni statement dari FB akak tu)



''minta maaf,buat masa ini,saya tidak terfikir lagi untuk menjual brg2 harrods yg x original @ yg tiruan ya..buat masa ne,selagi saya ne meminati harrods personally,memang semua nya 100% authentic,genuine,original from london,bukan replika ya.dan from london bukan bermaksud MADE IN LONDON ya.kalau mau made in london belum ada lg utk harrods,selama yg sy tau.kalau yg sy xtau tu,xpastila pula ya hihihi harap maklum..''




Kenapa tulis ni? aku tak dibayar pon,cuma rasa nak review page akak ni. Sebab aku puas ati plus aku memang minat HARRODS ni (yeke?) hahah



Saturday, March 30, 2013

생일축하합니다 (sengil chukha hapnida)

Deyyy..Lu punya birthday pun tak ingat ka??





Haisshhh..nampak tak?bertapa menjadi workaholicnya aku sampai birthday sendiri pun tak ingat. Semalam sampai rumah dekat pukul 10 terus terlelap kat ruang tamu (sambil tunggu akak rumah balik sebab dia tak bawak kunci) Sedar dekat pukul 3 dah berderet-deret message and call.

Yang peliknya,sikit pun aku tak sedar. Tapi boleh pulak akak rumah aku call aku terus bangun..aha :)



#antara msg dipagi hari

Thursday, March 28, 2013

Arghhh...!! ZALORA!!!

Salam semua. Nak citer cerita BEST dan GEMPAR ni!! over~ (sebenarnye patot semalam entry nih.da siap taip bagai.gatai nak edit guna enset kan.sekali hilang semua words.nangis gigit jari aku)

Hahahaha..know what..aku baru lah try-try shopping at ZALORA ni (lambat la aku ni!) konon-konon nak try la kan..hahaha..Best gilerr u...cepat giler giler giler..(ambik ko) sekarang baru aku paham kenapa iklan ZALORA tu kena jerit-jerit..haha

Aku order barang kat ZALORA tu selasa dalam pukul 4pm bayar.



Esok datang kerja buat kerja macam biasa. Dalam pukul 11 tu datang sorang mamat ni cari aku. Dia tunjuk barang kat tangan dia. 'owh..parcel' sambil buat muka blurr..'aku ada beli barang yang receive arini ker?rasa macam takde' Disebabkan muka aku huduh benor blurrnye..maka mamat tu pun cakap 'ZALORA' lagi terlopong lah muka aku. aku pandang colleague aku kat sebelah (meje kitorang ni bersambung..so ape yang aku buat semua dia tau) dia dah macam orang tahan geram.

Aku pon ape lagi...cepat-cepat capai document yang nak kena sign tu supaya mamat tu cepat-cepat blah. Lepas je mamat tu blah...colleague aku tu pandang aku 'saya nak jerit boleh??' 'arghhhh.... cepat gilerrr!!' (ini diolog kitorang berdua tau ;)





Cepat you..mau kitorang tak menjerit..haha..sampai surveyor kat partition sebelah pandang-pandang kat kitorang tanye kenape..hahah..nasib partition kitorang ni, hanya kitorang berdua je..so..ape lagi..sokseksoksek lah kitorang.

Esaited la masing-masing nak try lagi beli kat ZALORA ni. Super duper laju servis. Aku tak jumpe lagi servis yang best macam ni. Aku nih bab-bab online memang dah lama terjebak (deng!) baik membeli mahu pon menjual *_*

So..jom layan gambor lain pulak.











p/s: sanggup tepis-tepis habuk kat blog nih semata-mata nak update pasal ZALORA nih.haha! (deng me!)

Sunday, May 13, 2012

Janganlah Salah faham sayang-sayangku ^_~

Salam to all..

Lama sangat dah blog ni berhabuk. Haha..biaselah,tempat ni wujud bila aku ada masalah je. Masalah dengan perasaan. haaiippp! Jangan pikir yang bukan-bukan ok ^_~

Haihhsss (mengeluh tanda penat,kena inform nanti orang disekeliling marah #_#).

Susahnye la haii kalo orang yang tak paham kita cuba nak faham kita kan??tambah lagi dia tak kenal kita. let say..orang nak kata-kata contohnya aku ni ha....selalu la hai bangun lambat-lambat...pukul 2,3 tengah hari baru nak bangun kalo weekend. kan?kan? orang kata..yelah..kalau orang tu xnampak memang sedOp ler mengate.

Adakah orang tu tau aku tidoq pukul berape?adakah dia tau aku tunggu subuh dulu,adakah dia tau aku dah siap bersarapan semua?adakah dia tau aku dah siap pergi isi minyak motor,pergi library antar buku semua?adakah kau lupa?? (tibe2 pulak ..haha)  then bila start tido pun pukul 11.30am...awak nak bajet saya boleh bangun ke pukul 10am awak oiiii?kalo saya bangun pukul 3 lebih pun baru berape jam saya tidur.jangan nak samekan awak bangun awal pukul 9 pagi (kunun) dengan saya yang baru nak tidur untuk malam pukul 11.30 pg esoknya awak. TENGOK LAH ENTRY SAYA NI PUN PUKUL BERAPE HADOII PUN... ^_~

Hadoi haiii awak...awak tak tau kehidupan saya yang sepenuhnya jangan cube menuduh melulu...kang saya sumpah jadi lulu kang..hahah..

Ni nak taching-taching nih. Disubuh2 pagi nih (dengar pulak lagu OST selamat pagi cinta kan~) walaupun cinta tak jugak kunjung tibe.

haihshhh...sebenarnya,atas2 ni kiasan jer ^_~ rekaan semate ^_~ pointnya..if kita tak tau kondisi orang lain,jangan cepat buat keputusan keatas orang itu. Ini kerana, tak semestinya dia nampak biasa or kadang-kadang tak mematuhi peraturan seperti anda bererti anda lebih bagus dari dia. Jadi...kesimpulannya,kita haruslah PANDAI membawa diri dalam masyarakat sekeliling.

Jangan jadi lemah!!kalau lemah,anda akan jatuh dan di-penyek dek tapak kaki orang tau ^_~

Okeh,azan subuh sudah berkumandang. Ini bermakna sudah 2jam48 minit aku bangun dari lena semalam  kena gerak ke toilet,berwuduk dan solat subuh!! :)

Cam biase...tajuk selalunya lari..hahah.kejar2

Thursday, April 5, 2012

Anda rasa rakyat NEGERI ANDA BAGUS KE??

Malam yang damai~

hahahaha..1 rumah kecoh tengok bola kat tv1 (Kelantan vs not sure which team from Indonesia). Aku duk dapur jer (ahaks) tapi,still take part sikit2 since kat dapur pun pasang tv1..kunun3 cepat sikit info sampai dari tv kat ruang tamu. Padahal tak layan pun,kasi kecoh je lebih.







Haisshhh..nak ceritanya kat sini..aku terpikir. Kan ramai yang tak suka umat2 negeri Kelantan ni..sorry to say. Saya sendiri pun tak sure lah kenape dan ape reasonnya kan. Adakah disebabkan hal politik yang kita semua sedia maklum or disebabkan memang rakyat2 kelantan ni memang jenis macam tu (yang selalu didengari tulah~)


So,pointnya disini…aku yakin!teramat yakin!! Mesti team-team yang menyampah pada rakyat-rakyat Kelantan confirm 100% sokong team Indonesia kan???? Hahaha..aku tak faham lah kenapa perlu ada perasaan macam menyampah pada satu2 rakyat negeri. Kita kan 1 negara. Kenapa sangat2 MENYEDIHKAN hah pemikiran anda-anda yang pernah ada rasa begitu?


Aku nih…dari peneng bertahun-tahun kemudian terbang pulak ke Sarawak 3,4 tahun then balik pulak semenanjung. Stay kat perak more than 15 tahun then terbang pulak ke Kelantan dah dekat 2 tahun masih lagi tak Nampak tang mana perlu wujudnya pemikiran yang sangat pathetic macam tu…











Aku memang sangat2 yakin, sedangkan perkataan ‘menyampah’ boleh je wujud secara tak sedar mungkin~~ , bila Nampak begitu banyak kenderaan berplat DXX XXXX.. Haishhh…aku nih dah banyak negeri aku bertapak,belum kira lagi tempat aku belajar blom campuq lagi korea.. macam-macam ragam insan dinegeri itu yang aku jumpa.


Peneng dengan cara peneng nya. Sarawak lagi lah macam-macam. But then??? Kita tak boleh judge the whole people tu based on sorang punya AKSI. Macam mana boleh wujudnya simpulan bahasa ‘ Don’t judge the book by its cover??’ macam tu jugak lah kita kena bukak pemikiran yang sangat pathetic tu dengan ayat-ayat yang lebih kurang macam tu (ok fine,stakat ni aku lupe la ayat ape yang suit untuk situasi ni ;)







Jadi,pandai-pandailah fikir wahai insan-insan yang bijak sana yang ALLAH kurniakan otak untuk digunakan ^_~ sekadar meluah persoalan yang terbuku dihati. Just nak anda-anda yang berfikiran begitu bukak minda.

Kalau nak kata penjahat-penjahat ramai gilerrr kat Kelantan or mostly penjahat kat Malaysia ni dari Kelantan..derrr~ negeri lain tu takde penjahat ker? Kalau ya pun,perlu ker membenci the whole negeri? Kalau macam tu? Jepun dulu lagi jahat!!! Tapi, ok je anda-anda meng-agung kan artis-artis jepun or kawan dengan orang-orang dari sana or takde pun dengar desas desus ‘benci r orang jepun ni…blab la bla’ .


Fikir-fikirkan lah yer…


Apa perasaan anda kalau someone cakap kat depan muka anda, bayangkan anda dari negeri kedah.. that person said ‘aku bencilah orang-orang kedah ni..mulut semuanya macam^##@$^&..... Kuang hajaq ) sorry ok…ini contoh.


Same goes to perak,Pahang,perlis,johor,Terengganu,Selangor..haish banyak la pulak nak senaraikan. Just imagine,ape perasaan anda? Agak-agak terasa tak kat muka tu? Walaupun tau dia cakap tu kat orang lain. Agak-agak muka anda terasa panas tak???


Hahahahha…sekian terima kasih~~~~~~

Sorry...tajuk cam tah pape je kan ;) biaselah...tajuk kasi gempak..mane2 pun..teman masih berjiwe perok!! yeyeh..kejor yeop kejor! maklumlah,tempat jatuh lagikan dikenang apetah lagi tempat belajor bercinta ^_~




Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday

 

P1010877

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails