Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Monday, July 19, 2010

I ♥ make up =)

Aku sebenarnya tersangat la rasa rimas malam ni. semua benda aku buat rase tak kena. Rase macam nak jerit-jerit pun ada. Dah try Nyanyi-nyanyi tadi..tak boleh cool jugak. Then my roomate cakap, "jom main makeup- makeup nak?"


hahaha..macam budak-budakkan? tapi,nasib la..janji aku dapat hilangkan rasa rimas + strees (tah pape..study blom start lagi dah stress!)


ok!contest ni dibuat oleh cik intanadia . Bila dah main-main makeup nih,aku teringat la kat contest yang aku penah tengok ritu. tetibe pulak rase macam nak join. apa-apa pun,i love makeup. =)




inilah diriku yang kiut lagi comey setelah bermakeup.
Pergghhh..tak boleh blah statement puji diri sendr aku ni. =)


ini bukan gambar yang aku snap lepas main makeup2 tadi eh. Ini gambar kenangan suatu waktu yang sangat sweet dulu. =)



Alatan-alatan yang digunakan?

Mula tu aku pakai krim hazeline snow..ahaha
Magical makeover BB Cream
Bedak compact MIYAMI(kemana2 sahaja akanku bawa)
eyeliner colour sense
Mascara colour sense
eyeshadow colour sense
lipstic loreal



oklah...jadi...afundi lah saya =) "menawan kan senyumanku" <--- my tagline..menggelikan pun ada. Kawan2ku,jangan terkejut tau.Aku ada masalah jiwa sikit malam ni nih. Hoh! =) p/s: Mari join ramai2 contest nih. Klik bnner kat sebelah tu ni eh =)

Thursday, July 15, 2010

'Virgin of the rocks' dilukis sendiri!





Kerja-kerja pemuliharaan (atau lebih best lagi..maksudnya untuk menjaga hasil seni supaya tidak pupus) lukisan-lukisan leonardo da vinci telah dilakukan. Projek yang berlangsung selama 18bulan ini berjaya mendedahkan yang pelukis ini MELUKIS SENDIRI karyanya yang bertajuk "Virgin of the Rocks" seperti gambar diatas.

Disebabkan lukisan tu macam dah lama terbiar,so..diorang (london) buat la kerja-kerja pembersihan. Dan dari situ diorang dapat discover yang Da vinci ni memang buat sendiri lukisan dia tanpa bantuan dari pembantunya (sebelum ni kononnya dia dibantu oleh pembantunya).

Dapat detect pun sebab bila dah cuci ...nampak garisan-garisan yang dia guna tu sama je,kajian dari semua aspek la macam sudut lukisan itu sendiri.

okek,ini je yang boleh aku conteng-conteng kat sini untuk menghilangkan pening kepala fikir pasal subjek yang banyak sangat clash and penuh!!!hek

Wednesday, July 14, 2010

GEMPAR!! : Makassar muncul!!


Walaupun agak berdebar,tapi tabahkan hati untuk menghadapi.
boleh...kita boleh punya!

Itulah antara kata- kata motivasi untuk diri sendiri. Nak jadi wakil nak 'sambut' students dari luar ni bukan senang,plus ada diskusi lagi. BERPELUH la jugak walaupun dalam bilik persidangan tu guna aircond paling canggeh sekali. HEK!

Nak mula je susah..sekali dah bukak mulut,lepas tu macam ringan la pulak mulut aku nih nak terbukak..tambah lagi yang berdiskusi or yang jawab persoalan aku tu cowok yang AGAK ganteng (ek?betul kot ejaan aku nih). Ikut hati banyak je na tanye,tapi masa tak mengijinkan...pewwwwh =)

Tapi,apa-apa pun..kedatangan kawan-kawan dari UNIVERSITAS HASANUDDIN, MAKASSAR amat-amat dialukan. Seronok bangat sih ketemu sama kalian =)

Langsung, kalian pula nuggu ketibaan kami disana ya...ehehehe (ok tak aku cakap ..hekhek)











Tuesday, July 13, 2010

CERPEN: Toes To Nose




Dikerling jam didinding, ‘Ish,lambat lagi ke nak habis ni?Aku dah semput nih,tak sanggup dah’

“Ok,seterusnya unit keselamatan. Ade ape-ape masalah?”

Zahar,sebagai tuan pengerusi projek sudah memandang Kira. Ahli-ahli lain hanya membisu.

5 saat.

10 saat.

20 saat.

50 saat.

Aih..lamanya prepare.

“Wey kak,turn ko lah,mengelamun je kerja.” Marah Maira sambil menyiku Kira disebelah.

“Hah?Aku?” dia memandang kearah Zahar.

“Ye Kira?Ada ape-ape masalah dengan unit keselamatan?”

“Err..takde, kami dah sediakan semua keperluan keselamatan dan juga untuk makluman, disana nanti skuad RELA akan bersama-sama kita untuk menjaga keselamatan kita. Saya dah maklumkan dan mereka sudah pun bersetuju.”

“Bagus, itu saje?” Kira mengangguk.

“Seterusnya, Akmal..macam mana dengan persediaan?”


‘Ish..lambatnye.’ Kira mencuit Maira disebelah.

“Kenape?”bisik Maira.

“Aku tak boleh nafas”

“Ape?Tak dengar lah”


‘Ish..pekak ke,takkan nak suruh aku cakap kuat-kuat kot’ dikeluarkan hensetnya.


Terasa vibrate,Maira mengeluarkan hensetnya. Begitu juga Ina yang duduk disebelah Maira.



BUSUK GILA BENGONG STOKIN ORG SBLH NIH...AKU X BLEH NK NAFAS WEY..TOLOOOOONG!!!’.




sepantas kilat Ina dan Maira memandang kearah Kira. Monyok je mukanya. Kemudian beralih pula kewajah insan disebelah Kira.
Tawa mereka dah nak tersembur. Tapi terpaksa dikawal,mereka berdua dah sengeh-sengeh. Nasib kau la Kira.


“Kira! Tunggu la wey. Laju semacam je”
Maira sambil tersengeh-sengeh mencuit Ina disebelahnya.

“Haah la Kira. Kau nak pergi mana laju-laju jalan ni?”

“Aku semput weyh. Nak pergi cari udara segar.”

Terbahak-bahak Maira dan Ina mendengar kata-kata Kira itu. Diorang tak tahu ke yang aku rasa macam nak muntah dah ni. Memang busuk gila. Rasa macam dah terlekat dekat kerongkong aku nih baunya.

Eee..berapa tahun punyalah stokin yang mamat tu buat kitar semula. Huh..macam ni punya orang pun ada ka?

“Kau kenal tak mamat tu?”

“Tak. And one more thing, aku tak tengok pun muka dia tadi. Sebab aku taknak tiap kali terserempak dengan dia aku akan teringat kenangan bau yang dia tinggalkan untuk aku.”

Memang keras sebelah badan aku tadi. Berkeras tak nak pandang sebelah sana. Sebab takmau tengok muka mamat tu.


===============

“Maira,kau dah siapkan report TITAS?” Mereka sudah menghampiri library.

“Dah. Kumpulan kau?”

“Aku..”

“Maira!!” Kira dan Maira sama-sama berpaling mencari tuan empunya suara.

“Hah, kau Akmal. Kenapa?”

Akmal menghampiri mereka dengan termengah-mengah meninggalkan rakannya dibelakang. Penting sangat kot sampai tertinggal kawan dia jauh macam tu.

“Ni ha.. aku nak tanya pasal senarai nama peserta untuk ekspedisi ke Gunung Dato’ tu. Kau ada tak?”

Kira dah buat muka bosan. Benda ni lagi. Lambatnya nak habis. Malas dah aku nak fikir pasal ni. Assignment pun bertimbun. Malas nak dengar diorang ni bincang, aku dah jadi peninjau jarak jauh. Kawan si Akmal ni pun buat muka boring. Aku buat lah hal aku je.


“Jom Kira..”

“Ha.. habis dah?”
Maira mengangguk dan menghadiahkan senyuman manis buat Kira. Pelik je.

“Kau kenapa sengeh-sengeh ni?Seronok sangat ke?”

“ Cuba teka..”

“Ape?” Kira dah excited nak tahu.

“That guy.. yang kawan si Akmal tu.. itu lah kau punya TTN” Maira dah ketawa besar.

“Owh..what? Dia? Alah..aku tak perasan pun muka dia. Aku ingat itu budak yang kita jumpa hari tu. Ape ek namanya.. err Mahfuz tu..”


Maira dah tenyeh – tenyeh mata. Melampau betul Maira ni gelak. Sampai berair mata.

“Bukan. Mahfuz yang lain. Lawak
la korang nih. Dah banyak kali terserempak, tapi boleh tak perasan. Aku nih dah tak larat nak sengeh tengok riaksi korang berdua tadi tau.”

Huh..sekali lagi terlepas. Dia memandang jauh kehadapan. Kelibat mereka berdua sudah tidak kelihatan. Tidak mengapa wahai TTN. Nantikan waktunya. Aku memang nak sangat kenal kau.


Ini semua disebabkan idea yang tak berapa nak bernas yang dikeluarkan oleh Maira lah ni. lepas kejadian bau stokin masa meeting hari tu.

Suatu hari, masa aku dan Ina tengah tunggu nak masuk kelas. Boleh pulak sorang mamat tu tegur aku

“Ada kelas ke?”

Aku time tu dah lah buntu, yelah, sebab bakal ada test hari tu. Muka pun tension semacam. Aku tak ambik pusing sangat manusia yang bertegur sapa itu. Aku buat bodoh je. Nasib baik dia tegur sambil lalu je. Aku jungkit bahu pandang Ina.

“Entah. Tapi macam pernah nampak. Mungkin sebab satu fac kot.”

Sekali lagi aku jungkit bahu. Baca note aku lagi bagus.

“Kira!!!! Aku ingat dah...tu lah mamat yang stokin busuk hari tu.” Kira dah ternganga.

“Yeke?mak aih..macam mana dia boleh terfikir nak tegur aku?” Kini giliran Ina pulak jungkit bahu.


Bila aku cerita benda ni pada Maira, boleh pulak dia keluarkan formula kimia nya. Kimia ke biology ..entah..tak pasti pulak aku.

“Dia memang la kenal kau. Sebab dia kan duduk dekat bahagian hujung meja. Pandang depan. Memanglah nampak muka kau. Cuma kau je yang tak tengok muka dia.”

Kira mengiyakan sahaja.

“Then..kenape dia boleh ada hati nak tegur aku. Uih..tak tegur pun tak apa. Buat aku teringat aroma dulu jer..ueerrk..nak muntah bila teringat balik”

Serious rasa nak muntah.

“And..aku rasa, aku rasa lah kan. Entah-entah.. dia ingat kau coz dia ingat time tu stoking kau yang berbau..”

Maira masih memikir point yang ingin dikeluarkan. Manakala Kira pula sudah terkejut beruk.

“Eh..aku pulak yang busuk. Tolong sikit, stokin aku baru pakai masa tu ek.. wangi lagi”

“Yelah..entah ke, dia pun cakap macam tu jugak.. tapi ada bau jugak. Elok je kau cakap dia yang busuk and dia pulak tuduh kau yang berbau.”

“Apa kes pulak macam tu.. eh..sebelum dia masuk tak bau tau. Lepas dia masuk baru berbau. Takkan nak cakap aku pulak. Kau ada bau? Takkan? Ha..sebab aku yang terpaksa sedut bau tu dulu. Kalau aku punya, conferm kau pun berbau.”

Huh.. dia sungguh panas bila memikirkan yang kemungkinan besar lelaki itu beranggapan begitu.

“Sabar Kira. Itu pendapat aku je. Tapi kan.. kalu dia kenal muka kau, rugi lah kau..”

Kira mengerutkan dahi. Tak faham dengan kata- kata Maira.

“..yelah. dia aim kau yang bersalah, tapi dia kenal muka kau. And kau pulak, tak mau kenal muka dia coz kau tak mau teringat pasal tu sebab kau kesian kat dia.. nampak tak apa yang aku maksudkan?”

“Yup. Aku faham. Hampeh betul!”

Maira jungkit bahu. Itu semua terpulang pada Kira untuk menimbang keputusannya.

“Maira, lepas ni kalau terserempak dengan dia, kau tunjuk dekat aku ek. Biar aku pulak kenal dia. Malu wey kalau setiap kali dia nampak aku dia akan cakap ‘ni lah minah yang stokin berbau tu’.. owh...tidak!!!”


“hahaha.. lawak lah kau ni. ok- ok.. nanti kalau jumpa aku tunjuk. Herm.. entah ke korang ni memang ada connection”

“connection ape kebendanya Maira oi..?”

“nak tau?” Kira hanya diam tidak membalas. Maira dah sengeh-sengeh.

“connection ‘toes to nose’ hahaha..sedap la bunyi” Kira dah tarik muka.

“ ..ataupun dipendekkan jadi TTN.. kalau orang lain TTM teman tapi mesra. Korang TTN toes to nose... lawak..lawak”


Sejak dari hari itu. aku memang pasang hajat besar sangat nak kenal muka TTN tu.


=============


Akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Kami berkumpul di hadapan fakulti pukul 7.15 pagi. Dan bertolak ke Gunung Datok yang bertempat di Negeri Sembilan tepat pukul 7.30 pagi.
Akhirnya dapat juga aku ‘menatap’ wajah TTN. Nampaknya nama TTN memang sudah melekat untuk insan itu.


Malang tidak berbau, anak buah aku yang 2orang tu pulak buat pasal tak boleh join last-last minit.
Tinggallah aku terkontang-kanting untuk uruskan keselamatan dan kecemasan.

Disebabkan itu lah, Zahar dengan bangganya meletakkan TTN dibawah unit aku. Maka bergandingan bahulah kami akhirnya. Maira dan Ina sakan gelakkan aku. Geram je tengok muka diorang tu.



“Kau kenapa sengeh-sengeh?”

Geramnya rasa hati tengok mamat ni. Sudah lah si Maira dan Ina dah maju bertapak-tapak kehadapan tinggalkan aku kat belakang ni. Yang mamat ni asyik ikut aku je.
Tau lah ajk aku pun,tapi tak perlulah sampai nak berkepit dengan aku 24jam.

“Saja. Senyum itukan sedekah” Kira mencebik bibir.

“kau nak sedekah dekat sapa dalam hutan macam ni?”

“Pokok-pokok,unggas-unggas and especially dekat kau.” Fikri masih lagi tersenyum.

“Banyak pahala aku hari ni”

“Yelah tu. Eh..apasal kau tak join kawan-kawan kau hah? Pergi la.. bukan nya aku nak suruh kau buat kerja pun”

Kira mencapai ranting kayu yang dilihatnya sesuai untuk dia buat sebagai tongkat. Fikri hanya melihat perlakuan Kira itu

“Tak ape. Aku temankan kau. Kesian kau sorang-sorang. Lagi pun kawan-kawan kau dah bagi amanah dekat aku suruh aku jaga kau.

“What? Merepek.” Nak kena diorang nih.


“Kira!Jangan sentuh tu..”


palp!

“aduh..awww..sakitnya”

darah merah sudah kelihatan ditapak tangannya. Itulah gatal sangat pegang tu tarik ini, kan dah kena.

“ish... mana kau letak mata kau hah? Tak nampak ke batang tu ada duri? Suka hati je main tarik tarik”

‘ish..mamat nih yang nak membebel kat aku nih apa kes ’.

“kak Kira,kenapa nih?”

Kira hanya menggeleng sambil tersenyum perit. Malu pada juniornya itu.

“ Tak ape, abang Fik ada.. korang pergi bagitau orang depan suruh berhenti kejap”

Kira Cuma memandang Fikri. Junior nya tadi sudah bergerak kehadapan.


“meh sini tangan tu..”

dia terus mencapai tangan Kira. Selamber je pegang tangan anak dara orang. Dibuangnya duri yang masih tercucuk di tapak tangan comel itu.

Dibuka kotak first aid yang sememangnya ada padanya. Kira hanya memandang perlakuan lelaki itu. Rasa bersalah timbul kerana dia membenci lelaki itu gara-gara kejadian tempoh hari.

“Kira! kenapa nih? Macam mana boleh jadi macam ni?”
Maira dan Ina yang baru muncul mempamerkan riak risau mereka.

‘aih..tau pulak cari aku kat belakang nih’ bisik hati Kira.

“Tangan tak boleh duduk diam,macam ni la jadinya”

Maira dan Ina saling berpandangan. Aih.. sedap jugak mulut dia nih.

“Kau ok tak?” Maira semakin risau melihat Kira yang hanya membisu.

“Ok. Sikit je.”

“kenapa? Apa yang berlaku ni?” Mereka berempat saling berpandangan. Penasihat mereka sudah muncul.

“Tak ada apa Encik Hilmi, sikit je. Tercocok duri je.”

Kira cuba menerangkan keadaan dirinya agar tidak membimbangkan orang lain. Malu, ini semua berlaku kerana kecuaian dirinya.
Setelah memastikan keadaan Kira tidak serius, penasihatnya itu berlalu pergi.

“Dah siap. Sakit tak”
Fikri menutup kotak first aid. Kira menggerak-gerakkan tapak tangannya yang berbalut itu.

“Sikit-sikit. Thanks.” Kemudian dia memandang Maira dan Ina.

“Kalau korang nak jalan dulu pergilah. Tak pe, aku ok je”

Sebenarnya dia sedikit terasa dengan sikap kawan-kawannya itu. Sebelum bertolak, sakan mereka berjanji untuk bersama-sama.

“ Ok. Aku tau. Kau seronokkan berdua-duaan dengan Fikri..hehehe”

Mereka terus berlalu. Ee.. sempat lagi tu nak kenakan orang. Dah tu, memang betul-betul tinggalkan aku pulak tu. Aku acah je tadi.

“Kira, aku nak tanya sikit..” Kira sudah berdiri untuk meneruskan perjalanan.

“hhmm..ape?”

“TTN tu apa?” Terbeliak mata Kira mendengar soalan dari lelaki itu.

“hah? Mana kau dapat? Kenapa kau nak tau?” dia cuba ketawa menutup keresahan.

“adelah. Cakap lah ape benda..”

“err.. connection” perlahan dia menuturkan.

“connection ape?” ish..ni masalahnya nih.

“Cepat ler.. aku tengah tunggu ni”

“ toes to nose”

“maksudnya?” Fikri meminta penjelasan.

“Dah lah cakap pasal nih. Malas la nak ingat.”


Fikri menarik tangan Kira.

“Woi..sakit tau tak..”

“opss..sorry..sorry.. now tell me..apa maksud kau?” Kira mengeluh.

“Kau memang nak tau? Jangan menyesal nanti”



Fikri ketawa terbahak bahak mendengar cerita Kira itu.

“Tapi kan..bukan stokin aku lah yang berbau. Aku ingat kau punya.”

“please ok..aku punya wangi tau” Kira sudah meninggalkan Fikri.

“Kira! tunggu lah wey...” Kira buat-buat tak dengar.

“Aku nak sambung connection tu boleh?” Kira berhenti dan berpaling kebelakang.

“ Aku nak sambung jadi nose to heart...boleh?”

Fikri dah senyum-senyum sambil menghulurkan sehelai daun. Hek..daun pun boleh jadi ke? Kira hanya menyambut.

“Boleh kan?” Kira menghadiahkan senyuman buat Fikri.

“Tapi satu yang aku nak tegaskan. Bukan stokin aku ok..” Fikri kembali ketawa. Lawak betul.

“Ok..oklah..biarlah aku pikul. Kau assume je aku saje pakai stokin busuk sebab nak kau terkenang-kenangkan aku..ok tak?”

“gila la kau nih” akhirnya mereka berdua sama-sama ketawa.


Pelik je junior-junior mereka tengok. Ape kena dengan abang Taufik Fikri dan kak Syakira mereka tu. Tapi yang penting. Kenangan busuk sudah berbau wangi!




ok=) cerita ni diciplak atas keizinan dari blog cik lovelystargirl. Saje cuke-cuke. Ehe. Nak memenuhkan semak belukar di blog aku nih.

PEACE NO WAR =)

Sunday, July 11, 2010

Ditangkap bawa 70 mayat bayi




Tak mampu bayar untuk perkuburan,tanam je kat hutan?Kesiannya..Kenape perlu jadi macam ni?

Ok,untuk mengetahui dengan lebih lanjut,bacalah berita ringkas kat bawah ni. Berita ni aku ambik dekat harian metro.

LAGOS: Seorang lelaki yang ditahan bersama 70 mayat bayi, semalam memberitahu dia ditugaskan untuk mengebumikan semua mayat bayi terbabit tetapi tidak mempunyai cukup wang untuk melakukannya.

“Kami sedang melakukan siasatan ke atas lelaki terbabit bagi mengetahui dalang yang bertanggungjawab,” lapor jurucakap Polis Lagos, Frank Mba.


Lelaki itu ditahan ketika membawa bungkusan mengandungi mayat bayi berkenaan.


Suspek memberitahu dia ditugaskan Pusat Perubatan Universiti Lagos supaya membawa semua mayat bayi berkenaan untuk dikebumikan di kawasan perkuburan.


Katanya, berikutan tidak mampu membuat bayaran untuk pengebumian di kawasan perkuburan, dia bercadang mengebumikan semua mayat bayi itu di hutan.


“Saya bercadang mengebumikan semua mayat bayi ke hutan tetapi tidak bernasib baik apabila bertembung dengan polis,” katanya. Menurut Mba, beberapa kakitangan hospital berkenaan sudah disiasat. Seorang kakitangan kanan hospital memberitahu kejadian itu sudah mencemar nama baik hospital terbabit dan akan membuat siasatan lanjut mengenainya. - AFP


gambar2 tu hanya selingan. Actually,aku pun nak muntah tengok gambar yang penuh darah tu. EEee,kesian baby tu =(

Saturday, July 10, 2010

Wanita Sering Menangis Tanpa Sebab?



Benarkah si lelaki seringkali berfikiran 'WANITA SERING MENANGIS TANPA SEBABNYA?'Apakah pandangan anda? Air mata wanita amatlah berharga pada pandangan si pencintanya. Jadi,mengapa air mata itu menitis jua yang kebanyakannya adalah disebabkan seseorang yang dekat dihati.

MENGAPA?KENAPA?tidak bolehkah si lelaki memikir tentang mengapa air jernih itu mengalir?selain dari memberi jawapan "ahh..itu lah perempuan,sikit-sikit air mata!takde sebab pun nak nangis!'

kisah dibawah ini aku jumpa masa jalan2 kat blog orang. tapi aku dah edit sikit untuk ebih mendalami dan mefahaminya. =)


_--------------------------------------------------------_

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa ibu menangis?”

“Karana ibu seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya.

“Adik tak faham”, kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, “Dan adik tak akan pernah memahaminya”.

Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?”

“Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak lelaki kecil itu pun membesar menjadi seorang lelaki dewasa, tetap ingin mengetahui mengapa wanita sering menangis. Akhirnya dia bertanya kepada seorang tetamu ALLAH dirumahNYA


“ mengapa wanita begitu mudah menangis?”


Tetamu itu menjawab “ALLAH berkata, ketika Aku menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan “


“Aku memberikannya KEKUATAN dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak- anaknya “


“Aku memberinya KEKERASAN untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain mengalah, dan menjaga keluarganya dengan penderitaan dan keletihan tanpa mengeluh “


“Aku memberinya KEPEKAAN untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “


“Aku memberinya KEPERKASAAN untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya “


“Aku memberinya KEBIJAKSANAAN untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan KETETAPAN hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”


“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa yang dia perlukan.”


Lalu tetamu itu menambah lagi “Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang di tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya.”


“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana MATALAH PINTU HATINYA – tempat dimana cinta itu ada.

Thursday, July 8, 2010

RAMLI AWANG MURSHID =)

Saje je nak letak entry ni. Pagi tadi aku tengok novelis yang aku minat ni kat SPM(selamat pagi malaysia!).

Kalau tak salah aku lah,dia dapat anugerah ape entah (aku tak dengar sangat tadi..hehehe). Novel-novel tulisan beliau memang lain dari novel lain. memang thriller habislah.

Contohnya,RAHSIA PERINDU, baca novel tu aku rase dengan aku-aku tak betul. bukan ape,sebab semua orang aku teka dialah pembunuh. bila keluar watak lain,watak tu pun aku rase dia yang pembunuhnya. alih-alih,yang tak disangka-sangka itu yang berlaku. Lagipun,penulis sendiri pun cakap dia pun macam ade gangguan jugak masa nak hasilkan novel tu. tapi katanya,itu mainan minda kita je.

Tapi,apa-apa pun..buku-buku RAMLI AWANG MURSHID memang bestla. cuma aku je tak berkesempatan nak baca yang lain tu,lagipun..yang lain tu,aku tengok cover dia macam takut jer..hehehe.



ni saje nak eksen novel-novel dia yang aku dah baca. hehehe.


PEI PAN ni,aku dah baca mase aku skol rendah lagi. Aku tak sangka pulak ni novel biase,yelah..sebab aku jumpe novel tu dalam lbry skol,ingtkan ilmiah punya. Apa-apa pun,best! tetap penuh debar,pasal kes pembunuhan jugak rasenya.=) saya galakkan anda membacanya. =)



BEST! takde perkataan lain dah..hahaha. Sangat suka ini RAHSIA PERINDU!




BAGAIKAN PUTERI ini lagi lah best!!!!!! 100x best nih. hahaha. Dalam episod Laksamana Sunan ni..novel ni je aku tak beli. tapi,akan ku beli jugak untuk lengkapkan koleksi aku=) Sukalah SUNAN


CINTA SANG RATU.
Suka SUNAN dengan SANG RATU. sweet=) tapi paling suka,sunanlah..hahaha


HIJAB SANG PENCINTA ni aku baru habiskan. dah beli cinta sufi baru aku habiskan yang ni. sebab adik aku kata SUNAN MATI. aku jadi takde mood nak baca.hehehe. tapi,disebabkan aku tau ade sambungannya n aku dah beli pun,aku pulun cepat-cepat nak habiskan


CINTA SUFI ni,aku tengah baca. baru sampai part bangsa polip tu.=)

Ape ye??

ok.

Mood petang-petang nih,tatau nak buat apa.
hmm..nak sambung ceritera aku,malas. dah lama tak sambung,ramai dah peminat tunggu..acececey..hakhakhak.

Cuti ku dah nak habis..Huwaaaaaa..

eleh,tapi aku macam dah tak sabar-sabar nak balik kolej ni. tak sabar sangat dah rasanya nak sambung belajar. (boley caye ke?)

ok. dah=)

Wednesday, July 7, 2010

Kek Cokelat =)


weeee..inilah hasil kerjaku setelah hampir 2bulan bercuti. Ceh,macam lah hebat sangat kan?hahaha. Ok. Actually,ini percubaan aku yang ke berape ek??2 kot..hahaah.

Mesti pelik kan?kenape lah kek aku nih sebellah je. Hahahah. YELAH..aku nih baru belajar macam mana nak buat kek cokelat ni. Aku suka makan,tapi tatau camne nak buat jadi sedap. dapat resipi baru...aku try la.

tapi,macam biase lah..aku akan dibuli oleh bro-bro aku yang ala-ala chef tu..huh. ini pun tinggal setengah sebab diorang cakap tak sedap cokelat topping yang aku buat tu. hohohoh. memang pun. tapi correction sikit,sedap cumerrrrr cair. hahahah. dah macam makanan berkuah pulak

Aku pun pelik,dah dua kali buat dalam mase 3hari..tapi cokelat tu tetap macam xjadi. hekhekhek.

itu pasallah untuk kali kedua nih,setengah je aku taruk cokelat nye. y setengah lagi tu,cokelat aku xmasak lagi dah habis. konon kek aku buat tak sedap...tapi sekejap je dah habis. kuikuikui.

dah lah..setakat ni saje yer cerita kek cokelat aku nih. sape nak wat tempahan boleh hubungi aku.

Friday, June 4, 2010

Jual Beli Waktu Magrib,SAMAN!

salam..

dikeheningan petang jumaat yang damai ini (cewaah..cewaah..ayat ku)..saje..dah lama rasenya tak letak entry baru. Aku malu nak mengakuinya...tapi aku mengaku la jugak...Saya Malas...huwaa



oklah..topik kita hari ini..aku dan suasana baruku. yep..saya baru pindah rumah (negeri sekali) bukan kena buang negeri tau!hehe. konon je barukan. act my family bulan 12 lagi dah duduk sini,cuma aku je baru balik =) 1sem tau tak balik,pecah rekod hidup aku.


best la jugak rumah baru tu. yelah rumah aku sekarang atas tanah dah..heee ok. now nak cerita pasal life aku kat sini. actually takdelah totally life aku kat sini. just something yang aku tertarik pasal tempat ni.


refer to the tittle above..hehehe..yup. kalau melakukan jual beli pada waktu magrib akan didenda atau ditangkap(blom lagi kot =))


alkisahnya bermula bila aku and my parents balik dari rumah atuk (takdelah jauh sangat dari rumah aku tu). sampai pekan dah dekat-dekat magrib. ok! hari tu hari jumaat,dimana,dekat pekan aku tu ada pasar malam. So, disebabkan baru balik dan ada pasar malam,ingatkan hati nak beli je makanan untuk dinner..so tak payah masak.


Elok je time aku jalan2 menghampiri gerai-gerai kat situ..azan magrib,so kelam kabut la aku nak beli makanan. sebab ayah aku dah pesan "cepat sikit,jangan lama-lama,dah nak magrib ni..." bila aku sampai je gerai yang terpilih,pelik jugak...tengok para penjual duduk-duduk bersantai (tak macam orang nak berniaga). bila aku cakap "kak...nak apom balik nih 4 ringgit" sekali akak tu senyum je. aku pelik dah. kot lah ada yang tak kena. aku pandang kiri pandang kanan...perhhggg...sekali ada abang polis dah..lengkap berpakaian,tengah jeling-jeling kat gerai tu.


lepas tu akak tu bisik dekat aku "dik,sekarang tak boleh jual..tunggu lepas waktu magrib yer. nanti kena saman"
perghh..terkesima aku. malu pun ada. yang aku pun same. cari pasal..ape lagi..aku balik jelah.


so..nak ceritanya kat sini. ada jugak undang-undang dekat certain2 negeri yang macam tu. tapi itu bergantung pada individu tu la nak ikut ke tidak. mungkin pada pihak pentadbir dah lepas sebab diorang dah buat undang-undang macam tu. yelah,sembahyang dulu,baru buat urusan2 kita. so,individu2 yang terbabit la pula yang kena pandai2 pilih..sama ada nak SOLAT dulu atau TERUSKAN URUSAN duniawi nya itu.


walaupun aku tak suka bila pindah sini..yelah..tempat lain,dulu aku membesar kat perak...dari kecik2 sampai dah besar..alih2 kena pindah sini..sape tak sedih kan. makanannya (bukan jiwa aku),suasananya (tak boleh masuk lagi)...tapi sikit sebanyak aku boleh terima keadaan yang aku rasakan menyenangkan. aku tak habis-habis cakap dekat mak aku "bagusnya ma siap ada undang-undang macam ni..." maka baru lah kitorang satu family tau bahawasanya ada undang2 sebegitu kat sini. yelah family aku pun tak penah keluar time2 camtu..selalu nak pergi pasar malam pun mesti pukul 8 lebih..best sikit jalan..hahaha.


tapi yang peliknya...time-time magrib la ramai orang keluar nak pergi pasar malam nih kan? dah solat ke?macam mana kalo keluar nak pergi pasar malam tak solat lagi,lepas tu kemalangan, MATI? ape cer?
hmmm...pandai2 lah pikir..renung-renungkan dan selamat beramal. =)

oklah..sampai sini saje celoteh aku hari ni. salam untuk semua =)

p/s: negeri mane ek? hahahah...rahsia..kahkahkah =)

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails