Layout

Aku bukan suka berangan.Aku cuma ada angan-angan.Untuk cuba terbang ke bulan..haha =)

Friday, October 29, 2010

Reality kah ini


Kadang diri terasa terlalu asing. Asing dalam reality sendiri. Entahlah. Seringkali perasaan kalah dek jiwa yang tidak tenang ini. what should i do?


Kadang terasa ingin lari dari reality. Aku lebih suka diruang ini. Ruangan maya ini. Disini seakan aku sendirian. Walaupun pada dasarnya,masih ada lagi insan-insan yang sedia meluangkan masa menziarah ruang lingkup ini. Memberi pandangan serta nasihat. Aku terlalu hargainya.


Di ruang maya ini aku terasa sedikit kebebasan. Terasa seperti tidak punya masalah. Sehingga aku seakan tidak mahu 'pulang'. Walaupun masalah atau urusan itu sedang menanti ku dengan sabar di ruang reality. Aku sentiasa berharap aku menjadi seorang yang TABAH. Tabah untuk menghadapi dugaan reality yang mendatang.


Aku sedar diri ini bukan seorang yang BAIK. Bukan seorang yang SEMPURNA. Bukan juga seorang yang TABAH. Tetapi,aku masih mencuba untuk menggenggam itu.


'Its the ocean of dunya'


Aku cuba untuk menebak maksud disebaliknya. Maksud yang sesuai buat diri ini. Benar katanya. 'there are time the tides are huge, and there are time the ocean peaceful'. And i know that..the fact.


Aku mahu berdiri sendiri. Tidak mahu berpegang pada mana-mana atau siapa-siapa. Itu yang aku fikir. Kerna diri terasa malu untuk menghulurkan tangan. Namun,mampukah dilaksanakan secara reality? Aku bukan ingin menjadi seorang SOMBONG. Aku cuma ingin menjadi seorang BERDIKARI.


Aku mahu terus berdiri. Dan juga ketenangan itu. Aku suka alam ini. Alam yang mendengar kata hatiku. Aku bukan aku yang dikau lihat dengan mata. Aku punya sifat sendiri. Tidak semua perkara boleh diketahui dengan hanya pandangan kasar. Jangan dihakimi sesuatu itu melalui mata kasar. Selamilah ia dengan mata hati. Nescaya kau akan nampak apa yang ' tersimpan ' itu.



Mampukah aku menjadi seperti itu?Seorang yang BAIK,SEMPURNA,TABAH serta BERDIKARI? Indah kah jika menyelam di air yang tenang? Mungkin tidak seindah kedamaian yang diperoleh =)




pic taken from : web

Wednesday, October 27, 2010

homeSICK N foodSICK + headache =(

Kepala terasa semakin memberat berbanding petang tadi. Tekak juga semakin perit. Mungkinkah kerana aku terlalu banyak bercakap hari ini?rasanya sama je seperti hari-hari sebelum ini. Aghh..jangan lagi diri ini mendapat dugaan kesihatan buat waktu ini. Dikala ini,aku amat-amat memerlukan keadaan fizikal yang kuat dan tabah. Banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan sebelum berakhirnya minggu ini.

Macam-macam yang aku rasa sekarang. Yang paling penting HOMESICK dan jugak FOODSICK. Aku dah taktau nak makan apa,selera makan yang sedia ada kurang ini semakin berkurang. Perasaan ingin pulang semakin kuat. Ya,aku bukan belajar diseberang lautan. Aku masih lagi di tanah air sendiri.

Namun jarak kini telah jauh memisahkan aku dan keluarga. Bukan seperti dulu. Bila rindu bertandang pada kasih abah dan sayang mama, cepat saja hati membuat keputusan untuk mengemas barang. Kini,banyak yang perlu difikirkan. Jauh perjalanan itu yang membuatkan aku berfikir lebih dari sekali.

Suara mama ditalian malam tadi buat hatiku sejuk kembali. Ingin saja aku mengadu segala keluh kesah aku disini,namun disabarkan hati. Itu semua tidak perlu. Benar tiada rahsia antara kami,tapi aku hanya tidak mahu wujudnya risau dihati itu. sakit dikepala sedikit reda mendengar pesanan mama.

Sakit. Sakit teramat sehingga aku tertidur dikala azan magrib berkumandang. Tak mampu untuk aku menahan kesakitan. Sehingga aku terfikir, jika islam itu tidak menjatuhkan hukum berdosa kerana mencederakan diri,mahu sahaja kepala ini dihantukkan kedinding atau tiang besi. Mungkin juga mampu menghilangkan rasa sakit yang aku rasa.

Jika diikutkan hati dan perasaan,mahu saja aku berangkat pulang memeluk erat mama dan abah. Ya,jika aku mengikut hati dan perasaan,mahu saja aku tinggalkan segala perancangan awal itu. biarkan mereka disitu. Habis saja tanggungjawabku sebagai pelajar,aku lepaskan yang lain. Aku mahu sebegitu. Tapi.. aku sedar,itu juga merupakan tanggungjwab yang telah aku sanggupkan.

Sungguh,dikala hati tidak tenteram,kesihatan pula bukan 100peratus ok dan urusan lain yang masih banyak menanti menyebabkan aku mudah untuk menyerah. Menyerah pada masa. Jangan tersalah faham maksudku ini. Pada aku,apa yang aku rasa sekarang ‘biarlah masa yang menentukannya..’

Dan diwaktu-waktu kritikal beginilah masalah-masalah sampingan ingin dielak jauh-jauh. Owh,malangnya..satu lagi masalah muncul malam tadi. Kenapa perlu ada undang-undang yang aku rasa ‘bodoh’? para pengampu sememangnya tersenyum dibalik tabir. Benarkah begitu?hurmmm. Malas mau fikir jauh,kerna diri ini sudah terlalu letih. Apa yang dibaca untuk bekalan menjawab soalan esok juga sudah hilang kemana. Setelah disoal siasat ‘kaw-kaw’ macam pelaku jenayah berat.

Ahh..bawak iron pun salah,habis?nak suruh aku beratur guna iron share-share macam zaman asrama dulu-dulu ke?grrrr..geram-geram. Dah la iron yang disediakan tu hitam,mau hangus semua baju-baju aku..hoh!

Tuesday, October 26, 2010

Tetapkan Hatimu ~

Hati terasa lega. Usaha yang sekian lama sudah berada dipenghujungnya. Bahagia mendapat ulasan positif dari lecturer. Bahagia juga melihat tumpuan audience ketika kami bemberi ‘penyampaian’ itu. Percayalah,semua audience mendegar dengan asyikkk sekali setiap patah yang keluar dari mulut kami especially ayat-ayat dari mulut aku yang sangat menyentuh sukma..aha!



Pi blah dengan perasan itu. Ok stop,saya mau ceria-ceria ini hari. Hmmm.. Anda pernah rasa marah?marah yang tidak terhingga? Kalau aku,jarang dapat marah tidak terhingga ni. Maksud tidak terhingga ni,kalau aku lah...rasa sangat marah,sampai rasa panas badan,menggeletar dan akhirnya air mata dengan sendirinya tumpah.Sumpah,bukan aku saja-saja nak buat drama air mata.

Mesti orang akan salah faham. ‘kau sedih ke?’ padahal,rialitinya kita tengah marah berapi. Cuma bezanya,saya talak tau mau marah macam mana. Kena marah air mata keluar sebab sedih. Marah orang pun air mata TERkeluar jugak,adeyhhh..dimana hilangnya kekerasan itu?

Owh wanita,jangan terlalu lemah.Grrrr

Tapi,better macam tu kot. Dari marah berapi sampai bagi efek pada orang lain. Baiklah marah berapi itu hanya aku yang tanggung. Walaupun sepatutnya aku marah balik orang tu kan. Sebab memanglah salah orang tu. Tapi,aku ni berhati lembutttt..hahaha,marah orang,sendiri yang terima. Faham? =)

Sama je efeknye. Kalau hambur balik orang tu dengan kemarahan kita,confirm letih kan?yelah..duk cakap-cakap,takkan nak naik kaki tangan kot..padalah,aku nih pompuan. Bettter lah macam cara aku tu kan. Tapi,cara ini tidak digalakkan..hanya orang-orang yang sabar je boleh aplikasikan benda ni yer =)

Mau istirehat seketika. Kepedihan malam tadi masih terasa. Hati terasa tawar untuk meneruskannya sehingga tamat. Tapi,tanggungjawab masih diatas bahu ini. Marah macam mana sekali pun,aku tetap perlu teruskan memikulnya. Biarlah,aku yakin aku kuat,aku sangat-sangat perlukan sokongan kawan-kawan. Disaat aku sudah tawar hati,mereka pula yang berubah fikiran untuk kembali menyokong. Ini yang membuatkan aku mendapat kembali rasa itu.



Lambatnya dirasakan hari jumaat itu.huh..


Jadi,tolonglah ceria wahai cik Myralove (takde orang nak cakapkan..cakap sendirilah kan..haha)


Monday, October 25, 2010

I wait for A KNIGHT



In this world full of hurt and pain,

I need someone who would help me through the rain.

To comfort me when I'm sad,

Doing everything just to make me glad.


In this world I need a Brave Knight,

Who would never give up any fight.

A knight who would dry away my tears,

Telling me to overcome my fears.


A knight who loves me for who I am inside,

With him there's nothing more I need to hide.

A person who will still be standing strong,

Eventhough everything has gone wrong.


I need someone who is willing to give me more,

Someone I can call my Knight In Shining Armor.






Aku suka baca poem,sajak dan seusia dengannya,walaupun benda tu sama je sebenarnye.
For me,poem or sajak tu dapat describe something tanpa olahan atau celoteh yang panjang. Hanya beberapa perenggan yang punya beberapa ayat sudah mampu untuk ditafsir apa maksud disebaliknya.

Paling best english version. Entahlah,kalau sesiapa yang selalu layan mesti boleh faham perbezaan english version dengan malay version. Especially kalau yang menjiwa punya kan.

Walaupun dalam blog ni banyaknye malay version yang tah hapa-hapa kan. hahaha..aku memang suka begitu. Lantaklah,lagi pun blog aku,so hak aku untuk menempekkan apa-apa yang aku rasa suka kat sini.

Kalau nak gelak..silakan,bukan aku dengar pun kan =) Lagipun,rilex la,aku bukannya ambik pengkhususan bersajak pun.Jadi, jangan heranlah kalau hasilnya amaaaat memuaskan yer..hehe.

Aku ni kalau menaip susah sikit nak berhenti,kalau cakap?errr..susah sikit kot. (PR excluded k..kalau tetiba aku senyap dengan korang,itu tandanya aku terkena split personality tu). Kalau yang baru kenal or first time nampak aku,mesti punya cakap aku sombong.Kenapa?sebab,mak cakap..jangan cakap dengan orang yang tak dikenali..hahaha. ok,aku bohong je.

Entahlah,kalau nak sembang banyak-banyak dengan aku,kena kenal aku dulu yer ;)
Poem kat atas tu best la..kot. Oppsss..itu bukan aku punya,itu aku ambik kat sini. Koleksi 'karya' aku ada..tapi kang,buat malu jer kalau aku publish kat sini. Jatuh pulak air mata aku kang..hahaha.

Sudahlah yang malay version pun tah hapa-hapa,bagi yang english version,lagilah orang tak faham kot..hahahaha. Haritu time pilih-pilih nak beli buku apa,aku dah grab 1 buku dari shakespeare, koleksi poem dia. hahaha..aku tau korang nak kata aku kuno,takpe..tak payah cakap..aku dah biasa dengar itu semua.

Dulu,Aku layan lagu kristal pun kawan-kawan aku(mp4-poyah,lia and ifa) cakap aku cam gitu,apatah lagi kalau layan poem shakespeare kan..hahaha. Tolong yer,saya bukan kuno ataupun old-fashioned or ape-ape jelah..cumanya,bagi aku benda tu punya banyak sentimental valuenya..hek?hahaha..sila lah percaya yer. Eh,tapi aku takdelah berpakaian secara kuno. Sila jangan bayangkan saya begitu yer! =)

Tapi,bila aku pikir-pikir balik,plus jelingan manja dan soalan taJam dari peneman setia ku itu,owh..aku lepaskan lah dulu buku tu. Lagipun, yang aku jumpa haritu dalam tu cuma ada beberapa je poemnya..setiap poem ada gambar. Masalahnya pada gambar tu,hmmmp..tak payah ceritalah gambar tu macam mana kan. Kang malu pulak aku nak bawak balik rumah. Lagipun,rak aku nih,dah penuh dah. Mesti kena angkut bawak balik rumah jugak ujung sem ni.

Sebab stok untuk sem depan pulak nak masuk beratur =)
Rasanya sampai sini je celoteh-celoteh manja dari aku..ahak! =)




KNIGHT RIDER pun boley =)



"I wait for A KNIGHT in shining armor to keeps out the rain by his caring heart,
His love is the ultimate roof.
"





not the ultimate design load ok :d

Award Tag

Hari ni baru aku buat entry ni.Sori sangt sudah lama actually aku di tag oleh cik misya. Cumanya, masa nak jawab tu...adeyhhh,take time sikiiiitt. Sebabnya kalau jawab soalan tak boleh nak merapu sangat..hahah..yelah tu.

Sekali tengok2 kak maisyah pun tag aku dengan award tag ni jugak. Thanks yer kak,saya sangat2 hargainya =)

Jom jawab soalan ni




1.
Write 5 interesting facts about the person who gave u this award
-called misyamissyou ( but i just use 'misya' =))
-a student
-a friendly and lovely person
-peminat the potter series =)
lagi??err..la tahzan ok ;)

untuk kak maisyah pulak
-a wife and ada 2 cahaya mata
-Like to drops few lovely comments to my entry

-Sabahan
-a teacher..seorang cikgu yang comey,nice one k

-baby girlnya yang comel itu nama
Putri Nur maisarah tp selalunya panggil putri je..am i right? hehe


2.Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby
Kena jugak tu..hoho..malasnyaa ;)
-green lover..aha =)
-hate violence..and anything yang 'bising'!

-Dulu sangat active bersukan..dulu ok

-Bookaholic kot..hehe
-no cat please!

-afraid of lightning and thunder..ohho,takboleh duk sorang2 time tu
-layan semua jenis music but not dangdut..err =)
-A girl..hahaha

-normal life..but sometimes abnormal gak

-ha...lagi??(ok,cukup 10)



3. Pick your most deserving recipients and describe them
miera: my twin!!
syida: my...mirror?hahaha..lurv u la
Tomo: 'owh'..he's nice!..hebat tentang dunia cyber.Thanks for ur help =)
rain: cokelet lover??errk..haha ;)
Toyol kiut:TK is a girl ok..err,girl lagi ke?hehe
Paan : Blog dia banyak sangt info yang selalu boleh disedut oleh aku yang masih buta warna dalam bab2 blogging ni ;)
Diriku: err..tak kenal sangt,but he like to comments my entry.thanks ya =)
cik aen: suka sangat tukar layout..rajin =)





thanks to misya and kak maisyah again for this lovely tag. Sori yer lambat buat entry.
Owh..masih ada 2 lagi tag yang perlu dilaksanakan..haiyyak..sabar yer,ikut turn. :D

Saturday, October 23, 2010

WLW vs BUKU


Salam and selamat sejahtera kepada semua para pembaca bising mahupun para pembaca sepi disini =)

Ok,tutup cerita pasal POLIGAMI. Hari ni nak cerita pasal origami BUKU. Yeah,setelah lama aku menahan nafsu kehendak untuk masuk kekedai buku. Semalam termasuk jugak dalam MPH time keluar pergi mid.

Lama weyh tak masuk kedai buku,sebab sangat takut. Takut tak boleh tahan tengok buku. kalau masuk,cayalah mesti aku sebat paling kurang 1.Lagipun sekarang tengah ujung-ujung sem ni,duit pun nipis je plus buku-buku yang aku beli dulu,dulu dan dulu tu ada lagi yang tak habis dibaca. Saya rambang mata suka tengok buku =)



Kalau sebelum ni,dalam sebulan mesti paling kurang ada 1buku yang aku beli. Kebanyakannya novellah kan. Sekarang dah malas nak layan. Aku lebih suka menulis hakhakhak..kononn. Padahal tak sempat. Buku apa aku beli semalam?hurmm..tajuknya?rahsia. Malu nak habaq. Jap lagi ada pulak yang bangga.Sebab dia yang suggest beli buku tu =)




Dah2. Sekarang nak tanye korang semua. Siapa tau macam mana nak reg windows live writer. Setelah amat lama aku try cuba test,masih tidak berjaya. Dah banyak yang aku gali kat google,tapi masih tidak berjaya. Install sudah. Tapi bila nak connect dengan blog,tak lepas-lepas.


Sebelum ni step pertama pun tak berjaya. Asyik dapat message 'password error' lah..macam-macam lah. Masalahnye,username and passwrd tu memang sah la betul sebab takkanlah 'dia' lagi tau dari aku kan? huh!


Tiba-tiba semalam berjaya lepas step pertama.Username and pswrd tetap sama dengan yang first aku try tu. Tah hapa-hapa. Sekali bila nak teruskan untuk select blog type..



Ini pulak yang keluar. Hadoiiii..



Habis tu,masalah tang mana nih..tang remote posting URL tu nak kena edit apa-apa ke?aku dah la buta warna sikit kalau bab-bab software nih ;) selalunya mesti ada backup singer yang support aku dari belakang.Sekarang bila kat sini aku tatau sape nak tolong jadi backup untuk aku rujuk. =(


Yang aku jumpe kat google semua yang kes macam ni. Tak sama lah pulak dengan aku punya.
Jadi?


Sesiapa ada idea boleh share2 cammana nak pass nih.Macheh =)
Kerja sama dari anda saya dahulukan dengan jutaria jutaan terima kasih =)

Thursday, October 21, 2010

Maniskah MADU itu?



“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”

Tadi pagi,disebabkan kelas yang diawal pagi itu cancel,aku isikan masa senggang itu dengan mencari 'sesuatu'. Iya,aku suka 'sesuatu' itu. Mungkin agak er..poyo?hmm..apa-apa jelah. Yang penting,aku suka belajar,mengetahui sesuatu yang baru melalui cara aku itu. Membaca. Sila cakap saya sangat BAIK. =)
Membaca merupakan salah satu cara untuk kita gain something new yer..

Jadi,main point nya ialah,melalui apa yang aku baca pagi tadi,banyak pandangan,idea yang muncul. Ditambah pula dengan ingatan aku pada seseorang yang boleh ku kira hampir 'bertekak' dengan aku sebab dia cuba untuk terangkan dari pandangan lelaki tentang topik ini. Sedangkan aku,memang tak bagi peluang langsung untuk dia berkata-kata..ehehe..ada bakat jadi lawyer burok ni.

Kesimpulan yang aku buat,ramai wanita yang tidak dapat menerima POLIGAMI. Begitu juga aku ;) Diskusi bersama teman-teman baru-baru ini menjadikan topik ini hangat dibahaskan.


WANITA: Poligami itu tidak adil buat kami. Wanita selalu ditindas. Setabah mana pun wanita itu,tentunya ada rasa camburu dihati. Lelaki tentu saja gembira dengan keadaan ini. Jika dimadukan,lebih baik berpisah kerana tidak mahu menambah dosa oleh kerana timbulnya perasaan tidak enak terhadap suami. Hidup bermadu susah untuk aman!


--- jadi,kau mempersoalkan mengapa wujudnya POLIGAMI?Kau tak yakin dengan kuasa ALLAH?Kau persoalkan mengapa ALLAH membolehkan poligami?Begitu?Adakah kau lebih mengetahui baik buruk sesuatu perkara itu lebih dari ALLAH?----



Aku terkesima. jap...jap..takdelah sampai macam tu. Temanku yang seorang lagi juga terdiam. That guy senyum dan menambah 'setiap apa yang kita ungkapkan itu,perlu difikir dulu rasionalnya..jangan sehingga ianya seakan mencabar kekuasaan ALLAH.' Kami tunduk. Iya,itu benar. Aku malu sendiri. Tapi dalam hati masih lagi ada rasa tidak dapat menerima.


Firman Allah SWT : “Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-a
yat Allah, kecuali orang-orang yang kafir.” (Al-Mukmin : 4)

Poligami ialah sebuah hukum syarak yang tidak boleh dipertikaikan.

Allah swt menyebut dengan jelas amalan poligami sebagai sesuatu yang diizinkan di dalam ayat 3 Surah An-Nisa yang bermaksud :Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.” (An-Nisa : 3)





'POLIGAMI itu bukannya 'BUROK',tetapi orang yang menjalankannya itu yang 'MEMBURUKKAN' POLIGAMI itu sendiri.Kalau nak ikutkan nafsu,memanglah tak terkejar. Tapi kita kena fikir mengapa ALLAH membenarkan POLIGAMI. Tentu ada kebaikan atau kepentingannya.' Kemudian,dia memberi beberapa contoh untuk membuatkan kami 'menerima' POLIGAMI.

1.Kisah yang aku baca pagi tadi sangat menyentuh jiwa. Selalunya begini lah. Seorang isteri yang cukup perfect sebagai isteri solehah,tetapi si suami masih lagi mahu memadukannya. Iya,alasannya tidak mahu berlaku fitnah antara dia dan gadis itu. “Lagipun….abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu.”

Tidak mengertikah lelaki bahawasanya ayat itu seakan mencincang lumat hati seorang isteri?tambahan isterinya itu sudah mencuba sehabis daya untuk kekal unggul dimata suaminya. Adakah itu yang diharap sebagai balasan?memang kenyataan itu benar.Tetapi..masih juga punya tetapinya.

Aku akui,alasannya relevan. Tapi hati wanita itu??adakah si suami memahami betapa hancurnya hati isterinya. Dan mungkin juga lelaki akan katakan..tak bolehkan isteri memahami hati lelaki?mengapa mereka perlu mempersoalkan keinginan aku itu?. Kedua-dua pihak mungkin saling soal menyoal.

Aku takmo komen lebih sebab aku masih muda dalam melayari hidup ini. Aku masih teraba-raba untuk terus berdiri dalam kehidupan ini. So,aku tak cukup layak untuk komen lebih,yelah..bukan kita yang kena,memang tak tahu macam mana rasanya.Tak berani nak cakap la.

Kalau ada yang berminat untuk membaca kisah diatas,boleh klik sini. Agak panjang,tapi pengisiannya amat bermakna.Sila baca tanpa langkau ye =)

2. Bayangkan jika POLIGAMI itu tidak wujud atau HARAM. Seorang isteri yang sangat baik,perfect dan solehah sentiasa menjaga keperluan suaminya dan rumah tangganya dengan cemerlang,tiba-tiba jatuh sakit dan lumpuh serta tidak berdaya dalam segala hal.Hanya terbaring diatas katil. Kita tidak boleh menafikan keperluan si suami.Dia juga punya fitrah.

Dia juga perlukan seseorang untuk menjaganya.Perlukah dia menceraikan isterinya yang tidak berdaya itu semata-mata ingin memenuhi fitrah hidupnya sebagai lelaki?Memang tidak dapat dinafikan tentang fitrah itu. Rasa sayang masih ada pada si isteri. Tapi,keputusan perlu dibuat.

Ha..disinilah kita boleh lihat,POLIGAMI membolehkan lelaki itu memenuhi fitrah hidupnya dan pada masa yang sama,masih mampu menjaga isterinya yang sakit itu. Bagus tak POLIGAMI??

3. Mungkin sekarang kau menolak bulat-bulat POLIGAMI itu.Sebab..Kau masih muda,masih hot,masih mahal,masih ada orang yang nak. Bayangkan jika kau suatu hari nanti,masih lagi tidak punya teman. Pada ketika itu,umur kau sudah mencecah 39 tahun.

Tiba-tiba muncul seorang pakcik berumur 50 tahun yang sudah punya isteri dan masih hidup.Datang meminang kau. Mana kau pilih,dari terus dikata orang 'andartu' atau 'tak laku' semata-mata kerana tidak dapat menerima POLIGAMI atau pun kau menerima sahaja pinangan itu dan masih berpeluang menikmati kehidupan berumah tangga.
Ketika itu,tentu saja kau akan katakan..'mujur POLIGAMI wujud'..kan? (dengan muka yakinnya That Guy berhujah)

Betul ke? Anda yang sudi membaca?apa pandangan anda pula? Dua contoh terakhir itu buat aku sedar..yer,memang betul (grrr) Disitu dapat dilihat POLIGAMI itu bukan sekadar memenuhi nafsu dan kehendak. Tetapi ianya juga sebagai penyelamat.

Jadi,adakah minda KITA wahai wanita-wanita sekalian sudah terbuka?hehehe..jawablah hati. Lelaki pula bagaimana?

Kalau yang berminat untuk tahu lagi tentang 'perbahasan' topik ini,boleh melawat ke blog 'Pandangan Seorang Ustaz' by Ustaz Emran Ahmad. Selain topik ini,banyak lagi topik berkisarkan isu-isu yang berkaitan dengan hiudp kita.Nak beli buku yang beliau tulis pun boley =)

Jom Tengok Lagi ^_-

Related Posts with Thumbnails