Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Thursday, October 29, 2015

Koh Samui Trip : Bajet dan Tips

Tiket flight
KLia2 - Koh samui. (Klia2- surat thani airport - Donsak pier - koh samui)
-dari airport ke donsak pier naik bas 1jam 30min. Donsak ke koh samui naik Ferry 1jam....semua ni dah masuk skali dalam pakej tiket flight(sebab tempah terus ke koh samui) 



keluar je departure hall kat suratthani ni terus gi kaunter yang tulis airasia transiti@)&; tunjuk je itenary from Airasia tu then dia bagi tiket and sticker pastu boleh gi naik bas kat luar.





Dari jettey koh samui ke hotel pulak, since kita stay kat hotel Pinnacle Resort and spa,kena naik van dalam 30minit (200bhat/person)


-nanti diorang akan bagi sticker camni.so lekat laa kat mane-mane yang mudah nampak.yang atas dari airport ke jetty.yang sticker bawah dari jetty ke hotel(area meanam beach)-


Dalam bas yang kat airport ni jugak laa akak konductor bas ni promote ktrg pakej2..kat flyers memang nampak mahal(refer flyer).







tapi dia kata dia bagi kitorang 1400bath je including semua(including admin fee) tapi kitaorang mintak discount kecoh2 gelak2 dapat till 1300bhat /person..ok laa. Oh yaa,transportation yang dari jetty ke hotel juga akak ni jugak yang promote..so kitorang on je sebab kitorang memang nak redah je..tak de plak prepare ape-ape plan.so bila dia promote kitorang setuju je laa.

Nak pecah kan duit gi beli air mineral dulu kat dalam airport. 1 botol air mineral 600ml bersamaan 15bath (Rm1.70 kot ikot rate yang kitorang tukar haritu 100bhat~Rm11.98, so aritu aku tukar RM503.20 dapat laaa 4200bhat)


Tuesday, April 14, 2015

Resepi : Laksa Penang

Salam to all,

Motif entry arini nak letak resepi je,kesian adik aku kat johor yang tengah ngidam nak makan laksa yang macam aku buat,tapi apekan daya...tangan tak sampai *sob*sob :( katanya da banyak tempat dia makan,tapi still xmenepati cita rasa..sian baby kat dalam..so..ini je cara aku boleh buat..huhu

So Iqa..ni dia..simple je..good luck :)



BAHAN-BAHAN  :

Untuk kuah nya (ini bajet 5-6 orang makan,1 kg ikan), kita perlukan :

1) Ikan Selayang (atau dikenali sbgai ikan sardin) -1kg
2)Cili kering (disebabkan aku terlebih rajin,aku guna cili giling babas ni je..dalam 3-4 sudu besar.ikot cita rasa nak pedas letak la banyak)
3)bawang besar 1 biji
4)bawang merah 4 biji
5)bawang putih 1 ulas (aku pun xsure funtion bawang putih ni ape,mak aku ckp xpayah letak..tapi aku taram je..setiap kali bawak gi opis memang orang opis menggila laa..dari lumut sampai laa ke johor..meletopp..haha)
6)belacan sket (dalam 1cm) tapi selalunya aku tak letak..sebab kat opis ramai orang yang kena jaga sensitiviti diorang..hahaha..ramai yang tak makan belacan..so..suka hati..tak nak letak xpe...nak letak lagi sedappp.
7)asam keping
8)bunga kantan & daun kesum
9)dan of cosss laksa (ataupun aku suka gune kueh tiew kecik)


Ikan Selayang (atau dikenali sbgai ikan sardin)



Cili kering/cili giling




bawang besar, bawang merah & bawang putih





asam keping




daun kesum & bunga kantan



laksa





CARA-CARA NYA :

1)Siang ikan tu,pastu rebus letak garam dgn asam keping sikit
2)dah siap rebus,perisikan ikan tu - tulang jangan dibuang yaaa
3)blend kan semua jenis bawang + cili kering/cili giling tadi
4)masakkan bahan-bahan yang di blend tadi
5)make sure bahan ni dimasak sampai diyakini cili dan bawang tu betul2 masak..baru lah tak sakit perut makan esok luse..haha..sampai kering pun tak pe..
6)masukkan isi ikan yang telah diblend
7)masukkan air tulang ikan yang telah diblend
8)masukkan daun kesum,bunga kantan dan asam keping
9)masukkan garam dan ajinomoto (penambah perasa korang..terpulang..tapi selalunya ajinomoto la.hihi)
10)biarkan kuah tu mengelegak dan membuak-buak
11)akhir skali dah puas ati tengok dia menggelegak,boleh laa tutup api
12)buh la laksa dan hiasan-hiasannya...dan...tarraaaaaa..ready untuk dimakan.


ikan yang ready untuk direbus





isi ikan yang akan di blend





tulang yang akan di blend jugak nanti



hasil blend semua jenis bawang dan cili tadi-ditumis (tumis letak minyak rasenya,tapi ni tak payah letak minyak ok) masa masak bawang dgn cili ni pun korang dah boleh bau macam laksa tau..ingat lagi housemate aku masa kat lumut dulu..siap tanya aku ape aku letak dalam ni..sebab dah bau laksa..bila aku cakap bawang,cili dengan belacan je tak caye..haha




bila dah sure cili dan bawang tu masak..boleh campurkan isi ikan yang dah diblend.aku punya sampai kering dah cili+bawang tu..xkesah,cuma jangan sampa hangit sudah




air hasil tulang ikan yang diblend..kalau air rebusan ikan ada lagi..boleh masukkan jugak. bleh tengok,kalau agak2 pekat sangat tambah la air sket..kalau suka pekat..then ok la..






dah masukkan semua air-air tadi...boleh masukkan daun kesum,bunga kantan,asam keping,garam dan ajinomoto. biarkan dia membuak-buak dalam tu




sekarang dah boleh tutup api




Ready untuk dimakan..hiasan dia macam biasa..kalau aku just letak timun,salad, hirisan bawang besar,cili padi dan fucuk goreng





 
Aku pulak terliur sekarang tengok gambar ni...adehhh...hantu laksa kannn..sebab tu time aku duk ngan housemate aku memang aku selalu buat.dah buat ade banyak kan..bawak gi opis laaa..kenduri kat opis..ramai pulakk yang puji kan..hahaha..yang penting dapat makan laksa buat sendiri...sedapppp..kalau kat umah mak aku..memang aku tak buat laa..balik cuti,sampai umah je memang dah ready laksa..my mum memang tau peberet anak dia..haha..seperiuk kuah laksa tu tahan laa 2hari aku balun..orang lain setakat makan sekali cukup dah..kalau aku selagi kuah ade,tak basi memang aku ulang makannn makannn dan makannn lagi..tak makan benda lain dah..hehe

ok dah panjang sangat ni..cukup disini saje.


Good luck kepada yang ingin mencuba


14042015
Main Library,University Malaya


Wednesday, September 10, 2014

Sayang rindu benci

Disaat hati ini yakin,
Yakin akan keputusannya.
Disaat itu aku dibuang,
Tanpa kau berpaling melihatku.

Disaat hati ini yakin,
Yakin hadirnya sayang.
Disaat itu aku dipersalahkan,
Tanpa kau pedulikan perasaanku.

Disaat hati ini yakin,
Yakin akan perasaan rindu.
Disaaat itu ku kau tinggalkan,
Tanpa melihat hati ku yang berderai.

Namun...



Disaat aku cuba bangkit,
Engkau kembali.
Kembali menyesali keadaan,
Adakah semurah itu harganya?
Harga sebuah kasih dan sayang yang ku semai.

Disebabkan dirimu sayang,
Aku kembali celik.
Celik dengan keadaan sebenar.
Aku telah lama tinggalkan aku.
Aku yang dulu,
Aku yang mampu berdiri teguh
Tanpa berpaut hatta sebatang ranting.

Luka yang kau hiris di hati ini
Sudah punya beberapa kesan.
Adakah mampu lagi hati ini menanggung,
Andai peluang kesekian kali kau hancurkan.
Mampukan hati yang kecil ini menanggung deritanya lagi.

Jujur aku katakan,
Hati ini sudah hilang rasa.
Rindu sayang akan ku buang sedikit demi sedikit.
Walaupun ianya sukar.
Akan ku cuba,
Demi kebahagian sendiri.

Seperti katamu,
Bahagiakan diri sendiri,
Kemudian yang lain.

Monday, November 4, 2013

Chance and choice

Nothing to do. Esok 1rumah mau berkelah ke Lata Kekabu except aku..aha!aku memang selalu sengal.Malas kot nak jalan jauh (almost 2 and 1/2 hours if konvoi ~kot) from Manjung la.

Malam tahun baru~
Azam sudah hampir setengah bulan aku tanamkan ",
Akan aku sematkan dan patri dalam otak dan jiwa agar hati tak mudah putus asa mengotakan janji pada diri sendiri itu..aha!

Malam ni, instead of ingat benda yang boleh mematahkan semangat untuk kejar azam aku, aku duk dalam bilik diam diam dengar lagu sambil reading2 sikit plus main game~ dah macam aku masa zaman belajar dulu laaaa..haha..free from masalah selain belajar ",

(Haip...jangan kata aku xbaik..dah ngaji tadi ok..ehe )


Nice quote,

Take the chance while you still have the choice

Thursday, October 31, 2013

I know 'Where' to go :)

Bersangka baiklah denganNya Yang Maha Pengasih. Dia belum izinkan untuk kita berada dalam ikatan yang suci bersama pasangan yang kita nikahi kerana Dia ingin kita bercinta denganNya secara eksklusif tanpa gangguan daripada sesiapa.


        Gambar sekadar hiasan


Bersabarlah. Kerana Allah tidak pernah beri sesuatu yang bukan pada tempatnya. Sampai saatnya nanti kita juga pasti mampu tersenyum bersama memandang bulan dan bintang bersama si dia yang halal.

Nikmati indahnya sabar bila insan yang kau impi belum hadir.Realistik dengan kehidupan,luaskan link


(Words from akuislam.com and Ust.Fatimah Syarha)

Wednesday, October 2, 2013

Aku perlu tenang :)

Bila kelua makan malam,sembang-sembang dengan colleague lupe kejap segala kesedihan, lupa kejap segala masalah. Kesunyian memang tak langsun g la.

Sebelum kelua tadi chatting dengan one of my besties from matrix. Hahaha..sembang pasal jodoh??haha..ayat paling best 'tak sangka nowh,kita ni dah tua...bincang soal kawen'. Well..sebelum ni during matrix kan semua pasal study...masuk universiti lain-lain..so takdelah nak sembang3 buat pillow talk. Sekarang masing3 dah kerja..hahaha..for sure la topic hangat sekarang bab-bab jodoh..haha


----- --------------- ayat2 ni aku taip semalam.tapi tertido xsempat nak habiskan-----------------------



Colleage aku yang sengal tu..hayyo..jujurnya dia ni chinese guy,memang close la kan..umo berapa dah ek 30plus2 kot nama pun da senior site engineer.tapi bujang lagi.so memang gila gila punya orang la. 

Kelua makan dengan dia je,skali tengah makan tiba2 muncul lagi 2 orang..dia punya geng..ofismate aku jugak la.chinese guy jugak tapi jauh sikit berusia dan dah kawen,but still gila2.

Nak dijadikan cerita diorang ni dah berpakat sebenarnya untuk korek rahsia aku.aku pun taktau aku ada rahsiia.pointnya diorang cakap kenapa aku nampak sedih lately ni.

Lawak punya lawak..diorang dapat la buat conclusion sendiri..aku sunyi dan sedih sebab xde calon nak kawen....hahahaha..rase nak guling2 kat situ jugak.

Hari ni pagi2 dah call aku ajak breakfast.aku on. Skali dalam kereta.
'Ini pagi i bagi u breakfast sama2 itu calon pertama' -- time tu aku dah terbeliak biji mata. Calon pertama?terus tringat sapa yang dia mention tadi join breakfast ni. Bila tringat opismate aku ..site engineer yang slalu sgt dah aku buat lawak dgn dia since ktrg sama2 masuk terus aku jerit ala2 drama nak terjun dari kereta.

Adeehhh....bagus punya plan diorang nih. Ini baru 1st calon.penat layan giler diorang but at least lupe sket masalah hidup kan..hahaha


Sunday, September 29, 2013

No title



Kadang hati kata 'tak lah..he's not the one im waiting'
Kadang hati kata 'kenapa dengan perasaan aku nih..is he the one..?'

Tacing lebih2 bila something happend yang berkait dengan dia.tak kesah lah effect nya pada dia atau pada aku..tetap perasaan sedih or kurang senang muncul. Tapi..aku ni kan pelakon handalan...huh!

The way he act buat aku kadang kadang baran. Dalam hati 'kau ni tak payah nak buat hati aku confius lagi..cukup2 la dengan banyak benda yang kau dah buat.layanan kau.kata-kata kau.pemberian kau.aku taknak lembut kan hati aku.tau tak hati aku nih keras..please la jangan layan aku terlalu baik.aku sayang lagi kekerasan hati aku ni.'

Marah tu yesss sangat.aku marah.aku tak suka.bila orang sekeliling menyokong..jauh dalam hati aku memang aku tak suka walaupun muka aku nampak cool je,layan je diorang.tapi aku tak suka okek!

Aku penat bergolak dengan perasaan sendiri.mana sebenarnya hala tuju hati aku ni pun aku tak tahu.aku dalam kegelapan lagi...

Monday, August 26, 2013

'Hangat dingin mu mengundang rindu kecewa

'Hangat dingin mu mengundang rindu kecewa'


           Gambar sekadar hiasan


Aku ni ada masalah jiwa barangkali..perangai pelik2 . Yang depan mata tak nampak,duk sebuk intai yang disebalik gunung nun..sedangkan yang disebalik gunung tu entah sedar entah tidak kita yang kat sini.kita?aku lah! Tapi...tulah aku..sangat kena atas dahi dengan ayat ni...


'She seeks a man, but not the one who constantly chases her. The best way to woo her is to throw subtle hints, be a little detached and keep her wondering. Give her the impression that you can resist her charms and she will come rushing to you, to prove that she's desirable. Aries women will never have to yearn for male attention.'


Yang 'depan mata' aku rasa serabutt je bila tak habis2 'tanya khabar' yang aku tunggu pulak..tak muncul3..kena sangatlah 'hangat dingin mu mengundang rindu kecewa'..

Walaupun sebenarnya its viceversa.Tapi itu lah rialiti.

Walaupun banyak sangat perbezaan,tapi yang ditunggu tulah selesa.masakkan@&$...paling aku tak suka dan xleh telan langsung,bukan stakat telan bau pun aku buat2 tahan je. Tapi dia?faberet ok~

Tengah2 malam nak tulis benda macam ni namanya tak betul!insane!paboya!gila!its me now..

Sejak bila entah perasaan aku jadi gila macam ni.walaupon penat dah pesan dan ingatkan diri sendiri agar sedar.im insane now.fullstop.

Tuesday, August 20, 2013

Hanya aku



Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

*Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat *

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku

Saturday, August 17, 2013

Happy?

Hati semakin parah,
Dengan segala rasa bercampur.
Sudah ingin mengalah dirasakan,
Namun tegar kah aku?




Penat fikir masalah hati yang aku sendiri tak mahu selesaikan.takut sebenarnya. Ditambah pula dengan masalah dari family, mudah benar aku menangis kebelakangan ini. Mudah juga aku terguris dan terasa. 

Bila nak setle semua ni?? Tak tahu jalan mana yang aku perlu ambil...takut tersalah laluan,aku akan kehilangan semuanya...kalo terjadi,mampu ke aku nak hadapi situasi itu.

Feeling depressed :(

~Lumut 15082013
7.24PM

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails